Usai menyudahkan kerja dimeja, dia menjilid beberapa lembaran
penting di buku hitam itu. Buku yang dia kira amat memudahkan dirinya
mengingat beberapa rancangan yang telah direncanakan. Di tandanya
beberapa tarikh penting program program yang perlu di isi, dan beberapa
program yang perlu di penuhi. Dia kembali menyemak jadualnya seminggu
ini. Pengajian al kitab pada hari isnin, pengajian Fiqh munakahat pada
hari selasa, dan beberapa kuliah yang lain yang dapat dia hadiri. Dan
dihujung minggu itu, ada program yang perlu di isi di sekolah rendah
itu.
Ah.. bilakah ruang untuk ku? Bisik hati kecilnya. Tetapi lantas
ditepis jauh rasa itu. Kerana niatnya hanya satu sejak dahulu, Erti
hidupnya pada memberi.
Dia berkemas, menyusun kertas berselerakan itu menjadi satu. Dan
memasukkan semuanya di bawah satu fail. Harus bergegas mengejar maghrib.
Kerana jam menunujukkan hampir masuk waktu. Tambahan pula, jarak
perjalanan antara perpustakaan dengan Masjid Tuanku Mizan agak jauh jika
berjalan kaki. Sayang rasanya untuk dia meninggalkan pengajian Fiqh
munakahat pada hari itu. Ya, untuk kembali menimba ilmu yang pasti
diamanahkan pada dirinya suatu hari nanti.
Selesai solat Maghrib, Ustaz Azuhan menyambung intipati pengajian
dengan mengulang kembali pengisian pada minggu lepas. Tentang apakah
matlamat perkahwinan bagi seorang muslim. Apakah perkahwinan itu adalah
suka sama suka, atau sesuatu yang lebih dari itu. Dan jujurnya, dia
tertarik dengan Ustaz Azuhan katakan, berapa ramai dari kita yang
berkahwin kerana mahu meramaikan umat Baginda Rasul yang kita cintai
itu? Berapa ramai dari kita mahu mendidik anak anak kita dengan nilai
Iman dan Islam hingga mereka boleh dibanggakan Baginda Rasul?
Allah.. Relung hatinya kian membasah. Terlalu kerdil rasanya diri
dengan ilmu yang tidak seberapa cuma. Selain matlamat kita
menyempurnakan separuh agama, cinta kita harus ke syurga. Bagaimana? Ya,
dengan meletakkan Cinta kepada Nya melebihi segalanya.
Dan dia menjadi tertarik dengan soalan yang diajukan, tentang
bagaimana orang yang jahat ingin menjadi baik, jika orang yang baik
adalah untuk orang yang baik. Jawapan yang Ustaz berikan amat berhikmah.
Andai kata semua orang baik di dunia ini, dan ditakdirkan mendapat
orang yang baik juga, adakah dia ingin menjadi jahat? Ya, setelah
mendapat nikmat isteri yang solehah, yang menjaga keredhaan suami,
nikmat suami soleh, dengan nilai yang diajarkan Baginda Rasul, adakah
ingin orang yang baik itu menjadi jahat?
Bagaimana kita ingin merubah diri kita menjadi baik, Allah akan susun yang terbaik juga untuk kita. Ya, itu konklusinya.
Oh? Dan dia juga tertarik dengan ciri ciri wanita yang disunatkan
dilamar. Wanita yang disunatkan dilamar adalah wanita yang penuh cinta
dan kasihnya. Supaya dengan cinta dan kasihnya, dia dapat menjaga
keredhaan suaminya terhadap dia. Selain itu, wanita yang banyak zuriat
juga disunatkan dilamar. Ini kerana bertepatan dengan pesanan Baginda
Rasul, yang gembira dengan ramainya bilangan umatnya. Dan oh? Diatas
semua itu, Ustaz mengingatkan, apa yang dijelaskan bukanlah bermaksud
dengan cinta sebelum nikah. Tetapi lebih kepada panduan untuk seorang
suami memilih calon isteri. Kerana seorang suami bukan sekadar memilih
isteri, tetapi juga memilih bakal ibu yang mendidik anak anak yang
mendoakan mereka nanti disana.
Dan diatas semua itu, Ustaz Azuhan menegaskan, supaya menjaga zaman
muda remaja dengan Iman dan Ilmu. Supaya dengan Iman dan Ilmu, kita akan
membentengi diri daripada nafsu. Percayalah, tidak akan rugi orang yang
ingin berubah kepada kebaikan, kerana Allah janjikan, pasti ada
ganjaran. Tidak akan rugi, orang yang menginginkan kebaikan, kerana
pasti Allah akan bantu mempermudahkan jalan. Selangkah kita padaNya,
seribu langkah Dia kepada kita kan? Maka pegang itu erat erat di hati~
Oh? Dan kuliah Pengajian Fiqh Munakahat disambung pada minggu
hadapan. Semoga saja dia sempat menghadiri pengajian Ustaz Azuhan dengan
beban jadual yang amat tidak berperi kemanusiaan. Jadual itu janji kan?
Maka apabila janji, dia harus dipenuhi. Walaupun harus merangkak ke
sana~
Dan oh? Ustaz ada bertanya tentang calon pilihan hatinya, tetapi
entah~ jawapan apa yang harus diberikan. Mungkin itu cerita yang harus
diceritakan lain kali nantinya? Semoga saja ^^