Sekadar coretan luahan rasa~
Tidak perlu dibaca~
Seharian melakukan kerja di teriknya panas mentari benar memaksa diri menagih sedikit rehat. Terkadang sedikit malu~ Seorang budak praktikal yang pernah melakukan latihan industri di sini memegang cangkul dan tuala. Yang menyodok sisa sisa arang di tepi jalan. Mengangkat dan juga membuang. Tetapi lantas ditepis rasa itu jauh jauh~ Sebagai pendidik hati. Sebagai pengingat diri, yang dirinya tidak lebih dari seorang buruh.
Tapi itu tidak penting~ apa yang aku ingin coretkan disini, tentang suatu peristiwa yang aku lihat dari kaca mata seorang buruh. Dari kaca mata rakan rakan sekerja yang membanting tulang siang dan malam bagi mencari sedikit rezeki. yang terpaksa bersakit pinggang dan berseliuh bahu hanya kerana anak anak yang ingin dibesarkan. Dan kalian tahu berapa layaknya upah yang mereka terima? Setimpal gaji pelajar latihan industri disini. Hanya selayak itu.
Aku jadi runtun apabila bersama mereka membanting tulang menitiskan peluh~ apabila merasai sakit susahnya berkerja seperti mereka, aku jadi mengerti satu perkara - Aku tidak pernah layak untuk mengeluh~ Tentang kehidupan, tentang kesusahan, malah apa pun. Kerana apa yang telah ada diberikan kepada kita sudah cukup sempurna untuk kita.
Pernah berada di dua tempat berbeza, aku melihat dua pandangan yang berbeza.Keluhan pekerja yang tidak dihiraukan, dan juga keluhan penggerak yang mengharapkan kesempurnaan. Bukan sekadar atas dan bawah~ Tinggi dan rendah, susah dan senang~ Bahkan juga melihat tentang nilai dan akhlak. Yang semakin terhakis dan semakin terhapus di kedua dua pihak.
Mungkin benar, pandangan hidup manusia sentiasa berlainan. Pandangan anak anak yang membesar dalam kesenangan mungkin tidak akan sama dengan anak anak yang membesar dalam kesusahan. Dan pandangan anak anak yang membesar dalam kesopanan, tidak akan sama dengan dengan pandangan anak anak yang membesar dalam kenakalan.
Entahlah~ Tetapi satu yang aku pasti dalam dua pandangan, kita tidak pernah layak untuk menghukum dan menghakimi antara satu sama lain. Mungkin dengan memahami, kita akan dapat merapatkan kedua jurang yang terpisah jauh. Jurang yang terpisah jauh bukan dengan jurang pangkat, tetapi dengan jurang hati.
Semoga hati kita mampu mencintai Dia, dan mengajak orang mencintai Dia, dan dengan bersama sama mencintai Dia, kita akan dapat merapatkan jurang hati yang telah lama jauh terpisah kerana melupakan Dia. Semoga dengan mencintai Dia, kita dapat memahami~ dan dapat mengerti antara satu sama lain.
Aku jadi kagum lagi dengan Baginda Rasul~ yang dapat menyatukan hati hati manusia yang keras seperti Saidina Umar hingga terhapusnya jurang hati itu. Hingga tiada lagi beza diantara khalifah dan rakyat~ Saudagar dan pendatang. Penduduk tetap dan perantau.Tetapi dengan satu ikatan - saudara.
Sungguh, Aku terlalu ingin melihat akhlak mu Baginda.
Sungguh~ Aku rindu. Walaupun aku tidak pernah layak untuk merindu~
Tuhan~
Jika nanti kau ingin menaikkan martabatku~
Jangan kau biarkan aku melupakan Mu~
Jangan kau biarkan aku menjauhkan manusia dari Mu~
Ku mohon~
Letakkan dunia ditanganku,
Untuk aku gengam erat~
Tetapi bukan di hatiku,
Untuk aku cintai mati~
-Rindu, yang terlalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 kRitIkaNs:
coretan yg mengkagumkan....jeep it up..!
Isi yg pdt. Tgk gaya bhs yg agak meluas. Boleh tulis novel barangkali :)
ameeen..ya Rabbal'alamin~
:) senyum..senyum..dan hanya mampu tersenyum..
Semoga Allah memberkati setiap pendapatan yang mereka terima walaupun sedikit... =)
"Pandangan anak anak yang membesar dalam kesenangan mungkin tidak akan sama dengan anak anak yang membesar dalam kesusahan."...benar iman...sgt berbeza..melihat urat2 ditgn ayh pun sudah cukup buat hati ini sebak~ ..sudah cukup mengajar diri ini tahu utk mandiri...sudah cukup membakar semagat dan azam dalam hati...
Post a Comment