.: Dari Aufa hingga Aisya~ :.

Wednesday, April 13, 2011

Dia terduduk~ Termangu seketika melihat pesanan yang masuk melalui peti elektroniknya. Detak-detak hatinya yang laju kian bertukar menjadi semakin perlahan apabila membaca tajuk emel tersebut. Nyata, isi kandungan emel tersebut tidak seperti yang diharapkan. Tidak seperti doanya yang panjang-panjang yang diminta olehnya disetiap tahajud.

Berita itu sekadar berita~

Sekadar mengundang hampa pada hati yang berharap.

Jawapan yang diberikan oleh Aufa Afina benar mengejutkan hatinya. Hatinya yang penasaran menunggu. Dia terkedu. Termenung jauh tentang persoalan yang sedang bermain di mindanya.

Seketika dia bangun~ berjalan jauh melarikan diri dari skrin komputer ribanya. Hingga ditingkap itu dia terhenti. Dilihat jauh pemandangan kampung dihadapan.

Kosong~

Entah kenapa hatinya hiba. Hiba sekali~ Ingin sekali dia menitiskan air mata. Tetapi tidak terluah. Hanya terdengar kicauan bunyi burung yang sekali sekala memecah sunyi.

Petang itu sepi. Sepi sekali. Hanya ada dia di penjuru tingkap rumah kampung itu dan alam di sekelilingnya. Entah kenapa dia merasakan bahawa di dunia ini sudah tiada orang lagi setia. Betapa hati mudah berubah-ubah. Seketika ingatannya melayang kepada Aisya Humaira.

Ah.. Apa mungkin?

1 kRitIkaNs:

anak solehah mama aboh said...

assalamualaikum, iman siapa aisya humaira tu?? adakah aisya humaira tu benar2 wujud atau sekadar bayangan wanita solehah yang awk idamkan....hnya sekadar bertanya n igin lebih memahami jalan cerita awak..=)