Sedikit luahan coretan rasa hati~
Petang itu dia duduk bersama Edi dan Sufi di tepi tasik. Bersama
sahabat usrahnya di dunia dan semoga sampai diakhirat. Melihat beberapa
pandangan keluarga dan juga pasangan yang didalam sangkaan baiknya,
suami dan isteri. Ya, petang itu sekadar jalan jalan. Jalan merehatkan
minda dan mencari sedikit ketenangan~
Di tempat rehat itu mereka duduk. Memerhatikan pemandangan tasik yang
tidak kurang indahnya. Melihat ciptaan Maha Pencipta dan lantas
berbisik, tidak Engkau ciptakan kami sia sia. Maka benarlah, hanya
dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang.
“Iman~ Bila lagi nak berwalimah?” Tanya Sufi tiba tiba.
Seketika aku jadi tersedak~ Pemandangan yang seketika tadi dipandang
dengan penuh khusyuk terputus hanya kerana soalan Sufi yang mengelikan
hati. Aku mengelengkan kepala sambil tertawa kecil.
“Sufi sufi~ kau ni takde soalan lain kan?” Balasku~
Sufi dan Edi ketawa~
“Yela, kau dah pernah kecewa. Biasanya orang yang kecewa ni cepat bangkit semangatnya nak mencari cinta yang halal~” Celah Edi.
Aku jadi geli hati dengan kata Edi. Apakah ada rasionalnya? Ah.. Edi Edi.
“Entahlah, aku tak tahu. Bila tiba masa, bila Allah kata ya, maka
Bismillah, aku terima apa saja yang Allah tetapkan” Balasku sambil
tersenyum~
“Engkau ni masih terluka~” Balas Edi pendek~ Cuba menduga barangkali?
“Betul, masih teringatkan Aufa?” Celah Sufi menbenarkan kata Edi~
Ah.. mereka. Ada saja kata kata yang cuba mencungkil rahsia. Dan
jujurnya, itu yang aku kagumi pada sahabat seperti mereka~ Ya, sahabat yang
sentiasa perihatin terhadapa sahabatnya yang lain.
“Mungkin~” Balasku pendek~
“Kenapa?”
“Entah. Kerana mungkin alasannya ketika dan waktu ini aku tiada apa.
Tiada kerja, dan tiada segala~ mungkin.” Balasku pendek~ Tersenyum.
Jujurnya, luka itu telah pun mula sembuh. Ya, sedikit demi sedikit.
Namanya sudah tiada dalam doa dan harapan, namanya sudah tidak terbayang
dalam fikiran. Bahkan sedikit sebanyak, lukanya itu tidak memberikan kesan
pada dirinya lagi.Ya, pergi bersama rintihan doa yang pernah dia
titipkan.
Ah.. bagaimana mahu menjelaskan pada sahabat sahabatnya ini~ Bahawa dia sudah mampu mengharungi segala.
“Jadi, apa perancangan kau sekarang Iman. Jodoh itu harus diusahakan
bukan? Jodoh mana mungkin datang jatuh bergolek dari langit. Ya, Mana
mungkin wanita yang baik itu datang dari langit dan mucul dihadapanmu.
kan?” Tukas Edi. Sinis. Tapi ada benarnya~
Kami tertawa~ Geli hati. Metafora sungguh kata Edi.
“Entah. Mungkin sekarang, yang aku cari adalah seseorang yang mampu
terima aku pada waktu dan ketika ini. Yela, tak lama lagi aku akan
bergelar engineer. Dan tak lama lagi, consultant training yang aku
usahakan di atas nama aku sendiri mungkin mencipta nama. Pada waktu dan
ketika itu, pasti ramai yang ingin mendekati. Yela, siapa tak nak
engineer kan? Lagipun masa tu dah ada kerja, dah pun stabil. Dah ada
segala”
Aku diam seketika~ pandangan aku alihkan jauh ke tasik.
“Tapi..” Sambungku~
“Yang aku cari, bukan sesiapa yang mampu terima aku pada waktu
dan ketika itu. Tapi aku ingin mencari seseorang yang mampu terima aku
ketika dan waktu ini. Ya, ketika aku masih tiada apa. Engkau sendiri
lihat Edi, bagaimana aku tidak diterima hanya kerana aku tiada kerja
sekarang. Dengan hidup aku yang baru hendak bermula. Bersusah payah
mencari tender untuk consultant yang baru aku buka. Benar, payah Edi”
Balasku tersenyum~
Sufi datang merapat. Perlahan dia mengengam bahuku erat. Seketika berkata~
“Apa yang aku lihat pada kau Iman, kau seorang yang lemah lembut tapi
penuh hikmah. Dan kau seharusnya mendapatkan seseorang yang mampu
mengimbangi kelembutan jiwamu. Yang mampu meniupkan semangatmu dalam
kelelahan mengharungi hidup. Dan dalam perjuangan hidupmu yang
melelahkan nantinya~ itu nasihat aku Iman.” Balas Sufi sambil tersenyum.
Penuh ikhlas~
Edi mengangguk~
Terima kasih sahabat. Terima kasih untuk semangatnya. Bisik hati kecil itu.
“Jadi sekarang, kenalah cari yang ikhlas kan? Tapi yang ikhlas itu
bukan semudah mencari burung diawan, tetapi sesukar mencari permata
dilautan. Mungkin sukar~ tapi tidak mustahil. Jujurnya Sufi, aku
tidak pernah memilih dalam mencari. Sebab aku tahu aku tidak pernah
layak dipilih asalnya. Tetapi jika Allah beri nikmat isteri yang
solehah, maka itu adalah nikmat yang tidak seharusnya aku mungkiri. Tapi
jika tidak, aku masih percaya, yang baik itu bukan saja diawal, tapi di
pertengahan dan juga akhir kan?” Balasku.
Sufi dan Edi tersenyum~ Senang sekali.
“Benar. Dan yang lebih penting dari itu, adalah sibukkan diri dengan
Allah. Dengan kewajipan yang Allah beri. Itu sebetulnya~” Jawab Edi
bersemangat.
Kami ketawa bersama~
Petang yang indah.
Semoga ukhwah terikat padu walaupun berlalunya masa.
---
Oh? Entri yang tiada apa~Conteng conteng yang entah apa apa~hoho^^
3 kRitIkaNs:
Untuk menerima seseorang dalam hidup kita, kita tak perlu mencintainya.. cukuplah sekadar kita senang dengan kehadirannya disisi kita..
kerna cinta itu harus dipupuk usai akad ijab dan kabul..
itula mudahnya hati seorang manusia yang boleh belajar menyayangi drpd memiliki apa yang disayangi....
Smoga pencarianmu berhasil dan jangan sekali putus asa :)
Tuk menerima seseorang dlm hidup kita.. kita tak perlu mencintainya.. tapi cukuplah sekadar kita menyenangi kehadirannya.. kerna ikatan cinta itu hanya akan termetrai usai akad ijab dan kabul..
itulah mudahnya jiwa manusia yang boleh belajar menyayangi daripada memiliki yang disayangi
Post a Comment