.: wahai cinta~ :.

Tuesday, July 20, 2010



Duhai sahabat~
Cinta itu di dalam hati~
kita mempunyai sebuah rumah~
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu~
Ada yang baik dan ada yang buruk~

Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan~
kita hiaskan dengan perabot KETAQWAAN~
Diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN~
Bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan~

Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai sahabatku...
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu~
Bahkan sentiasa mengajak memenuhi Rumahmu dengan kelengkapan ILMU~

Dan ketahuilah wahai sahabatku..
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu~
Merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu~
Sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu~
Mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu~
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu~

Kau gembira mendengarkannya~
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...
Apa yang akan engkau lakukan?

Menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tidak terurus?
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tidak diganti~
Dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui~
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi?

Sekalipun hatimu berat~~

Pintalah sang CINTA itu pulang~

Katakan padanya~
"Maafkan aku Wahai Cinta~
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku~
Kerana~~

Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih~~
yang Maha Penyayang~~
Dan agar kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah ku...
Di dinding hatiku~
Agar hilanglah gelisahmu,
Reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri...
Terang dan menerangi...
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku~
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku~
Dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku"

Dan kau tahu wahai CINTA ???

Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku~

"TIDAK AKAN AKU BIARKAN ENGKAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA"

----------------------

Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita?
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...
Yang sentiasa mencintaimu,
Memeliharamu dan mengasihimu~

Dan saat mereka bertanya~
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku~
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku~
Memeliharaku dalam rahim bondaku~
Kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku~
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku~
Dan mengukuhkan tulangku~
Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku~
Tutur bicara mulutku~

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melebihi ALLAH...
Tuhanku?

Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya~
Hidup dan matiku~~
Segalanya untukNya~~

2 kRitIkaNs:

^mRs MatAHarIEy^ said...

nice gler wording... suker sangat.. :)

Anonymous said...

Duhai sahabat..
Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...
Tetapi bagi pelajar macam kita?
Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

*suka sgt ayat ni cz mmg benar...*