.: bila itu dikatakan cinta~ :.

Thursday, August 12, 2010

Rabb..
Betapa banyak orang yang berkata dusta atas nama cinta…
Aku sama sekali tidak mengerti..

Betapa banyak orang yang menangis kerana tersakiti oleh cinta..
Aku tidak mengerti..

Dan bukan sedikit orang yang hancur, juga katanya kerana cinta..
Aku sungguh tidak mengerti..

Namun ada pula yang bahagia, juga katanya kerana cinta..
Kembali aku tak mengerti..

ya Allah..
Pada-Mu aku katakan aku tak tahu apa itu cinta..
Seperti apa jatuh cinta..
Dan bagaimana itu cinta..

Aku pernah menaruh harapan pada manusia,
Namun hanya kekecewaan yang aku terima,
Rabb, bila itu jatuh cinta..
Jangan biarkan aku merasakannya lagi..

Aku pernah memelihara kesetiaan pada manusia,
Dan kembali penghianatan yang aku rasakan,
Bila itu disebut cinta,
Kumohon jauhkan aku darinya..

Pernah pula aku rangkai mimpi,
Membangun istana yang indah dengan manusia..
Namun semuanya porak-poranda,
Bila itu yang namanya cinta, maka matikan rasa itu padaku..

Rabb..
Aku hanya ingin jatuh cinta pada seseorang yang juga mencintai-Mu..
Aku hanya ingin menaruh harapan, pada seseorang yang hanya berharap pada-Mu..
Aku hanya ingin memelihara kesetiaan pada dia yang mahu menggadaikan diri dan jiwanya pada-Mu..
Aku hanya ingin merajut mimpi membangun seribu istana, pada dia yang merindukan wajah-Mu..


Rabb..
Ini janjiku pada-Mu..
Bila kelak Kau mempertemukan aku dengannya..
Maka Akan aku persembahkan selaksa cintaku padanya..
Menjadikannya satu-satunya perhiasan terindah di mata dan hatiku,
Bukan kerana keindahan dirinya..

Akan ku jaga kehormatannya dengan sebaik-baiknya,
Bukan karena kedudukannya yang tinggi..

Akan kudidik generasi-generasi penerus kami menjadi generasi rabbani,
Bukan kerana nikmatnya dunia..

Namun karena cintaku, cintanya, cinta kami.. Terikat oleh Cinta-Mu..

.: antara aku dan dia, biarlah cinta kami cinta tiga segi~ antara aku, dia dan ilahi~ :.

Original post : neneng-

.: Rijal idaman~ :.

Sunday, August 8, 2010

terbaca sebuah nukilan yg satu ketika dahulu sering menjadi semangat diri~ ilahi, masihkah ada semangat itu dalam hati ini? adakah terhapus~ hanyut~ dipukul ujian dunia? ilahi~ apa yg aku harap kini dari Mu~ suburkan lah iman ku~ benar~ cinta tetap berkait dgn hati~ dan hati itu tetap rapat kepada Mu~ dan aku ingin rapat kpd Mu~ agar Engkau gengam hati ku erat2~ jgn biarkan ia terlepas lg ilahi.. kau isikan lah ia dgn CINTA Mu~

"wahai tuhan kami~ sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri~ dan jika Engkau tidak mengampuni kami~ maka sesunguhnya kami tergolong dalam golongan org yg rugi~"

berilah aku kekuatan utk kembali bangun~
menyusun diri utk kembali melangkah~
walau sejuta kali aku merayu utk menebus silapku~
perjalan ini terlalu perit utk aku tempuhi~
semoga aku kuat~ -iman danish

---------------------------------------------------------------------------

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman~
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah~~
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam~
Yang sentiasa haus dengan ilmu~
Yang sentiasa dahaga akan pahala~
Yang solatnya adalah maruah dirinya~
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar~
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu~
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya~
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya~
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya~
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang~
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya~
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga~
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga~
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam~
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan~
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat~

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam~
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah~
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara~
Yang menjaga matanya dari berbelanja~
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya~

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa~
Matanya kepenatan kerana penat membaca~
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir~
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan~
Bangunnya subuh penuh kecerdasan~
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan~

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati~
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat~
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga~
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik~
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian~

Lelaki idaman saya adalah lelaki..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia~
Kerana dia mengimpikan syurga~
Di situlah rumah idamannya~
Dan dia ingin membawa saya bersama~
.: Dialah lelaki idaman saya~ :.

.: bukan aku untuk dicintai ;.

Tuesday, August 3, 2010

~Bukan aku untuk DiCintai~

Cinta sesama manusia..
Tidak kekal selamanya..
Penantian yang sia-sia..
Kerna hanya nafsu belaka..

Aku faham benar erti cinta itu. Aku pernah merasakan kehadirannya. Pernah gembira dan duka melaluinya. Namun hati masih lagi mencari erti, kenapa tiada lg yg hakiki?

Antara aku dan dia, kenapa hadirnya gembira? Akhir nya tetap duka.

Antara aku dan dia, apa yang menjadi punca? Sampai hancur istana cinta.

Antara aku dan dia,siapa punya angkara? Adakah pihak ketiga Si Durjana.

Cinta tetap datang dan pergi?
Entah sampai bila...
Tapi aku tidak lg punyai hati ,takut-takut mungkir janji.
Walaupun seribu yang mencari,
Aku tetap menyepi, biarlah aku menyendiri..

Siapa lah aku? Bukan punya paras rupa, bukan ada harta, bukan suci hati dan jiwa, semuanya bukan bermakna~ kerna aku tiada apa-apa.

Hari ini biar aku katakan. Bukan aku tak sudi, bukan paras rupa yg dicari,
tp biarlah aku tenang kembali, biarlah kita diredhai dan biarlah sampai ketentuan ilahi, cinta kekal abadi hinga ke akhir hayat nanti.

Aku harap kau mengerti.

Kalau takdir kita disatukan, kau tetap menjadi isteri ku. Jangan hilang punca kerana perjalanan didunia ini tidak terhenti selagi kau masih bernyawa.

Maafkan aku,
aku tidak pernah memberikan harapan. Sudah berkali aku katakan. Biarkan aku keseorangan. Sampai nanti Tuhan tentukan.

Buat semua yang mengenali, buat semua yang menanti, buat semua yang mencari. Bukan diri aku untuk kau cintai,harap kau mengerti....

seikhlas hati...
iman (^_^)


.: seorang sahabat~ qhairol redzuan~ :.

.: jangan tergoda dengan cinta Zulaikha~ :.

Thursday, July 29, 2010



jangan tergoda dengan zulaikha
wahai yusuf sekalian~

serindu mana adam pada hawa~
hanya bertemu dalam cintaNya~

takkan kita mengenal cinta~
jika tak diuji seperti siti hajar~

kalau jiwa tak seteguh khadijah~
bagaimana mungkin baukan syurga~

bila akal secerdik aisyah~
gunakanlah dengan hikmah~

jangan wahai yusuf yusuf sekalian~
tersungkur di kaki zulaikha~
walau dengan lirik mata~
atau panahan menyentap jiwa~

teguhkan iman~
paksikan langkah di atas jalan kebenaran~


kerana kita umat nabi..tinggalan akhir zaman,
zulaikhanya ramai..
yusufnya kurang~

.: err~ :.

Thursday, July 22, 2010

salam~
entah, hari ini terdetik pula untuk berbicara~
tentang sesuatu yang masih tak mampu dirungkaikan~
tentang diri~
dan tentang insan~
walaupun terkadang muak untuk mendengar~
melihat bacaan yg dinukilkan~
tapi seakan hati ini tidak mampu memahami~
jari ini tidak mampu ditahan~
mencoretkan kisah oleh jiwa yang tidak mampu disekat~
meronta dibebaskan bicaranya~
hingga diri ini terduduk~
terjatuh dalam kisah yang ia ciptakan~

aku hanya lelaki biasa~
yang hidupnya biasa~
diarinya biasa~
lukisannya biasa~
dan cintanya biasa~
lelaki yang satu ketika dulu penuh dengan kesopanan nya~
lelaki yang satu ketika dulu hanya penuh dengan rasa hormatnya~
dan lelaki yang satu ketika dulu ingin menghargai hati yang bersama dengannya~
tapi kini~
lelaki ini yang tersungkur~
di kaki impiannya dahulu~

aku akui~
aku lemah~
saatnya aku ingin berdiri~
aku jatuh~
saatnya aku ingin berlari~
aku tersungkur~
dan saatnya aku ingin mencintai~
kamar hati itu aku sepahkan~
hingga tetamunya cinta itu menderita di ruang yang aku ciptakan~
tapi entah mengapa~
hati ini..
seakan tidak mahu menyerah~
tetap ingin kembali bangun~
meyakini hati bahawa dia mampu~
menatang hati~
membina dirinya~

aku melangkah~
perlahan memperlahankan bicara~
kembali menagih hati~
pada keinginan yang satu ketika dulu ditinggalkan~
aku ingin kembali melukis~
malakar lukisan yang mampu menyentuh hati insan lain melihatnya~
kembali bernasyid sbg tempat jiwa ku~
dan aku ingin kembali~
mencari tuhan di setiap ilmu ku~

aku benar insan yang tidak mampu menghargai~
insan yang tidak mampu mensyukuri~
dan saat semuanya telah hilang~
aku sendiri~
menyesali~
tapi hukum rodanya masa~
tidak akan pernah berhenti~
tidak akan pernah berpatah kembali~
melihat masa yang ditinggalkan~
yang tersirat dengan memori~
aku tersenyum~
pasti nya~
perkara terindah dalam hidupku itu~
adalah dia~

cukuplah~
aku hanya lelaki biasa~
bukan nya seorg ustaz~
ataupun kiyai~
atau pun seorang berjawatan tinggi~
kerana aku masih tidak mampu menghadapi ujian yang hebat seperti mereka~
aku hanya lah aku~
seorg lelaki~
yang ingin lebih menghargai~
yang ingin lebih mengerti~
yang ingin lebih memahami~
agar satu hari yang pasti nantinya~
aku kembali~
sebagai insan yang mampu menghargai~
pada pandangan ibu ayahku~
emak abah ku~
sahabt2 ku~
bintang timurku~
dan jika diizinkan~
anak2 ku~
satu hari nanti~
insya Allah~

semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus bertahan~
melangkah ujian yang datang dengan penuh kesabaran~
bersama hati yg ingin dijinak kan~
amin~

haha~
tah pape~


.: wahai cinta~ :.

Tuesday, July 20, 2010



Duhai sahabat~
Cinta itu di dalam hati~
kita mempunyai sebuah rumah~
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu~
Ada yang baik dan ada yang buruk~

Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan~
kita hiaskan dengan perabot KETAQWAAN~
Diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN~
Bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan~

Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai sahabatku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu~
Bahkan sentiasa mengajak memenuhi Rumahmu dengan kelengkapan ILMU~

Dan ketahuilah wahai sahabatku..
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu~
Merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu~
Sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu~
Mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu~
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu~

Kau gembira mendengarkannya~
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan engkau lakukan?

Menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tidak terurus?
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tidak diganti~
Dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui~
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi?

Sekalipun hatimu berat~~

Pintalah sang CINTA itu pulang~

Katakan padanya~
"Maafkan aku Wahai Cinta~
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku~
Kerana~~

Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih~~
yang Maha Penyayang~~
Dan agar kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah ku...
Di dinding hatiku~
Agar hilanglah gelisahmu,
Reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku~
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku~
Dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku"

Dan kau tahu wahai CINTA ???

Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku~

"TIDAK AKAN AKU BIARKAN ENGKAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA"

----------------------

Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita?
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
Memeliharamu dan mengasihimu~

Dan saat mereka bertanya~
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku~
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku~
Memeliharaku dalam rahim bondaku~
Kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku~
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku~
Dan mengukuhkan tulangku~
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku~
Tutur bicara mulutku~

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH...
Tuhanku?

Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya~
Hidup dan matiku~~
Segalanya untukNya~~

.: cute kitty~ :.

Sunday, July 11, 2010



take ur time~ whenever u need me~ im there~
insya Allah~ im ready to hear ur answer~