Entah kenapa aku terlalu ingin menulis pagi ini~
Terkejut dengan khabaran bahawa dia sudah pun mempunyai insan lain~
Hati~ engkau cemburu?
Entahlah~ terbayang kisah yang tercipta antara aku dan dia~
aku benar jaga hubungan kami~
Terselit sedikit kekecewaan~
Tapi syukurlah, dia sudah kembali bertudung~
Dan dalam kejauhan aku Cuma melihat~
Hati tak mampu terima dikhianati~
Sudah cukup peluang yang aku beri~
Walaupun disakiti, pernah dikhianati~
hati tetap masih mampu menerima dia~
Biarlah~
Sekurang-kurangnya dia bahagia~
Walau bukan aku bahagianya dia~
Tp syukur, hatinya terubat~
Pernah diri ini berkata pada doanya~
“ilahi, jika dengan menjadikan ku sebagai boneka, mampu merawat kembali hatinya yang kehilangan~ aku serah diri ku pada Mu~ berilah dia kebahagiaan, dan tentukan apa yang terbaik untukku~”
Namun mengapa setelah itu yang aku minta~
Setelah diri diperlakukan seperti layaknya sepatung boneka~
Hati aku merintih~
Hati.. bukankah ini yang kau ingin kan?
Disatu sudut~ aku kira dan aku insafi~ lemahnya diri sendiri.
Jika aku ditakdirkan mempunyai satu lagi cinta~ adakah cinta itu mampu menerima aku?
Aku terdiam~~~~ menangis semahunya~
“ya~ aku mahukan CINTA Mu~ suburkan imanku, ya Allah”
Hanya itu harapku padaMu~ tidak sanggup untuk menghadapi rasa ini untuk kesekian kalinya~
Ilahi~ kurniakan dia kebahagiaan.. dan Kau tentukanlah apa yang terbaik untuk ku~
mungkin sekarang adalah masanya untuk aku melepaskan dia dari hidup aku~
dan kembali~
meneruskan perjalanan di atas mukanya bumi~
untuk mencari hakikat diri~
dan gelintar pada ertinya hati~
hati.. cukuplah~
engkau berhak bahagia~
-sepatung boneka-iman~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 kRitIkaNs:
anda berhak bahagia =)
Saya sedang merasa apa yang anda rasa...Sukar...Sedih...Memeritkan...itu adalah apa yg saya rasa. Hati cuba tabah...Saya hanya mampu tersenyum sedang hati sebenarnya merintih hiba. Benar kata seseorang teman yg rapat dgn saya,jangan diseksa hati...Dia berhak bahagia seperti bahagianya 'dia'. Dunia ni luas,banyak lagi rahsia yg Allah belum tunjukkan pada saya. Ada hikmah mungkin...
Setiap yg terjadi ada hikmahnya...kalau saudara brpndapat saudara bkn yg terbaik utk dirinya, mungkin juga dia bkn yg terbaik utk saudara...biar la apa pun yg dilakikn pada kita..redha...
terimalah seseorang itu seadanya dia tetapi bkn kerana mngikut nafsu mahupun siapa dirinya. Yg buruk sama2 kita perbaiki, yg baik kita teruskan..jgn sedih, kami ada bersama kamu ^^,
Post a Comment