.: Erti Bahagia~ :.

Thursday, January 13, 2011

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran~
Meskipun ramai orang yang malu mengakuinya.
Sebenarnya sebuah perkahwinan..
tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula~

Syurga rumahtangga itu fitrah hati~
Naluri semulajadi yang pinta diisi~
Kerananya jejaka rela menjadi suami~
Kerananya perawan rela menjadi isteri~
Masing-masing membawa harapan~
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan~

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku~
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza~
Lalu bermacamlah jalan ke sana~

Ada yang mengatakan~
Bahagia itu pada harta~
Diukir dari intan permata~
Gah, suamiku seorang jutawan~

Tidak kurang juga merasakan~
bahagia itu pada rupa~
Ditempa oleh wajahnya rupawan~
Oh, isteriku puteri kayangan~

Ramai juga yang merasakan~
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
ah, suamiku seorang negarawan!

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang benar, mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta~
kalaulah bahagia itu pada nama~
kalaulah bahagia itu pada rupa~
kalaulah bahagia itu pada kuasa~
kenapa Charles dan Diana berpisah~
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah~
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah~

Bahagia itu dari dalam hati~
Kesannya zahir, rupanya maknawi~
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI~
Bertakhta di kerajaan diri~
Bahagia itu pada JIWA~
Mahkota di singgahsana rasa~

Bahagia itu KESABARAN~
Bila susah tak gelisah~
Bila miskin tak pemarah~
Bila gagal tidak resah~

Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan~
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah~
Hati akan tenang~

suami isteri sama-sama mengerti~
maksud tersemi takdir ilahi~
itulah zikir yg hakiki~

Binalah rumahtangga atas tapak iman~
Tuluskan niat luruskan matlamat~

'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'

penyeri Islamku nanti

muktamadlah akad sahlah nikah~
dengan nama Allah~
gerbang perkahwinan pun terserlah~

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan~
Iman itu tujuan~
Syariat itu jalan~
Tempat merujuk segala permasalahan~
Tempat mencari semua penyelesaian~
"isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah"~
"suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w"~

Binalah hidup di neraca maaruf~
Rumah jadi sambungan madrasah~
Seninya kerana solat~
Indahnya oleh munajat~
Tapaknya iman~
Jalannya syariat~
Natijahnya akhlak~
Tiga penjamin segala~
kunci kebahagian rumahtangga~
dan terciptalah:

'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'

lalu berbuahlah~
mahmudah demi mahmudah~
yang melahirkan~
Soleh dan solehah.

Semoga Allah melimpah
Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

insya Allah~
Amin~~

2 kRitIkaNs:

EA Nature said...

betul banget..

tersentuhh ukhty.....

fara syahida said...

terbace blog nih
and..speechless..
semoga ak turut terjumpa seorang org yg bernama khalifah yg dpt meluruskan bengkokku tros ke syurga~~
suatu hari nnty..