Petang itu entah kenapa dia terduduk disitu~ pandangannya lama.
Entah apa yang dipandang dan entah apa yang dilihat, tetapi yang pasti
fikirannya bukan disitu. Dia melayang jauh menilai dirinya sendiri,
dengan ujian kehidupan yang sedikit sebanyak melelahkan dirinya.
Dan dari jauh, Edi memandang sahabatnya. Ya, sahabat yang ukhwahnya
kerana Allah. Edi pasti, ada sesuatu yang menganggu fikiran sahabatnya
yang seorang itu.
Perlahan, Edi menghampiri~ Di tepuknya bahu sahabatnya itu. Tersentak~ perlahan Edi menyapa.
“Termenung jauh nampak kawan~”
Iman memandang Edi. Dilemparkannya senyuman, acuh tak acuh. Kemudian
kembali berpaling melihat ke hadapan. Pandangan petang yang dirasakan
amat mendamaikan~
“Aku duduk ya~” Kata Edi memperkemaskan tempat duduknya. Edi duduk,
dan memandang sama pandangan sahabatnya itu~ Petang yang indah, bisik
Edi.
Seketika, suasana menjadi sepi. Ya, sekadar memandang pandangan ciptaan Allah yang pasti tidak ada yang sia sia.
“Hey, kenapa ni? Ada yang menganggu fikiran lagi?” Kata Edi memecah suasana~
Iman sekadar diam.
Entah, dia tidak tahu jawapan terhadap persoalan Edi.
Mungkin yang diperlukannya sekarang adalah masa.
“Akhi, jangan kau termenung jauh begitu. Kalau ada beban, ceritakan
lah. Share la sikit dengan kawan kawan. Jangan la tamak~ Tamak amalan
syaitan” Balas Edi. Sedikit berjenaka~
Iman tersenyum, kemudian mengeleng kecil. Ah.. sahabatnya ini, ada sahaja hujahnya mencungkil rahsia. Edi Edi~
“Entahlah Edi. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Entah apa
betul atau tidak keputusan yang aku buat, aku tak tahu. Hey Edi, kau
agak aku layak tak untuk sesiapa?” Balas Iman. Ternyata, memang ada yang
menganggu fikirannya.
“Haha~ aku dah agak, pasti ada yang bermain difikiran mu. Kenapa
tanya soalan macam tu? Aku rasa tak layak. Boleh tak jawapan aku
begitu?” Balas Edi~
“Hey!”
“Haha~ baiklah baiklah. Sepatutnya nilaian layak atau tidak, bukan
kau yang uruskan. Tapi Allah. Apa kau sudah ingin mengambil alih kerja
Tuhan, menentukan seseorang itu layak atau tidak?” Jawab Edi.
Iman terdiam~ ada benarnya kata Edi. Tapi, ah.. hati ini terlalu keras. Seketika suasana menjadi sunyi.
“Kau tahu Edi~” Kata Iman terhenti~
“Ada beberapa orang muslimah yang datang dengan cara yang baik baik
pada aku. Ada yang melalui orang tengah, ada yang melalui keluarga, ada
yang melalui sahabat dan ada yang menyatakan hasratnya pada aku sendiri.
Tetapi entah.. Aku tidak tahu.” Balas Iman.
“Apa yang kau tidak tahu?”
“Aku tidak tahu sama ada aku layak atau tidak mereka~”
Kedengaran ada nada kesal disebalik kata Iman. Edi memandang Iman~ ternyata perkara ini benar menganggunya.
Edi ketawa kecil~
“Aku tak tahu samada kau layak atau tidak, tapi yang aku tahu, kawan aku ini ramai orang yang nak~” Balas Edi berjenaka.
“Hey! Itu bukan jawapan lah~” Balas Iman marah. Jujurnya dia kesal
dengan gurauan Edi. Masakan, dirinya yang seumpama lumpur itu ada yang
mahu~ Dia lebih bimbang, adakah ini nikmat, ataupun istidraj kerana
dosanya. Allah.. sungguh, hambaMu ini tergolong dalam golongan orang
yang tidak mensyukuri nikmatMu, bisiki hati kecilnya. Mungkin bukan
persoalan siapa mereka, tetapi siapa dirinya. Ya, dirinya yang bukan
siapa siapa.
“Okay okay. Maaf. Jadi apa jawapan mu Iman? Sudah memberi jawapan? Atau masih dalam tempoh fikiran?”
Iman terdiam. Pandangannya ditundukkan. Kemudian dia mengangkat mukanya dan memandang ke hadapan.
“Aku tolak semuanya~” Balasnya pendek.
“Ha, kenapa? Bukankah wanita yang baik itu idaman lelaki di dunia?”
“Aku tahu itu~”
“Jika kau tahu, kenapa harus kau menolaknya~”
“Bukan menolak Edi. Aku tidak mahu sesiapa menyesali bersama denganku
dibelakang hari. Siapa yang tidak mahu, nikmat isteri yang baik seperti
yang dikatakan Baginda Rasul. Tapi aku ini siapa Edi. Aku tidak baik.
Dan tidak pernah baik. Mungkin.. Bukan tentang siapa mereka Edi, tetapi
siapa aku~”
Edi mengeleng. Mungkin sedang meneka apa yang ada dalam fikiran Iman.
Perlahan, tangannya mengengam bahu sahabatnya itu. Penuh mahabbah~
“Aku tahu kau Iman, kau tidak akan membuat keputusan membuta tuli.
Kau sahabat aku. Pasti ada yang menganggu fikiran mu. Kenapa? Masih
teringat Aufa?” Kata Edi.
Iman tersentak ketika mendengar nama Aufa. Apakan tidak, nama itu
yang masih memberi getar di hatinya. Tetapi ujian tetap ujian, bukan
Aufa miliknya, walaupun semurni mana niat hatinya. Dia tidak tega
menikam saudaranya sendiri~ Melamar atas lamaran orang itu dilarang oleh
Baginda Rasul. Apa tidak malu, diakhirat nanti mengharap syafaat
Baginda, tetapi di dunia tidak mengamalkan sunnnah nya?
“Bukan~ Tidak pernah pernah kerana Aufa.” Balas Iman.
“Jadi sebabnya apa?”
“Mungkin, tentang siapa aku Edi. Aku melihat mereka, seperti seorang
wanita yang mulia. Yang sehebat Siti Khadijah, yang melamar Baginda
Rasul. Aku tahu dan faham Edi, sukar untuk seorang wanita menyatakan
hasrat menjadi yang halal untuk seorang lelaki. Bahkan mereka meminta
dengan cara yang baik, persis ummul mukminin. Tapi aku bimbang, adakah
aku mampu membimbing mereka hingga ke syurga? Apakah aku mampu
mendidiknya didunia dan zuriat penyejuk hati dan jiwa kami? Adakah aku
hanya menjauhkan dirinya dimedan dakwah? Apakah aku layak akhi?” kata
Iman perlahan~
“Aku hanyalah lumpur. Yang menempel di sepatu. Apakah yang ada pada
aku. Aku hanyalah seorang remaja, yang penuh dengan dosa, yang terkadang
culas dalam medan dakwah. Yang hanya baru kenal Islam. Yang kurang ilmu
agama. Yang kurang semuanya, apa yang aku ada Edi?” Sambung Iman.
Edi tersenyum~
“Kau ada Allah dan Rasul. Dan itu lebih utama. Apakah Allah dan Rasul masih tidak cukup untuk mu?”
Iman tersentak. Air matanya mengalir. Perlahan~ dikesat air matanya
yang mula membasahi pipi. Entah kenapa jawapan Edi menusuk hatinya. Ah..
Air mata, janganlah terlalu murah begini.
“Allah dan Rasul, bahkan itu sudah mencukupi buatmu. Kadang kadang
Iman, kita akan rasa kita tidak pernah layak untuk sesiapa. Mungkin
kerana kebaikannya, mungkin kerana ilmunya, mungkin kerana agamanya,
mungkin kerana hartanya ataupun mungkin kerana kecantikannya. Tetapi
selagi mana kau menjaga Allah dihatimu, selagi itu kau akan menjaga
isteri mu dengan baik. Tetaplah kau jagakan Allah, dan didiklah isterimu
jagakan Allah dihatinya. Dan biarlah Allah menjaga dirimu dan isterimu.
Bukankah kedudukan seseorang disisi Allah berdasarkan kedudukan Allah
dihatinya?”
Balas Edi. Tangannya masih mengenggam erat bahu sahabatnya itu. Iman tersenyum. Kata sahabatnya benar. Terlalu benar~
“Simpan Allah baik baik dihati Mu. Bila Allah sudah engkau cintai,
maka engkau akan mampu menyintai seluruhnya. keluargamu, isterimu, anak
anak mu, saudara mu, bahkan semuanya kerana Allah.Adakah itu masih tidak
cukup buatmu?” Sambung Edi lagi.
“Benar sahabat. Cinta itu harus tiga segi kan? Antara Allah, aku dan isteriku. Benarkan Akhi?” Balas Iman.
Edi mengangguk.
“Jadi bagaimana dengan pendapat mu Edi?”
“Tentang apa? Tentang pilihan yang harus engkau pilih?”
Iman mengiakan.
“Pilihlah seseorang yang mampu menyeimbangi kelembutan hatimu. Apakah
dengan sikapnya membuat kau lebih banyak terluka ataupun tidak. Apakah
sama visimu dan misimu. Orang yang ingin mendirikan masjid itu bukankah
harus sama pandangannya, harus sama kesefahamannya. Barulah harmoni
kan?” Balas Edi. Iman mengagguk.
“Benar”
“Tetapi yang utama, cinta harus tiga segi. Bukan bersegi segi” Balas Edi. Kami ketawa.
Petang yang bermakna.
2 kRitIkaNs:
"Kadang kadang Iman, kita akan rasa kita tidak pernah layak untuk sesiapa. Mungkin kerana kebaikannya, mungkin kerana ilmunya, mungkin kerana agamanya, mungkin kerana hartanya ataupun mungkin kerana kecantikannya. Tetapi selagi mana kau menjaga Allah dihatimu, selagi itu kau akan menjaga isteri mu dengan baik. Tetaplah kau jagakan Allah, dan didiklah isterimu jagakan Allah dihatinya. Dan biarlah Allah menjaga dirimu dan isterimu. Bukankah kedudukan seseorang disisi Allah berdasarkan kedudukan Allah dihatinya?”
SETUJU :)
ehh..patut laa tajuk lain..hoho~
Post a Comment