.: Of love and life 3 :.
Thursday, September 13, 2012
Sebentar tadi ketika berleha leha di laman sesawang, aku disapa oleh seorang sahabat yang aku kira aku kenali di sebuah program di Johor satu ketika dahulu. Sapaannya sekadar sapaan~ Tetapi tetap dengan santunnya yang tinggi.
Benarnya, aku ingin memangkah laman ini. Dengan tubuh yang ketagih rehat disebabkan demam panas yang menyerang tiba tiba, memang selayaknya aku berehat. Tetapi satu yang membuat aku tertegun, tentang ajakkannya ke sebuah majlis perkahwinan. Lantas aku matikan niatku~ Menanti bait kata yang ingin ditulis adik itu.
Oh ya~ Jika kalian mahu tahu, sahabat yang aku gelar adik itu adalah sahabat yang bersama tinggal di bawah satu bumbung keluarga angkat. Ya, ketika program di Johor. Adik yang berwatak sederhana. Yang jelas tergambar seri pada kejernihan wajahnya.
Sudah menjadi kebiasaan, teman teman yang aku kenali seringkali menempah tarikh tarikh tertentu untuk program program mereka. Terkadang menjadi fasi, atau sekadar menyibuk nyibuk di acara teman teman. Tetapi kini, adik itu menempah tarikh, bukan untuk program. Tetapi tarikh Walimah dia yang akan diadakan nantinya~
Aku jadi tergamam.
Amat!
Apakan tidak, seperti baru semalam, dia menceritakan kisah luka yang pernah dia hadapi. Mungkin kerana kisah kami ada persamaan nya~ Dan kerana itu, sedikit sebanyak, aku amat faham tentang luka itu. Tapi, bila dijemput ke majlis walimahnya~ Aku jadi tertegun.
Yang mengundang ketegunan aku adalah pada betapa kuatnya dia menghadapi luka itu. Pada kuatnya dia percaya pada takdir dan redha. Pada kuatnya dia ingin mencari redha Ilahi dalam hidupnya. Dan benar, Ternyata adik itu seorang yang kuat. Mampu kembali bangun dari luka yang bukan sedikit peritnya~
Aku sendiri, aku kira, hampir setahun kisah itu bernanah luka didalam hati. Cukup lama untuk kembali sembuh dan kembali memberi. Ah..Tapi adik itu ternyata mampu bangun dengan gagah. Kekaguman aku makin meningkat pada adik itu.
Aku jadi terharu~ Bercampur baur gembira. Syukurlah, lukanya membawanya semakin dekat pada Penciptanya. Tidak dapat aku gambarkan perasaannya didalam hati. Tapi yang pasti, rasa gembira dan syukur mendahului.
Dan kini, adik yang aku kagumi itu akan berwalimah~ Akan punya keluarga dan isteri, akan punya ipar dan mertua, akan memikul tanggungjawab sebagai suami. Indah bukan? Bagaimana seorang adik yang pernah terluka, kembali bangun dari luka itu kerana ingin mencari redha Ilahi.
Terlalu indah.
Ah.. Terasa seperti sudah terlalu tua rasanya~ hoho.
Tapi untuk adik itu, doanya semoga selamat ya. Tidak lama lagi dirimu akan mempunyai isteri~ dan itu bererti sudah bertambah tanggungjawabmu kepada bukan sekadar mendidik diri. Jadilah Imam yang akan membawa isterimu jauh ke syurga. Cita citamu biar tembus ke sana. Bimbing isteri dan zuriatmu menjadi muslimah dan muslim yang sejati. Tuailah apa di dunia kerana apa yang di ganjarkan di akhirat. Dan percayalah, tidak akan rugi orang yang berjual beli dengan Ilahi. Itu doaku~
Aku tahu kau bisa~ Pasti!
Kerana aku kenal dirimu. Seorang adikyang serinya ada pada kesederhaannya.Pada tutur dan kesopananya~
Selamat ya! Dan oh, doakan aku juga supaya cepat cepat berwalimah. Hoho~
Ingin sekali aku gengam bahu adik itu, dan akan aku katakan~ “Doanya hanya yang terbaik buatmu!”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 kRitIkaNs:
laaa ingtkan entry baru...=(
Post a Comment