.: Rijal idaman~ :.

Sunday, August 8, 2010

terbaca sebuah nukilan yg satu ketika dahulu sering menjadi semangat diri~ ilahi, masihkah ada semangat itu dalam hati ini? adakah terhapus~ hanyut~ dipukul ujian dunia? ilahi~ apa yg aku harap kini dari Mu~ suburkan lah iman ku~ benar~ cinta tetap berkait dgn hati~ dan hati itu tetap rapat kepada Mu~ dan aku ingin rapat kpd Mu~ agar Engkau gengam hati ku erat2~ jgn biarkan ia terlepas lg ilahi.. kau isikan lah ia dgn CINTA Mu~

"wahai tuhan kami~ sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri~ dan jika Engkau tidak mengampuni kami~ maka sesunguhnya kami tergolong dalam golongan org yg rugi~"

berilah aku kekuatan utk kembali bangun~
menyusun diri utk kembali melangkah~
walau sejuta kali aku merayu utk menebus silapku~
perjalan ini terlalu perit utk aku tempuhi~
semoga aku kuat~ -iman danish

---------------------------------------------------------------------------

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman~
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah~~
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam~
Yang sentiasa haus dengan ilmu~
Yang sentiasa dahaga akan pahala~
Yang solatnya adalah maruah dirinya~
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar~
Yang tidak gentar untuk melawan nafsu~
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya~
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya~
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya~
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang~
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat durjana~

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya~
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga~
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga~
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam~
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan~
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat~

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam~
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah~
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara~
Yang menjaga matanya dari berbelanja~
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya~

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa~
Matanya kepenatan kerana penat membaca~
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir~
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan~
Bangunnya subuh penuh kecerdasan~
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan~

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati~
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat~
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga~
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik~
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian~

Lelaki idaman saya adalah lelaki..
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia~
Kerana dia mengimpikan syurga~
Di situlah rumah idamannya~
Dan dia ingin membawa saya bersama~
.: Dialah lelaki idaman saya~ :.

2 kRitIkaNs:

aisyah i_syah said...

nukilan y indah... :)

as-syifa' said...

"wahai tuhan kami~ sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri~ dan jika Engkau tidak mengampuni kami~ maka sesunguhnya kami tergolong dalam golongan org yg rugi~...
^^
ameen ya rabb..