“Kenapa?” Tanya Edi. Cuba mencari sesuatu yang bermain di fikiran~
Tetapi entah kenapa, pertanyaan Edi aku anggap acuh tidak acuh. Bukan
tidak dengar, tetapi entah, mungkin masih diselubungi rasa kecewa
barangkali? Ya, mungkin.
“Hey, kenapa ni Iman?” Desak Edi lagi~
Aku hanya mendiamkan diri. Pandanganku memandang jauh pandangan
dihadapan. Entah apa yang aku lihat, dan entah apa yang ku fikirkan,
tetapi yang pasti fikiranku bukan situ.
Edi merapat, hampir dan duduk disebelahku. Aku masih begitu. Diam menyepi~
“Tentang Aufa?” Tanya Edi lagi~
Seketika mendengar nama Aufa, aku tersentap. Hampir berguguran
jantungku mendengar namanya~ Seperti diheret ke lembah luka yang terlalu
sakit untuk aku rasakan. Riak wajahku berubah. Jelas menunjukkan rasa
kecewa yang amat dalam terhadap Aufa.
“Entah lah..” Balasku pendek~
Pandangan yang sedari tadi memandang hadapan, aku alihkan ke bawah.
Titisan jernih itu ingin jatuh, tetapi aku tatang dengan hati yang hiba~
“Kau masih belum redha Iman~” Balas Edi pendek~
Aku tersenyum sinis~
“Bagaimana mungkin aku redha Edi. Aku sendiri sedang bertarung dengan
rasa yang entah apa untuk aku fahami. Mungkin benar aku kecewa~ tetang
dia yang bertunang tanpa aku sedari.” Balasku dengan suara yang amat
perlahan sekali~
Ya, suara yang menyembunyikan seribu rasa kecewa. Rasa kecewa dengan
diri, kecewa dengan Aufa, atau mungkin kecewa dengan semua. Entah~
“Edi~ Aku akui, waktu dan ketika ini aku tiada apa. Dan kerana itu
aku tatang rasa yang ada dalam hati. Apa mungkin aku ingin menyentuh
hidup seseorang, walaupun aku tahu, aku masih belum cukup sempurna? Aku
sedang berusaha untuk sesuatu yang aku ingin dengan cara yang baik,
edi~” Sambungku terhenti~
Edi hanya diam seribu bahasa~ tangannya diletakkan di bahuku. Diusap perlahan~
“Niatku hanya satu~ Selepas habis belajar, aku ingin mendekatinya
dengan cara yang baik baik. Aku ingin datang kepadanya bukan dengan aku
yang kosong. Bukan dengan aku yang tiada apa, bukan dengan aku yang
tidak mampu menyediakan komitmen apa~ Bahkan kau sendiri faham Edi,
bagaimana usahaku akhir akhir ini~ Dan engkau sendiri lihat, bagaimana
seriusnya usahaku ke arah itu~” sambungku lagi~
Air mata itu mengalir~ Ah.. Air mata~ janganlah terlalu murah begini~
Edi menyepi. Bahuku diusap dengan mahabbah~ dibiarkan sahabatnya itu
seketika dengan perasaannya. Dibiarkan sahabatnya itu dengan air mata~
Dibiarkan sahabatnya itu meluahkan rasa~
“Iman..” Kata Edi memecah suasana~
Aku hanya diam. Memandang kosong pandangan dihadapanku~
“Kalau kita nak bahagia, kita kena bahagia dengan bahagia orang lain.” Sambung Edi lagi~
“Maksud kau Edi?” Balasku~
“Kau kena bahagia dengan kebahagiaan Aufa.”
Tersentap. Ahh.. apa mungkin. Apa mungkin aku mampu bahagia dengan
bahagianya dia. Apa mungkin aku mampu gembira, ketika melihat dia
gembira bersama orang lain disana? Hatiku memberontak keras. Diamku
seribu bahasa~
“Iman, jangan pernah menyalahkan takdir. Belajarlah bahagia dengan
kebahagiaan orang lain. Kerana bila kita bahagia dengan bahagianya orang
lain, Allah akan tambah bahagia kita. Mungkin benar, datangnya orang
lain mendahului. Tetapi itu tidak pernah bermaksud engkau tidak pernah
layak untuk sesiapa. Engkau layak, tetapi bukan untuk Aufa~ untuk
seseorang yang tercatat untukmu nanti” Sambung Edi panjang~
Hati aku sedikit sebanyak menerima kata Edi~ Kata Edi benar. Tiada
cacat cela~ Benar Aufa terbaik, tetapi terbaik untuk orang yang
ditakdirkan untuknya. Dan benar, aku juga terbaik, tetapi bukan untuk
Aufa, untuk orang yang entah siapa yang ditakdirkan untukku nantinya~
Riak wajahku mula mengukir senyuman~ ya, seperti pelangi setelahnya hujan~
“Terima kasih Edi~” Balasku~
“Engkau benar~ Aku mungkin tidak layak untuknya. Apalah yang aku ada
sekarang kan? Berbanding seseorang yang hadir dalam hidupnya sekarang.
Lulusan luar Negara, berkerjaya~ Dan semestinya layak untuknya yang juga
berpendidikan tinggi. Dan latar belakang keluarganya juga bukan
sebarangan. Adik adiknya hebat. Aku? Hanyalah kelulusan pelajar
kejuruteraan. Yang baru mahu memulakan hidup.” Sambungku terhenti~
“terima kasih Edi~ Kerana mengingatkan aku tentang rahsia bahagia.
Benar katamu, mana mungkin aku bahagia, jika aku tidak pernah belajar
bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Kunci bahagia itu ada~ Jika aku memilih untuk bahagia~” Sambungku lagi.
Edi tersenyum~ Ihklas sekali. Doanya, Semoga sahabat yang dia sayangi ini terus kuat menghadapi hidup.
----
Uh... (-.-!!)Tetibe idea habis~~