.: Of love and life 5~ :.

Friday, June 6, 2014

Seharian berjalan ke sana ke sini, benar benar memerah keringat diri. Terkadang arah berjalan bukan pun bertujuan, mungkin sekadar memenuhi jemputan open house rakan rakan, ataupun sekadar jalan jalan kosong. Ya, jalan jalan sekadar merehatkan minda, yang aku kira sudah hampir dua minggu lamanya terbeban dengan jadual masa yang cukup kejam bagiku~

Oh ya, aku terjumpa adik itu ketika berjalan di tasik petang tadi. Adik yang pernah aku ceritakan berwalimah sekitar 2 bulan lepas. Wah.. wajahnya berseri. Badannya sedikit berisi, wajahnya jernih tanda bahagia bersama. Dan yang aku kira aku cemburui, mereka jalan berpimpin tangan. Romantis!

Di kesempatan itu aku sempat bertegur siapa dengannya~ tidak sangka, pertemuan yang aku kira mengejut itu, mengundang basah direlung hati. Ya, ketika kembali mengamat memori adik yang aku cintai itu.

---

“Abang, kenapa dia buat macam ni? Sedangkan saya sayangkan dia seikhlas hati. Apa salah saya pada dia?” Tanyanya padaku. Wajahnya muram~ mendung yang aku kira ada luka yang dalam pada hatinya~

Entah kenapa, aku jadi terdetik dan terduduk mendengar cerita adik itu. Mungkin kisah kami ada persamaan. Ditinggal kekasih, atau sememangnya aku tidak sanggup melihat dia menanggung lukanya sendiri. Mungkin~

“Amir sayang dia?” Balasku~ tepat memandang adik itu.

Dia mengangguk lemah~ seakan tidak bersemangat lagi mengharungi hidup. Ah.. cinta~ indah ketika bersama, tetapi perit ketika tiada. Kami diam yang lama, sambil fikiran melayang menyusun kata tentang apa yang akan dipertuturkan nantinya.

“Amir..” sambung ku.

Pandangan yang sebentar tadi memandangnya, aku alihkan~

“Kita kena ingat, sebelum kita sayang orang lain, kita terlebih dulu harus sayang pada diri sendiri.” Balasku terhenti~
“Maksud abang?” Balasnya tersentak~

“Yela, kalau kita tak sayang diri sendiri, macam mana kita nak sayang orang lain. Macam Amir sekarang, Amir cuma tahu sayang dia tanpa Amir sayang diri Amir sendiri. Amir sanggup tak makan, tak tidur sebab sayang Amir pada dia. Itu bukan cinta Amir. Kalau Amir sayang diri sendiri, Amir tak buat macam ni bila putus cinta. Ingat Amir, Kalau kita sendiri tak bernafas, macam mana kita nak bantu orang lain bernafas?” Balasku~

Amir memandang dengan wajah yang keliru~ menghadam setiap bait kata yang aku tuturkan.

“Amir, bila kita sayang diri sendiri, insya Allah, kita akan mampu menyanyangi orang lain dengan baik. Bukan maksud abang pentingkan diri~ Pentingkan diri dan sayang diri sendiri adalah dua perkara yang berlainan.Sayang diri sendiri, agar mampu menyanyangi. Siapa yang mampu mencintai dirinya, maka dia akan mampu mencintai orang lain sepertimana dia mencintai dirinya sendiri~ Kita diajar begitukan oleh baginda Rasul?” Sambungku panjang lebar~

Tangan yang sedari tadi aku genggam, aku alihkan kebahunya. Perlahan bahunya aku usap~ penuh mahabbah.

“Belajarlah melepaskan pergi, supaya nanti kita dapat melihat kemana takdir kita membawa kita pergi. Belajarlah mencintai diri, supaya nanti kita mampu mencintai dengan sepenuh hati. Ingat, orang yang banyak cinta, akan banyak memberi. Kerana mereka tahu, mereka memberi apa yang mereka ada. Bukan apa yang mereka tiada. Kerana orang yang banyak cinta dalam hatinya, akan mampu mencintai manusia seluruhnya. ”

Wajah adik itu kian menjernih~ Mungkin sedikit sebanyak hatinya mampu menerima apa yang aku perkatakan~ Dia memandangku. Tersenyum~ Ikhlas.

“Jadi, kenalah belajar cintakan diri sendiri kan?” Tanyanya.

“Yap! Dan yang penting, cinta yang Satu dahulu, kerana cinta yang Satu itulah yang paling banyak, tidak terkira. Dan jika yang Satu itu dicintai, maka kita akan mencintai sepenuh hati. Sepertimana baginda Rasul, mampu mencintai sekian banyak umatnya, kerana Cinta yang satu dalam hatinya” Ujarku tersenyum~

---

Dan kini, aku lihat adik itu mampu tersenyum dengan ikhlas sekali. Ya, ikhlas dari hati.  Dan kerana itulah dia bertemu dengan permata hatinya sekarang. Yang halal disentuh sesuka hatinya~

“Terima kasiha bang, atas nasihatnya dulu~ Semoga abang mendapat yang terbaik ya” Ujarnya~

Aku tersenyum~ Geli hati. Apakan tidak, calonnya pun masih tiada.

“Insya Allah. Terima kasih atas doanya. Doakan abang juga ya!” balasku~

“Amin ya Rabb!” sambut kami berbalas pelukan~

Dan sejujurnya, aku amat kagum dengan adik itu. Mungkin aku sendiri masih tertatih dengan apa yang aku perkatakan. Masih lagi mencari cari sesuatu yang entah bila aku temui. Entahlah, mungkin bukan kunciku sekarang. Ya, kunci pada segala yang ghaib adalah masa kan?

Makanya, harus bersabar dan bersabar dengan masa~


---
Baiklah, entry yang tah pape~ hoho^^


.: Bukan Utopia Cloud Nine :.

Sekadar perkongsian pengisian Fiqh Munakahat~

Adalah penting seseorang yang ingin mendirikan rumah tangga itu bertanya atau mengambil tahu tentang dirinya sendiri dan pasangan yang ingin dinikahinya. Berikut adalah beberapa pertanyaan yang dibahaskan didalam pengisian Fiqh munakahat:

1)      Apakah wawasan dia didalam hidupnya?

-Soalan ini penting, kerana sebagai seorang suami atau isteri, adalah penting mempunyai visi dan wawasan yang sama dalam hidup mereka. Apakah keinginannya dalam kehidupan? Apakah yang beliau mahukan dalam kehidupan? Bila tujuan hidup sama, maka senanglah berlaku toleransi dalam rumah tangga.

2)      Apakah kefahaman dia terhadap konsep perkahwinan?

- Soalan ini juga boleh dikatakan penting. Ya, bagaimana pandangannya terhadap perkahwinan. Adakah medan perhambaan seperti apa yang digambarkan barat? Medan memuas nafsu semata atau bebanan tangggungjawab yang perlu dipikul. Atau adakah perkahwinan adalah medan memberi antara satu sama lain. Sama ada mahu mendapat redha Allah, meramaikan umat Baginda Rasul, ataukah hanya kerana ingin menyempurnakan separuh agama. Maka soalan ini wajarlah ditanya pada diri dan dilihat pada pasangan nanti.

3)      Apakah sifat yang digemarinya dan sifat yang tidak digemarinya?

- Soalan ini membolehkan kita melihat kekurangan dan kelebihan diri, dan apakah kekurangan itu boleh diterima masing masing. Soalan ini boleh dikatakan penting, kerana berkahwin bukan sehari dua, tetapi ingin hingga syurga. Dan diatas semua itu, setiap manusia terbuka kepada perubahan. Jika mereka tahu, maka memperbaiki diri adalah perkara utama.

4)      Apakah pandangannya mendapat anak bagi tahun pertama perkahwinan?

- Wanita dan lelaki berbeza pendapat tentang anak. Adakah sesuai pada waktu kerjaya, atau dibahagian kerjaya siapa yang perlu berlaku tolak ansur. Ibarat kata ustaz hasrizal, bercinta jangan sampai ke gerbang perkahwinan, tapi masukkan sekali urusan lampin dan makan.

5)      Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarga?

- Perkara ini juga perlu dilihat, kerana kita berkahwin bukan sekadar dengan pasangan, tetapi juga dengan keluarga mereka. Maksudnya, kita turut meraikan keluarga pasangan. Jika berlaku konflik dalam keluarga, apakah dibenarkan pasangan masuk campur? Atau bagaimana hubungan mereka nanti setelah berkahwin. Walaupun syurga dibawah tapak kaki suami, ibu dan bapa hanya ada satu di dunia. Maka dengan itu, haruslah bertoleransi.

6)      Apakah kegemarannya dan bagaimana masa lapangnya di isi?

-Soalan in juga boleh dirisik, adakah masa lapangnya di isi dengan baik. ya, kerana selepas kahwin nanti, adakah masa lapangnya mampu diluangkan untuk anak isteri.

Dan oh? Sebenarnya hari ini tiada mood untuk menulis. Sekadar ingin conteng conteng. Bimbang ilmu yang baik ini tidak dik kongsi lantas terlupakan. Ya, dengan jadual yang ketat begini, tidak mustahil boleh terlupa. Oh? Apa yang tulis ini, hanya lah perbincangan ketika kuliah Fiqh munakahat. Jika ada cara lain, atau cara yang lebih untuk mengenali antara satu sama lain, maka silakan. Selagi menjaga syariat, itu sebaiknya. Tetapi bukan syariat yang kita aturkan sendiri.

Ingat, kalau kita buat tak baik sebelum kahwin, Allah akan balas dengan ujian selepas kahwin. Biar ujian kita pada susahnya sebelum kahwin~ kerana ujian selepas kahwin, adalah sangat dashyat. Kerana seharusnya, keluarga itu penyejuk jiwa kan?

Oh? Sudah membebel terlalu panjang~ dan sudah terlalu membebel seperti sudah berkawhin. haha^^

Baiklah, harus berhenti segera. Semoga ada manfaatnya bersama.

Semoga^^

Nota kaki : in before, dah tahap wajib dah ni. haha^^

.: Hikmah~ :.

Usai solat magrhrib berjemaah, dia duduk di suatu sudut. Penuh saksama, dilihatnya berbondong bondong manusia yang sujud membesarkan Tuhannya. Di sandarkan dirinya di dinding~ tangannya erat memegang mushaf yang dicintainya. Di cium penuh tak’zim. Semoga Al-quraan itu menjadi cahaya bisiknya.

Seketika telinganya menangkap bacaan seorang akhi yang duduk tidak jauh dari situ. Di dengari dengan saksama, setiap kata, setiap ayat. Dan SubhanaAllah, indah dan tartil bacaannya. Spontan dia menangkap maksud bacaan akhi itu. Seketika relung hatinya basah. Yang amat. Jauh ayat itu membawanya pergi ke suatu daerah yang mengundang basah di setiap sudut hatinya yang keras itu. Sungguh, benarlah kata kata ini mukjizat dari Allah yang tidak mungkin ditandingi siapa siapa.

Demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya.
Serta mencetuskan api dari telapak kakinya.
Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh.
Sehingga menerbangkan debu.
Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh. (Al A’diyat : 1-5)

Ayat itu membawanya jauh menerobosi masa. Ketika Islam pada masa  itu masih menerima tentangan yang hebat dari orang arab Quraisy. Orang arab yang suka pada hiburan dan peperangan, tidak sedikit pun mereka berminat pada apa yang Baginda Rasul sampaikan.

Lalu Allah memulakan Surah ini dengan haiwan kebangaan mereka. Untuk menarik mereka mendengar apa yang hendak disampaikan. Sungguh benar, sangat berhikmah cara berdakwah yang Allah ajarkan.

Akhi itu meneruskan bacaannya. Terasa rentak nada yang keras dan berdentam berdentum dalam suasana yang gempar, hirukpikuk dan berdebu. Tidak dapat digambarkan suasananya. Seolah olah dialah yang berada disitu. Ah.. Terlalu indah bahasa Al quraan, yang tak dapat digambarkan dengan terbatasnya bahasa manusia.

Seketika dia tersentak, ketika akhi yang membaca surah itu membawanya pergi ke satu ayat“Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. Dan sesunguhnya dia (manusia) menyaksikan keingkarannya. (Al A’diyat : 6-7) ”

Suasana yang seketika tadi dibayangan, kini menghilang. Tersentak dengan teguran Allah kepada manusia. Hatinya kian membasah. Benar, dirinya adalah seorang yang tidak bersyukur pada banyaknya nikmat telah diberi. Hatinya banyak memberontak, yang entah kenapa apa sebabnya. Ah.. Iblis~ tidak akan pernah jemu menyesatkan umat manusia. 

Akhi itu meneruskan bacaannya hingga ke akhir surah tersebut. Didengarinya dengan saksama, dengan air mata yang hampir sahaja menitis membasahi bumi.

Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benda benar berlebihan.
(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?
Dan apa yang tersimpan didalam dada dilahirkan?
Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.  (Al-A’diyat : 8-11)

Hatinya membasah. Teguran Allah itu diambil sebagai pengajaran bagi dirinya. Dan sungguh, dirinya tergolong dalam golongan yang Allah katakan. Sedangkan Allah menegaskan, satu hari nanti, akan didedahkan apa yang terpendam didalam dada. Air matanya menitis perlahan. Mengungkapkan rasa yang tidak pernah dirasai hati kerasnya itu. Sudah berapa lamakah dirinya menjauhkan diri dari Al-Quraan? Sudah berapa lamakah dirinya berasa malu untuk membawa Al Quraan, hanya kerana takut digelarkan orang asing? Ahh.. Hatinya membasah~

Sedangkan Al Quraan itu tanda kasih dan sayangnya Allah kepada manusia. Tetapi terlalu sedikit mereka yang mengambil pengajaran darinya.

"Ya Allah, rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah, Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya, berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya, anugerahkanlah kekuatan kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai Tuhan pemelihara sekalian alam."

Bismillah~
Dirinya tekad memperjuangkan amanah yang telah diamanahkan pada dirinya~

.: Budak Milo~ :.

Tuesday, May 20, 2014

Hari ni rasa down. Nak tahu kenapa? Mungkin sebab dimarahi depan orang ramai~ Tentang satu soalan bodoh yang diajukan~

“Encik, Tumpang Tanya, Dah nak bukak Casing HP Turbine ni ke?”

Dia diam~ Seketika terpancul raut kemarahan di wajahnya.

“Cuba jangan Tanya soalan bodoh dengan saya. Maaf, saya memang macam ni. Engineer-engineer saya pun saya buat macam ni. Kalau nak tau sangat baca O&M manual. Saya tak suka layan soalan bodoh macam ni”

“Err.. Maaf-maaf.”

“Maaflah~ saya tak suka layan soalan bodoh macam ni. Awak ke sini buat apa?”

“Tak~ saya disuruh update tentang maintenance turbine. Tu yang saya Tanya Encik”

“Siapa yang suruh? Kenapa dia hantar awak pulak? Kenapa tak boleh datang sendiri?”

“Err..”

“Awak ni Training? EDP? Ke TDP?”

“Err.. tak. Saya praktikal je kat sini~”

“Oh.. Praktikal? Tak payah la. Tak payah la nak amik tau pasal steam turbine ni kalau sekadar praktikal je~ Tak payah la. Takkan dapat kerja kat sini”

“oh? Maaf2~ Maafkan saya”

Dia berpaling~ aku juga. Dibiar tergamam disitu. Dilihat entah berapa pasang mata yang memandang. Kau tahu? Aku sekadar ingin tahu~ ingin belajar. Kerana tugas itu yang diamanahkan kepada aku~


Aku tergamam~

Amat~

Luruh seketika~ Sensitif? Ya benar~ Akhirnya pulang. Sepanjang perjalanan, aku cuba diceriakan oleh sahabatku. Tapi entahlah~ aku terasa. Sekali~ Aku hanya ingin belajar disitu. Belajar dan terus belajar~ tidak pernah terlintas satu hari nanti untuk bekerja disitu. Tidak pernah! Sekalipun~

Aku tau~

Aku sekadar Budak milo suatu ketika dulu. Budak milo yang kerja disitu juga. Yang kerjanya mengambil minuman~ mengutip gelas dan cawan. Membasuh dan mencuci. Itu rutinku suatu ketika dulu. Selayaknya budak milo seperti aku bermain-main saja dikaki bukit.Namun perancangan Allah itukan yang terbaik? Syukur, kembalinya aku ke situ sebagai Foremen semasa cuti sem. Dan kini, aku tidak pernah menyangka, tempat yang dahulu layaknya aku digelar budak milo, kini digelar “Student Practical”. Syukur~

Allah~

Jangan hilangkan rasa sensitif ku~

Kerana rasa itu membuat aku bangkit dan terus bangkit~ Jangan bunuh rasa itu. Jangan~ Aku hanya ingin terus berlari~ dan berlari. Dan berlari~ Hingga sampai waktu yang Engkau tentukan nanti~

Hingga saat itu, jangan Kau hentikan ku~

Mengharap~ yang terlalu.

Iman~



.: Because I am garang~ :.

Monday, January 21, 2013

Err.. tak tau nak tulis apa~hu^^
some say, I am garang~
really?

wow~

For me?

Yup~ yes I am.

I am garang~ but insya Allah, my years 6 tuiton kids always come to class prepared~ they say "takut abg iman marah~" haha :P

I am garang~ but after programme, my peserta sms me~ Rindu~

I am garang~ but they said, they would never kecik2 hati~ because they know, its for their own good rite? no hard feeling ay?

Zero-zero~

haha^^

--------------------------------------------------------------------------------------

Lihat~ betapa istimewanya kanak2~ mereka tidak pernah terlalu memberati perkara yang tidak perlu. sentiasa ceria dan tiada hard feeling walaupun setelah seminit aksi garang ditunjukkan~ terkadang menangis sebentar, dan seketikanya ketawa.

Luhur~ thats the word.

Harapnya kita yang dewasa ini juga dapat menyelami mereka~~

kan? ^^