Oh ya~ Sambung
cerita tentang sahabat aku yang seorang itu. Aku jadi tertarik untuk
berkongsi satu cerita yang aku kira mengundang basah direlung hati.
Tentang kisah cinta seorang sahabat yang benar aku kagumi peribadinya
didalam hati. Khairun~
Khairun seorang pemuda yang biasa~
Tidak terlalu tampan, juga tidak terlalu biasa, Sedap dipandang mata dan
juga senang mengundang senang dihati. Peribadi Khairun juga biasa~
Jarang mengukir kemarahan, tinggi dalam santun dan lembut dalam berkata.
Aku kira, perkenalannya dengan sahabat aku yang seorang itu hanya
sebentar. Sekitar setahun begitu. Tetapi kisah yang tertulis untuk
mereka cukup mengundang bekas dihati~
Khairun seorang
pemuda yang pemalu. Sifat malunya tinggi~ Hingga terkadang terlalu
santun dihadapan perempuan. Jika ada sesuatu keperluan, Khairun jarang
memintanya dari sahabatnya yang perempuan. Sehabis usahanya diminta dari
kami~ hingga terkadang, aku jadi ketawa apabila disuruh menjadi
translator nya~ hoho.
Tetapi yang mengundang kekaguman aku
pada dia, adalah keterbatasannya dalam pergaulan. Dan juga ketegasannya
dalam kelembutan. Kami sering bertemu dalam usrah. Terkadang saling
bersandar ketika lelah atau penatnya mentadabur, kami terlena. Khairun
pernah menyuarakan kegusarannya tentang jodoh. Tentang bagaimana mungkin
lelaki pemalu sepertinya bisa mendapatkan jodoh yang baik. Aku jadi
tersenyum~
Dan perlahan, aku katakan kepada Khairun,
bahawa isu jodoh adalah isu yang sangat unik. Tersimpan rapi dalam
rahsia Tuhan yang hanya bisa dibuka dengan kunci masa. Dia jadi
tersenyum~ Geli hati barangkali.
Kisah cinta mereka
bermula pada Akhir semester satu ketika kami dialam matrikulasi. Ketika
Khairun mendapat tawaran menyambung pelajaran Ke Mesir dalam kos
perubatan~ Dia meluahkan rasa gusarnya pada permintaan ayahnya. Pada
permintaan Ayahnya yang meminta Khairun untuk mencari calon sebelum ke
sana. Ya~ Sebagai peneman jiwa bagi perjuangan yang melelahkan nantinya~
Dia
menjadi binggung~ Amat! Keputusan ayahnya muktamad~ Jika Khairun tidak
mempunyai calonnya sendiri, Ayahnya akan menjodohkan dia dengan anak
sabahat ayahnya sendiri. Dia menjadi buntu~ dia ingin diberi peluang
dalam memilih.
Khairun menceritakan semuanya kepada kami~ Tentang
keputusan ayahnya sebelum ke sana. Kami tertegun seketika. Jadi
bermulalah sebulan yang sukar bagi kami dan Khairun.
Terkadang,
aku jadi tersenyum kecil apabila teringat betapa sukarnya Khairun untuk
membuka bicara dihadapan wanita. Malu yang teramat ketika kami
mencadangkan calon untuk nya~ Ahli usrah yang lain juga begitu. Pening
mungkin? Hoho~ Tapi biasalah, suka duka kami bersama. Ada ketikanya
pendapat tidak seiring~ Pandangan tidak sekata. Tetapi itulah yang
menjadi penyebab rapatnya ukhwah kami.
Setelah pelbagai
usaha dilakukan~ Kami buntu. Tiada seorang pun yang berkenan dihati
Khairun. Hingga akhirnya kami menyarankan, Buatlah solat hajat dan
istiharah antara dia dengan Tuhan. Mintalah untuk kali terakhir sebelum
jawapannya diberi kepada ayahnya.
Hinggalah keesokkan
hari, ketika kami dalam perjalanan ke rumahnya. Kami singgah membeli
beberapa barang di pasaraya yang berhampiran. Dan di sini, berlaku
peristiwa yang tidak mungkin kami dan Khairun terlupakan~ Tentang
bagaimana dia bertemu dengan penyejuk jiwanya yang sekarang.
Khairun
terserempak dengan seorang wanita yang berjilbab labuh. Gayanya lembut.
Wajahnya jernih. Ketika dia membayar wang di kaunter, kami terlihat
dompet wanita itu tercicir dan jatuh disisi lantai . Wanita itu bahkan
berlalu pergi. Tanpa dia sedari, dompetnya telah jatuh dari beg
tangannya. Dan oh.. Ketika itu Khairun lantas berlari mengambil dompet
itu dan lantas mengejar wanita tersebut.
Dan seketikanya
kembali~ Kami lihat dia tersenyum. Dikatakannya kepada kami~ Dialah
wanita yang berkenan dihatinya. Aku masih ingat katanya~ Ketika dia
datang dan mengoncangkan tubuh aku sekeping itu.
“Min~ Aku dah jumpa Min. Aku dah jumpa calon yang berkenan dihati aku Min~”
Aku tersenyum~
Dan
ternyata, bila kami tanyakan kepada khairun, Adakah dia sudah bertanya
perihal gadis itu~ Aku lihat ada mendung diwajah. Dia kembali suram~
Ternyata, dalam kesukaan, dia terleka.
Dan sepanjang
perjalanan pulang dari pasaraya itu, aku lihat Khairun termenung jauh
disisi tingkap kereta. Mungkin bimbang dengan jawapan yang akan diberi
kepada ayahnya. Ketika dia menemukan calon yang berkenan dihati, tetapi
bahkan dia terlupa dan membiarkan wanita itu pergi. Tanpa dia ketahui
sedikit pun tentang wanita itu.
Kami tiba dirumah~
Dan
seketika sampai di perkarangan rumahnya, ayahnya menyambutnya dengan
senyuman. Diberitahu kepada Khairun, bahawa calon yang dicadangkan oleh
ayahnya berada diatas rumah. Dan ternyata, bila kami menjejakkan di atas
rumah Khairun, gadis calon ayahnya rupanya gadis yang baru dijumpai
seketika tadi~
Khairun jadi tertegun~ Dan lantas sujud penuh syukur~
Sujud diatas segala doanya yang didengari oleh Tuhan~
Sujud diatas Istiharahnya mempertemukan calon belahan jiwa di setiap tahajudnya~
Dan sujud atas nikmat diberi~
Hoho~
Oh ya.. Kami juga terkejut. Tapi mungkin tidak seperti Khairun. Yang
mengundang kekaguman aku pada kisah Khairun, pada ajaibnya perjalanan
cinta yang ditelah ditetapkan untuk setiap insan. Betapa ajaibnya rahsia
Tuhan yan masih belum disingkapkan. Ada orang bercinta bertahun
lamanya, dan ternyata, jodoh yang dicarinya adalah orang yang dikenali
sehari. Dan ada juga orang yang mencari jodohnya diluar negara~ Tetapi
rupanya, jodohnya adalah orang kampungnya. Dan tak kurang juga, orang
yang menyuruh rakan terdekatnya mencari calon untuknya. Tetapi bila
sampai masanya, ternyata rakanya itulah jodohnya~