.: Amira Rasyieqa~ :.

Wednesday, February 16, 2011

“Kakak~ kenapa hidup ni susah sangat ye kakak?” Tanya adik kecil pada kakaknya. Gusar. Aisya Humaira tersenyum. Ditatap wajah adiknya dalam-dalam. Ada riak keruh pada wajah adiknya.

“Adik~ hidup di duniakan adalah ujian. Ujian untuk orang-orang yang beriman. Untuk Allah menilai siapa diantara kita yang beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Sampai masanya kita kena balik juga ke sana. ke tempat asal kita sayang~” Aisya Humaira tersenyum.

Di usap lembut adiknya yang seorang itu. Katanya menusuk kalbu. Menyentuh hati~ Nadanya sayu. Seakan faham benar kegusaran Amira Rasyieqa. Ya~ tentang kegusarannya juga.

Aku hanya diam~ Berbuat tidak tahu. Atau mencuri dengar sebenarnya? Entah~

“Tapi adik penat la kakak. Adik sedih sangat dengan dunia ni. Adik Tanya abang Iman, abang Iman pun sedih kakak~~” Amira mengadu lagi. Dipeluknya Aisya Humaira erat-erat. Air matanya jatuh.

“Sabarlah adik. Kita kena lalui kesusahan dengan redha. Dengan hati yang terbuka. Kerana di situ nanti pasti ada kekuatan” Balas Aisya sayu~ Seketika dia menyambung.

“Amira~ akak nak Amira tau, Ujian datang bukan untuk menyiksa jiwa kita.Tetapi sebaga penguat jiwa sebenarnya. Supaya kita lebih dekat dengan Tuhan. Itu pun, jika kita memilih untuk dekat denganNya. Dekat pada sayang Nya. Amira sayang Tuhan tak?” Aisya Humaira memujuk lagi. Ikhlas~

Betapa dia memahami hakikatnya ujian. Adik kecil itu menangis dalam pelukan Aisya.

“Sayang. Tapi~ Adik rasa macam nak hidup dalam mimpi je. Adik nak mimpi syurga. Adik nak mimpi Abah. Ummi. Ummi jauh kat sana. Abah pun. Atok pun jauh. Camne kakak?” Rengek Amira. Sayu~ nadanya bercampur tangisan.

Aisya sebak. Amat. Di usap lembut rambut adiknya~ Tersenyum pahit.

“Adik~~ jika benar adik ingin bertemu ummi, ingin bertemu abah. Adik mesti kuat. Adik mesti tabah. Hadapi ujian yang tersedia ini. Mesti. Adik kan ada kakak. Tapi akak tak mampu selamanya disisi adik. Hanya Allah yang akan bersama adik. Dia kan ada. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Adik carilah dia. Kan Rasul pernah berpesan, selangkah kita menuju Dia, Seribu langkah Dia berlari menuju kita. Simpan kemas-kemas pesanan itu adik” Kata-kata Aisya di iringi air mata. Air mata itu tumpah juga akhirnya~ Dan bersama adik kecil itu, mereka menangis berpelukan.

“Abang iman~ Kak Aisya kata Amira kena kuat. Jom kita jadi kuat. Jangan sedih-sedih lagi. Allah kan ada. Jom kita cari Dia” Amira rasyieqa berpaling dan berbicara denganku. Serentak, anak kecil itu berlari keluar.

Aku tatap wajah Aisya~ Sayu. Perlahan, aku tersenyum. Dia membalas ikhlas. Aku termangu di sudut itu agak lama. Terkesima dengan adik kecil Aisya Humaira. Dia, yang sekecil itu, pandai memujuk aku.

Subhanallah.

Sejurus selepas itu, aku tersedar. Aisya Humaira dan Amira Rasyieqa?


*-*-*-*-*-*-*

oh~ maaf.


Baiklah, mari menyusun kekuatan dan bersabar.
Inilah masa menanam tekad, tiada lelah dalam larian lagi. Perlu lebih deras berlari~

.: Origami~ : Prologue :.

Thursday, February 10, 2011

Telefon bimbit hitam dihujung mejanya bergetar-getar dengan nada riang menandakan ada panggilan masuk ke dalam peti kecilnya itu. Aisya yang ketika itu sedang menyiapkan laporan tugasannya, mengalihkan bebola matanya ke arah skrin telefon yang terbaring di sisi meja. Seketika dia tersenyum ketika melihat di skrin telefon bimbit itu wajah seorang lelaki yang telah dua bulan menjadi halal baginya.

“Assalamualaikum abang~ ada apa ye call? Aisya nak siapkan kerja cepat ni. Kacau je~” Suara Aisya nyata berbaur ceria~ Riang sekali.

“Waalaikumussalam. Sorry ye cik. Busy sungguh bunyinya ye~ hehe. Tak de la sayang, ni.. Abang just nak tanya, petang ni jadi tak kita keluar dinner sekali. Sebab kesian Amira kat rumah seorang diri. Kalau jadi nanti abang hantar Amira kat rumah Pakcik Ayyoub~”

“Owh, Jadi! Tadi Makcik ada text aisya, Tanya tentang Amira. Sebab katanya. Diorang berdua nak mem“volunteer”kan diri amik Amira kat rumah petang nanti. Rindu katanya. Best kan diorang?”

“Alhamdullilah.. ok then. Kalau macam tu, petang nanti I fetch you kat rumah. See u there insya Allah. Hati-hati drive balik nanti. Assalamualaikum~” Iman menamatkan perbualan~

“Waalaikumussalam”

Hati aisya berbunga riang. Umpannya sudah mengena! Sudah lama rasanya Aisya menantikan masa dia bersama dengan suaminya. Kali terakhir mereka Dinner bersama, sekitar sebulan yang lepas. Ketika dinner di “Maghrib Seafood”. Dia bahkan rindu~ ya rindu pada cinta hatinya sekarang. Aisya jadi ingat pesanan suaminya, rindu pada yang selayaknya adalah anugerah. Ya, dan kerana itu dia merindui suaminya.

Seketika, fikirannya melayang mengingati saat ketika dia dikhitbah. Air matanya berjujuran di pelukan ummi. Dan penuh cinta, ummi berpesan pada Aisya. Hingga kini, pesanan ummi Aisya genggam panas. Ummi sentiasa berpesan, agar sentiasa mengusahakan masa untuk bersama. Memberi dan menerima. Dan Aisya juga ingat, Pesanan ikhlas ummi supaya sentiasa berusaha untuk membiasakan rumah tangga mereka dengan bual-bual yang menambah iman. Menyelusuri sirah, mengingati sunnah serta mendekat diri dengan Al-Quraan.

Alhamdullilah, hingga kini Ummi masih saja memberi kata-kata pendorong dan tip-tips yang berterusan kepada Aisya. Sayang benar Aisya pada Ummi. Walaupun ummi bukan ibu kandungnya yang sebenar, tetapi aisya tetap menyanyangi ummi seperti ibunya sendiri. Kerana ummi yang membela dan menjaganya sejak dari kecil hingga saat dia dikhitbah. Hingga bahkan kini, ummi tetap penjaganya. Dan idolanya pastinya.

-*-*-*-*-*-*

Iman memandang gambar di sudut hujung penjuru mejanya. Tersisip kemas. Seketika dia tersenyum~ Gambar itu ditatap lama. Gambar saat dia mengkhitbah Aisya Humaira Bt Amran. Dan disebelah gambar perkahwinannnya ada sebentuk origami burung yang terletak kemas. Berwarna putih dan terlakar nama Aisya di hujung sayap kirinya. Dan origami itu, adalah origami hasil tangan Aisya, Isterinya. Origami pertama saat dia mengenali Aisya Humaira.

Dia tersenyum~ Teringat perbualannya dengan Pakcik Ayyoub semalam.

“Jadi, Hari ni kita nak usrah apa Pakcik? Ana dah lama tak berusrah. Dulu masa kat sekolah, Rajin jugak ana join usrah. Lasti time ana usrah, Masa di universiti. Itupun ana cabut lari. Haha” Kata iman berseleroh. Memulakan perbualan dengan Pakcik ayyoub seketika duduk di ruang solat Masjid. Teras senang sekali dia dengan Naqqib nya merangkap Bapa saudara Aisya.

“Wah.. Sejak antum dah berwalimah ni, semangat benar nampaknya~” Pak cik bergurau. Membetulkan duduknya. Tapi benarnya, memang itu kebenarannya~

“Haha~ ye lah pakcik. Mana boleh tahan~ Ana hantar Zaujah ana pergi usrah. Kemudian ana duduk minum teh panas kat kedai mamak tunggu dia habis. Macam tak padan sangat rasanya~” Luah Iman pada Pakcik Ayyoub.

Namun, dalam diam dia menyatakan syukur di hatinya, kerana Allah menjodohkan dia dengan pasangan yang terbaik untuknya. Walau dengan segala kekurangan yang ada pada dirinya, namun hatinya semakin pasti, inilah jodoh terbaik, hadiah dari Allah. Pasangan yang sentiasa mengingatkannya tentang Allah, selalu berusaha untuk membawanya kepada Islam sebenar. Insya Allah~

.: Rehal Cinta~ :.

Wednesday, February 9, 2011

“Kakak~ Kenapa kita tak dapat orang yang kita suka?”

“Maksud adik?”

“yela. Semua orang yang adik suka, semua orang yang adik minat, tak pernah jadi milik adik. Kenapa ye kakak?”

Aisya tersenyum~ Dilihat wajah adik kesayangannya merah merona. Entah kenapa merahnya kerana apa. Tentang soalan atau tentang luahan perasaan adiknya kepada dia. Ditatap wajah amira dalam-dalam. Seakan mengerti gejolak jiwa remaja yang bermain dalam benak hati adiknya itu.

“Adik suka dia?”

Amira mengangguk~

“Adik dah cakap dengan dia yang adik suka dia?”

Amira diam. Wajahnya tunduk~ Runtun kebawah. Seketika dia mengeleng. Melihat adiknya diam, Aisya Humaira datang merapat. Dipeluk gadis kecil itu penuh mahabbah. Penuh rasa cinta~ Digengam erat bahu adik kesayangannya itu.

“Adik~~” Aisya memulakan bicara.

“Akak nak adik tahu~ Perasaan cinta yang adik rasa sekarang, yang adik keliru sekarang, adalah perasaan yang ada pada setiap orang. Adik akak ni normal~ Amira Rasyieqa seorang yang normal. Ada perasaan. Ada sifat kasih sayang. Ada sifat malu.Ada sifat-sifat seorang wanita sejati. Untung siapa yang dapat Amira Rasyieqa ni tau~” kata Aisya sambil mencubit pipi adik kesayangannya. Seronok sekali menyakat adiknya yang seorang ini.

“Eh akak ni.. Jangan la puji adik macam tu sekali~” balas Amira tersipu malu~

“Eh betul apa yang akak cakap. Adik akak ni kan seorang gadis yang baik~ Sopan santun, Pemalu. Untung tau orang yang dapat adik ni~” Balasnya sambil memegang erat bahu adiknya. Wajah Amira kian merona. Segan dipuji begitu~

“Tapi~” Kata Aisha terhenti~ Dilihat wajah adiknya. Amira memandang kosong. Menanti bait kata yang bakal diucapkan kakaknya.

“Akak nak adik tahu suatu perkara” Sambung Aisya tersenyum~

“Suatu perkara? Tentang apa akak?” Tanya Amira.

“Tentang cinta~” Senyum Aisya~

Amira tunduk malu. Di sandarkan kepalanya dibahu kakaknya yang seorang itu.

“Adik.. ada satu perkara yang adik harus tahu. Tentang cinta yang adik rasa sekarang. Jatuh cinta adik, adalah perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta dengan seseorang, pasti kerana orang itu ada kelebihan yang ada pada dia. Kelebihan yang membuatkan kita tertarik pada dia. Dan sebab itu kita jatuh cinta dengan dia. Tapi kita kena ingat adik, kita tidak akan berkahwin dengan seseorang hanya kerana kita cintakan dia. Hanya kerana kita suka kan dia. Tetapi kita akan berkahwin dengan jodoh yang telah di tetapkan oleh Allah untuk kita sejak azali lagi.”

Bahu amira diusap. Sekilas, Terlihat mata Amira berkaca~ kolam air itu seakan menakung, tapi ditahan rasa itu.

“Jadi.. kita tak boleh cintakan seseorang la akak?” balas amira. Suaranya sebak~ Seakan ada tangisan yang ditahan.

Aisya tersenyum. Bahu adiknya di gengam gengam erat.

“Boleh sayang~ Boleh. Agama kita kan agama cinta dan kasih sayang. Adik ingat sabda Rasul? tidak akan beriman seseorang itu jika tidak menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri? Rasa cinta itu rasa yang biasa. Kita boleh cintakan dia. Tetapi biarlah cinta kita pada dia, akan membawa cinta kita pada Allah. Andai ditakdirkan bukan dia jodoh adik. Adakah dengan sebab itu adik akan terputus silaturahim dengan dia? Tidak kan. bezanya, dia halal untuk isterinya dan adik halal untuk suami adik nanti. Biarlah cinta kita kepada dia, membawa kepada cinta yang satu.” Balas Aisya panjang lebar~

Air mata amira jatuh~ Perlahan, dan kian menderas. ah.. apa mungkin?

“Akak~ Macam mana kita boleh cintakan yang satu kalau kita masih cintakan dia?” balas amira~

Tersenyum Aisya mendengar~ Seketika dia membalas.

“Dengan mencintai yang selayaknya kita cintai. Biarkan dia mencintai isterinya. Cintakan dia sebagai saudara. Bukan sebagai suami. Kerana isteri, wajib mencintai suaminya. Kerana dengan mencintai Allah, kita akan mencintai pasangan kita. Dan dengan cintakan Allah, kita akan menyintai saudara kita~” Balas aisya panjang lebar~

Amira Rasyieqa menangis dalam pelukan kakaknya~

Perlahan diusap rambut adiknya yang seorang itu. Tidak tega melihat adiknya jatuh ke dalam lopak yang pernah dia jatuh suatu ketika dulu. Lopak yang perit dilaluinya satu ketika yang terlalu ingin dia lupakan~ tetapi Syukurlah, kerana dengan CINTA, dia bertemu cinta~ ya, cinta hatinya yang sekarang.

Seketika terdengar orang memanggil namanya di ruang tamu~

“Sayang~ Mari masak. Abang tolong sayang masak hari ni. Ajak Amira sekali ye.” Terdengar suara iman, suaminya memecah suasana. Hatinya berbunga riang mendengar nama nya dipanggil. Tanggannya tetap saja masih membelai telus rambut Amira.

"Jom sayang. Abang iman dah panggil tu. Dah, jangan menangis. Comot adik akak ni~" Sambil tangannya mengusap air mata yang jatuh dari kolam mata Amira. Amira memandang kakaknya~

Aisya tersenyum~

Melihat adiknya yang masih naif tentang dunia~
Pasti akan ada seseorang yang terbaik untuk adiknya. Pasti!

Seketika, Aisya jadi teringat pertemuan pertamanya dengan iman.
Tersenyum. Geli hati~

Oh? Bagaimana dia mengenali iman? Itu cerita lain yang pasti diceritakan lain kali pastinya~

Hmm? Oh? Aisya Humaira? Hehe~ (Aku sedang ketawa. Skeptikal sekali)
hu^^

.: love and life^^ :.

Saturday, February 5, 2011

Aku nukilkan catatan ini khusus untuk sahabatku, Saufi Ukasyah sempena hari bahagianya~
Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri saat hari perkahwinanmu sahabat~
Selamat Pengantin Baru~
Semoga berbahagia hingga akhir hayat nanti~
Insya Allah~

--------------------------------------------------------------

Dia, sekadar lelaki yang biasa. Walaupun kini terpisah hampir 5 tahun lamanya, tetapi dia tetap sahabat baikku saat sekolah menegah. Yang paling aku ingat tentangnya ialah dia seorang pemuda yang amat pendiam. Wajahnya sangat biasa, tetapi serinya ada pada sifat diamnya. Tuturnya bersahaja. Jelas mengambarkan ketenangan pada sifatnya. Dan kini, dia yang sebaya denganku, bakal menamatkan zaman bujangnya.

Ah.. sungguh, jodohnya dicepatkan~

Setelah sekian lama menanti. Setelah sekian kali taarufan terhenti di tengah jalan, akhirnya Alhamdulillah.

Aku masih menatap sekeping surat jemputan yang di “scan” masuk dan dihantar ke peti kotak elektronikku~ Lama aku berkira sendirian. Tersenyum kecil sementara ingatan 5 tahun lepas kembali di ingatan.

Petang itu kami berbual biasa~ Entah kenapa dari bibirnya muncul soal perkahwinan. Aku sangkakan dia hanya bergurau. Tetapi bahkan nadanya serius. Cukup membayangkan betapa seriusnya beliau tentang persoalan ini. Perlahan aku jadi tersenyum~

“Aku risau la min. kalau satu hari nanti, aku bakal menjadi suami” Saufi membuka bicara sambil merenung jauh padang dihadapannya.

Aku tersenyum~

“Eh bukan ke ini yang kau tunggu? Masa menukar status dari single kepada complicated? Kan?” Kami tertawa berderai~ tetapi dalam diam, aku melihat kerisauannya. Seperti kerisauan aku nanti pastinya~ Bakal suami? Ya~ pasti.

“Itulah.. Risau juga~” keluhnya perlahan.

Kami termenung~ Diam yang panjang.

“Perempuan umpama angin~~” Tutur ku memecah suasana.

“Umpama angin? Maksud kau?”

“Lembutnya melenakan~ Ributnya mengusarkan” Sambungku lagi. Saufi diam. Hanya menanti bait ungkapan yang terbit dari tuturku~

“Adakalanya mereka seperti ibu, menyaji kasih, menghidang sayang~ Adakalanya mereka seperti anak. Mahu dibelai,minta dimanjakan. Dan adakalanya mereka seperti nenek, berleter semahunya merungut seadanya~”

Saufi tersenyum~ senang melihatnya begitu.

“Jadi?”

“Jangan cepat memuji dan jangan juga cepat membenci. Tetapi sekadarlah~ Hanya berserderhana. Kata orang, yang manis jangan terus ditelan, dan yang pahit jangan terus dibuang. Kalau terlalu memuji, bila berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pasti kita kita akan terlalu terluka~”

Saufi tersenyum kelat~ Seketika pandangannya dialihkan ke padang. Pandangannya jauh~ seakan berkira sesuatu.

Seketika dia bersuara~

“Betul.. Perempuan ibarat angin~” Terhenti~

“Mana mungkin kita menjangkakan angin yang lembut membelai mampu menjadi ribut. Kan?” Sambungnya~

Aku tersenyum~ Perlahan, bahunya aku usap.

“Jangan risau~ kau pasti dapat menjadi suami yang baik.” Tuturku. Ada senyuman ikhlas tergambar diwajahnya. Senang sekali~

Aku bangun dari duduk ku~ Sudah lewat rasanya.

Skrin computer aku tatap. Tersenyum mengenang lamunan tadi. Wah, sekejap lagi Saufi bakal menjadi suami. Hatiku berbunga-bunga riang. Melihat sahabatku ini pasti berseri-seri kegembiraan. Sekian lama menunggu, akhirnya kini dia bakal bergelar suami.

“Doakan aku tau” Saufi meminta doa~

“Insya Allah, Hanya yang terbaik~” Balasku. Dalam hatiku menuntur doa, semoga pasangan ini kekal bahagia hingga akhir hayat~ Amin.

Selamat Pengatin Baru ya!

Sincere~
Iman Danish~


.: Cinta Pertama~ :.

Thursday, February 3, 2011

Suasana disekitar warung itu kian sunyi. Hanya tinggal kami berdua pelanggan di warung itu. Yang kedengaran hanyalah bunyi televisyen yang masih lagi lantang mengeluarkan suara. Antara kami? Ya~ tidak ada. Hanya sepi.

Wajah Farhan kelihatan mendung. Beria-ia Farhan mengajukan soalan itu pada aku. Mengharapkan secebis jawapan yang mungkin bisa menenangkan hatinya. Aku bungkam~ sejujurnya aku juga buntu. Masalah cinta? Ah.. apa mungkin aku yang kecundang ini mampu menasihati? Ya~ tentang kesukarannya melupakan cinta pertama.

Farhan memandang kosong air teh dihadapannya~ Seakan ada sesuatu yang ingin diluahkan. Seketika dia membuka kata, memecahkan sunyi antara kami.

“Sudah tiga tahun~” Katanya terhenti.

“Sudah tiga tahun berlalu~ tapi, hati masih teringatkan dia~” Sambung Farhan.

Aku mengeleng~

“Dah tu, kenapa berpisah?” Tukasku.

“Entahlah.. Orang tua ada pilihan lain” Balasnya perlahan~ terdengar keluhan kecil dihujung kata Farhan. lukanya dalam barangkali?

“Dia dah berkahwin?”

“Belum. Sama macam aku~ sudah pun bertunang. Dan akhir tahun ini akan mengikat tali pernikahan~”

“Jadi.. Kau cintakan tunang kau yang sekarang?” tusukku hampir berbisik.

Farhan tersentak~ Dia termenung jauh. Diamnya panjang. Entah apa yang difikirkan~

“Ah.. Tidak cinta barangkali~ Cuma mungkin terpaksa mencintai. kan?” Tukasku. Cuba meneka lamunan Farhan yang panjang. Air teh yang sejak dari tadi dihadapan aku hirup. Farhan terkejut dengan kataku. Tajam? Ya~ kata-kata yang tajam barangkali.

“Eh.. tak. Dia perempuan yang baik. Cuma…” balas Farhan terhenti.

“Cuma tak dapat lupakan cinta pertama? Begitu?” Sambungku.

Farhan mengangguk.

“Cinta bukan tuhan~”

“Maksudnya?”

“Jangan segala kemahuannya dituruti. Jangan tunduk dan patuh pada cinta pertama. Hingga terlupa kepada cinta utama~” tegas ku.

“kau berbelit” Farhan membantah.

“Ya. Benar~ kerana Cinta kan Allah adalah cinta utama~ Cintakan DIA itu urusan kita. Tetapi cintakan manusia itu urusan DIA. jangan disibukkan dengan urusan DIA, jika urusan kita sendiri tak terjaga~”

“Entahlah~ keliru pula. Mungkin, bekas kekasih lama aku adalah yang terbaik~” Balas Farhan.

“Mungkin juga. Tapi dia terbaik untuk bakal suaminya nanti. Dan kau terbaik untuk bakal isteri kau nanti”

“Entahlah.. Kata kau terlalu sempurna. Tiada jaminan~” keluh Farhan.

Aku tersenyum. Perlahan, bahu sahabat aku yang seorang itu aku usap~

“Tidak. Cinta Utama adalah jaminannya. Cinta kan Allah~ Jika Allah mentakdirkan sesuatu ke atas hambanya, pasti itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Maha suci Allah dari bersifat zalim~” Balasku tersenyum.

“Jadi, Apa yang Allah nak dari aku?” Balas Farhan meminta penjelasan~

“Mudah~ dengan mencintai isteri. Setiap suami mesti mencintai isterinya~ bukan bekas kekasih lamanya. Ingat tu~”

Farhan tersenyum~

“Tapi dalam kes aku, bakal isteri mungkin?” Farhan membalas~

Kami ketawa~ Semoga Farhan menjadi suami yang baik pada isterinya nanti. Insya Allah.

.: Aliff~ :.

Monday, January 31, 2011



“Kakak~ yang tu apa?” Tanya Aliff pada Shahira. Jarinya menunjuk ke arah sekeping gambar.

“yang mana sayang?” balas shahira~

Tangannya lembut mengusap rambut Aliff. Sayang benar kepada anak saudaranya yang seorang ini~

“yang tu la kakak~” Renggek Aliff.

“Oh, yang tu ke? Tu la lollipop yang aliff suka makan tu~ Aliff suka yang mana?” Tanya Shahira pada Aliff. Sekadar mengusik anak kecil yang seorang itu.

Aliff diam seketika~ Kanak-kanak kecil berumur 3 tahun itu seakan mentafsir sesuatu.

“Aliff suka yang ni~” Jawab Aliff selepas diamnya sesaat.

“Aliff tak suka yang ada lalat tu.” Sambung anak kecil itu lagi~

Shahira tersentak~

“Kenapa Aliff suka yang ni?” Balas Shahira inginkan penjelasan~

Mengharap jawapan dari kanak-kanak yang masih mentah pastinya~

“Sebab yang ni bertutup~ sebab tu la Aliff suka~”

Shahira tersenyum~ Mendengar jawapan anak kecil yang masih belum tahu apa-apa tentang dunia. Anak kecil yang hanya tertawa bila gembira, dan menangis tika berduka. Apa mungkin anak kecil ini sudah tahu tentang hukum permainannya dunia?
Nah.. itu istimewanya kanak-kanak~ terkadang kita lupa tentang sucinya jiwa kanak-kanak dalam kesibukan menuju kedewasaan. Urm.. Masih banyak perlu dimuhasabah~

.: Kerana aku tiada apa~ :.

Monday, January 24, 2011

Tiada apa yang istimewa tuntuk dicoretkan~
Cuma cerita tentang seorang insan~
Yang tiada apa pada dirinya~

Tuhan~

Ketika Engkau menyuruh aku beribadah kepada Mu~
Aku pun beribadah~
Sehabis usaha~
sekuat tenaga~
Tetapi~
Usaha dan tenaga ku kearah itu~
Semuanya adalah kudrat dan kehendak dari Mu~
Tiada apa pun yang ada padaku~

Dan ketika Engkau menyuruhku membuat kebaikan~
Setakat termampu aku membuatnya~
Tetapi~
Setakat termampuku juga adalah kehendak dan takdir yang ditentukan oleh Mu~
Tiada sedikit pun campur tangan dariku~
Kerana segalanya dari Mu~

Terima kasih ya Allah~

Kerana mengilhamkan diri ini menukilkan coretan ini~
Menukilkan bicara ini~
Walau hakikatnya aku tiada apa-apa~

Dan sepatutnya aku bertambah malu kepada Mu~

Ketika Engkau melarang aku melakukan maksiat~
Sejauh yang termampu aku menjauhinya~
Sekuat tenaga aku membencinya~
Tetapi~
Yang mengerakkan hatiku meninggalkannya~
Tetap takdir dari Mu~
Kerana Engkau yang memegang hatiku~
Kerana tetap itu Qadha dan Qadar dari Mu~

Hakikatnya aku malu~
Kerana aku tiada usaha sebesar habuk sekalipun~
Walaupun berusaha itu suruhan Mu~

Dan jika begitu~
Walau sedikit kebaikan yang aku lakukan~
Aku tidak layak berbangga dengannya~
Bahkan sepatutnya bersyukur padaMu~
Kerana masih mengilhamkan diri ini kebaikan~

Jika kejahatan yang aku lakukan~
Walaupun hakikatnya tetap dariMu jua~
Sebagai beradab, biarlah aku mengaku bersalah~
Kerana hamba sifatnya bersalah~
Seringkali menzalimi dirinya~
Tanpa mereka sedari diri sendiri dizalimi~

Maha Suci Engkau~
Yang tidak pernah menzalimi hambaMu~
Kerana pasti ada hikmah tersembunyi~
Yang aku tidak tahu~
Tidak tahu pastinya~

Kerana mungkin selepas berdosa~
Aku kembali menagih keampunan pada Mu~
Dan itulah yang Engkau mahu~
Rayuan hamba Mu~
Menagih keampunan~
Mengharap keredhaan~
Dari sifatMu~
Maha Pengampun~
Maha Penyayang~

Sungguh, Sebesar mana cinta kami kepadaMu ya Allah~

Tidak sebesar cintaMu kepada Kami~



Malu~
Yang teramat~