.: Cinta Pertama~ :.

Thursday, February 3, 2011

Suasana disekitar warung itu kian sunyi. Hanya tinggal kami berdua pelanggan di warung itu. Yang kedengaran hanyalah bunyi televisyen yang masih lagi lantang mengeluarkan suara. Antara kami? Ya~ tidak ada. Hanya sepi.

Wajah Farhan kelihatan mendung. Beria-ia Farhan mengajukan soalan itu pada aku. Mengharapkan secebis jawapan yang mungkin bisa menenangkan hatinya. Aku bungkam~ sejujurnya aku juga buntu. Masalah cinta? Ah.. apa mungkin aku yang kecundang ini mampu menasihati? Ya~ tentang kesukarannya melupakan cinta pertama.

Farhan memandang kosong air teh dihadapannya~ Seakan ada sesuatu yang ingin diluahkan. Seketika dia membuka kata, memecahkan sunyi antara kami.

“Sudah tiga tahun~” Katanya terhenti.

“Sudah tiga tahun berlalu~ tapi, hati masih teringatkan dia~” Sambung Farhan.

Aku mengeleng~

“Dah tu, kenapa berpisah?” Tukasku.

“Entahlah.. Orang tua ada pilihan lain” Balasnya perlahan~ terdengar keluhan kecil dihujung kata Farhan. lukanya dalam barangkali?

“Dia dah berkahwin?”

“Belum. Sama macam aku~ sudah pun bertunang. Dan akhir tahun ini akan mengikat tali pernikahan~”

“Jadi.. Kau cintakan tunang kau yang sekarang?” tusukku hampir berbisik.

Farhan tersentak~ Dia termenung jauh. Diamnya panjang. Entah apa yang difikirkan~

“Ah.. Tidak cinta barangkali~ Cuma mungkin terpaksa mencintai. kan?” Tukasku. Cuba meneka lamunan Farhan yang panjang. Air teh yang sejak dari tadi dihadapan aku hirup. Farhan terkejut dengan kataku. Tajam? Ya~ kata-kata yang tajam barangkali.

“Eh.. tak. Dia perempuan yang baik. Cuma…” balas Farhan terhenti.

“Cuma tak dapat lupakan cinta pertama? Begitu?” Sambungku.

Farhan mengangguk.

“Cinta bukan tuhan~”

“Maksudnya?”

“Jangan segala kemahuannya dituruti. Jangan tunduk dan patuh pada cinta pertama. Hingga terlupa kepada cinta utama~” tegas ku.

“kau berbelit” Farhan membantah.

“Ya. Benar~ kerana Cinta kan Allah adalah cinta utama~ Cintakan DIA itu urusan kita. Tetapi cintakan manusia itu urusan DIA. jangan disibukkan dengan urusan DIA, jika urusan kita sendiri tak terjaga~”

“Entahlah~ keliru pula. Mungkin, bekas kekasih lama aku adalah yang terbaik~” Balas Farhan.

“Mungkin juga. Tapi dia terbaik untuk bakal suaminya nanti. Dan kau terbaik untuk bakal isteri kau nanti”

“Entahlah.. Kata kau terlalu sempurna. Tiada jaminan~” keluh Farhan.

Aku tersenyum. Perlahan, bahu sahabat aku yang seorang itu aku usap~

“Tidak. Cinta Utama adalah jaminannya. Cinta kan Allah~ Jika Allah mentakdirkan sesuatu ke atas hambanya, pasti itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Maha suci Allah dari bersifat zalim~” Balasku tersenyum.

“Jadi, Apa yang Allah nak dari aku?” Balas Farhan meminta penjelasan~

“Mudah~ dengan mencintai isteri. Setiap suami mesti mencintai isterinya~ bukan bekas kekasih lamanya. Ingat tu~”

Farhan tersenyum~

“Tapi dalam kes aku, bakal isteri mungkin?” Farhan membalas~

Kami ketawa~ Semoga Farhan menjadi suami yang baik pada isterinya nanti. Insya Allah.