Sebentar tadi ketika berleha leha di laman sesawang, aku disapa
oleh seorang sahabat yang aku kira aku kenali di sebuah program di
Johor satu ketika dahulu. Sapaannya sekadar sapaan~ Tetapi tetap dengan
santunnya yang tinggi.
Benarnya, aku ingin memangkah
laman ini. Dengan tubuh yang ketagih rehat disebabkan demam panas yang
menyerang tiba tiba, memang selayaknya aku berehat. Tetapi satu yang
membuat aku tertegun, tentang ajakkannya ke sebuah majlis perkahwinan.
Lantas aku matikan niatku~ Menanti bait kata yang ingin ditulis adik
itu.
Oh ya~ Jika kalian mahu tahu, sahabat yang aku gelar
adik itu adalah sahabat yang bersama tinggal di bawah satu bumbung
keluarga angkat. Ya, ketika program di Johor. Adik yang berwatak
sederhana. Yang jelas tergambar seri pada kejernihan wajahnya.
Sudah
menjadi kebiasaan, teman teman yang aku kenali seringkali menempah
tarikh tarikh tertentu untuk program program mereka. Terkadang menjadi
fasi, atau sekadar menyibuk nyibuk di acara teman teman. Tetapi kini,
adik itu menempah tarikh, bukan untuk program. Tetapi tarikh Walimah dia
yang akan diadakan nantinya~
Aku jadi tergamam.
Amat!
Apakan
tidak, seperti baru semalam, dia menceritakan kisah luka yang pernah
dia hadapi. Mungkin kerana kisah kami ada persamaan nya~ Dan kerana itu,
sedikit sebanyak, aku amat faham tentang luka itu. Tapi, bila dijemput
ke majlis walimahnya~ Aku jadi tertegun.
Yang mengundang
ketegunan aku adalah pada betapa kuatnya dia menghadapi luka itu. Pada
kuatnya dia percaya pada takdir dan redha. Pada kuatnya dia ingin
mencari redha Ilahi dalam hidupnya. Dan benar, Ternyata adik itu seorang
yang kuat. Mampu kembali bangun dari luka yang bukan sedikit peritnya~
Aku
sendiri, aku kira, hampir setahun kisah itu bernanah luka didalam hati.
Cukup lama untuk kembali sembuh dan kembali memberi. Ah..Tapi adik itu
ternyata mampu bangun dengan gagah. Kekaguman aku makin meningkat pada
adik itu.
Aku jadi terharu~ Bercampur baur gembira.
Syukurlah, lukanya membawanya semakin dekat pada Penciptanya. Tidak
dapat aku gambarkan perasaannya didalam hati. Tapi yang pasti, rasa
gembira dan syukur mendahului.
Dan kini, adik yang aku
kagumi itu akan berwalimah~ Akan punya keluarga dan isteri, akan punya
ipar dan mertua, akan memikul tanggungjawab sebagai suami. Indah bukan?
Bagaimana seorang adik yang pernah terluka, kembali bangun dari luka
itu kerana ingin mencari redha Ilahi.
Terlalu indah.
Ah.. Terasa seperti sudah terlalu tua rasanya~ hoho.
Tapi
untuk adik itu, doanya semoga selamat ya. Tidak lama lagi dirimu akan
mempunyai isteri~ dan itu bererti sudah bertambah tanggungjawabmu kepada
bukan sekadar mendidik diri. Jadilah Imam yang akan membawa isterimu
jauh ke syurga. Cita citamu biar tembus ke sana. Bimbing isteri dan
zuriatmu menjadi muslimah dan muslim yang sejati. Tuailah apa di dunia
kerana apa yang di ganjarkan di akhirat. Dan percayalah, tidak akan rugi
orang yang berjual beli dengan Ilahi. Itu doaku~
Aku tahu kau bisa~ Pasti!
Kerana aku kenal dirimu. Seorang adikyang serinya ada pada kesederhaannya.Pada tutur dan kesopananya~
Selamat ya! Dan oh, doakan aku juga supaya cepat cepat berwalimah. Hoho~
Ingin sekali aku gengam bahu adik itu, dan akan aku katakan~
“Doanya hanya yang terbaik buatmu!”
1 kRitIkaNs:
laaa ingtkan entry baru...=(
Post a Comment