..cEritA hAti..
Friday, December 25, 2009
Maghrib? Urm.. ya, aku tak tahu kenapa, tapi selepas solat maghrib aku diam membisu di atas sejadah. Persoalan demi persoalan timbul difikiran. Dan seketika, aku hampir menitiskan air mata. Hatiku mula berdesir sayu. Relung hatiku basah. Aku anak sulung dalam keluarga. Dan tambahan pula aku seorang lelaki. Bila teringat tentang tanggunjawab, tanpa aku sedar aku menangis. Terasa diri ini terlalu jauh dengan tuhan. Dosa yang aku lakukan bukan sedikit nilainya. Betapa selama ini aku cuba melarikan diri dari tanggungjawab yang perlu aku pikul. Tanggungjawab sebagai seorang abang, sebagai seorang anak, sebagai seorang sahabat dan yang paling penting sebagai seorang hamba.
Dan kini bila tersentak, aku merasa terlalu berat tanggungjawab yang perlu aku pikul. Sungguh, siapa yang ingin membenarkan orang yang mereka cintai menderita diakhirat sana? Aku cintakan keluarga dan sahabatku, kerana itu amanah tuhan buatku. Tapi apa mungkin insan sekerdil aku bisa membuat hati mereka turut mencintai tuhan yang menciptakan kami? Aku hanya seorang insan yang lemah. Insan yang gagal untuk mendidik dirinya sendiri. Muhammad bin abdullah, sungguh aku kagum dgn mu. Bagaimana engkau bisa mendidik hati2 mereka yang keras hatinya agar mencintai Dia yang Esa? Bagaimana engkau mentarbiah insan seperti umar yang terkenal sifat panas barannya? Dan bagaimana engkau bisa mendidik para wanita agar menutupi auratnya hingga ke akhir zaman? Sungguh ku akui, engkau adalah manusia pilihan. Engkau yang diutuskan kepada kami agar memberitakan tentang Allah yang esa, dan untuk mengingatkan kami tentang hari kebangkitan iatu hari kiamat. sungguh, jika engkau mengatakan bahawa akan ada bala tentera yang sedang bersiap sedia menyerang kami, maka aku akan percaya. Kerana engkau insan benar. Dan yang bersifat benar itu tidak menipu. Dirimu suci wahai Muhammad.
Sedang aku siapa? Hanya seorang mekanik dosa.. hanya tahu menjadikan dosa itu semakin indah dilihat. Memandang dosa itu ibarat lalat yang hinggap dihidung. Langsung dikibas tanpa merasa bersalah sedetik pun dihati. Lalai dengan peringatan mu bahawa dunia ini hanya sementara. Aku mengakui adanya mati, tetapi aku tidak beriman dengannya. Adakah insan seteruk aku ini mampu menyatakan cinta padamu?
Persoalan ini terus bermain dikotak fikiran. Aku ingin bertemu dengannya. Merasa lembutnya tutur bicaranya. Ingin merasa indah budi pekertinya.ingin melihat redup pandangannya. Tapi apa mungkin? Sedang diri ini sendiri masih belum mampu memikul amanah yang diberikan. Melihat adik2 membesar tanpa tanggungjawab seorang abang, Memerhati ibuayah yang kian ditelan usia tanpa merasakan jasa mereka didalam jiwa, melihat sahabat2 dan saudara2 yang kesusahan dan aku hanya mampu menghulur doa. Adakah itu yang ingin aku persembahkan?
Ilahi…
Ilahi…
Ilahi…
“Betapa besar dosa hambamu ini.. aku gagal menjadi seorang abang yang baik. Aku gagal menjadi anak yang baik. Saudara dan sahabat yang baik. Bahkan tuhanku, aku gagal menjadi hambamu yang baik. Jika engkau tidak mengampunkan ku, maka harus ke mana lagi aku ingin mengajukan sesalan ku tuhan? Ke mana ingin aku megadukan taubatku tuhan? Kerana hanya Egkau yang memiliki sifat Maha Pengampun itu ya Allah. Aku lemah tanpamu disisi ku. Jangan kau biarkan aku sendirian tuhan. Jangan..”
air mataku semakin deras. Aku rasa aku tidak sekuat yang disangka. Dihadapan Nya aku ibarat seorang bayi yang hanya mampu menangis. Bagaimana nanti saat izrail datang menyabut nyawaku? Apa yang ingin aku katakan padanya? Jangan diambil nyawaku? Ah.. sedangkan insan yang mulia itu turut dicabut nyawanya, ini pula aku. Hanya lumpur dicalitan kasut.
Saat maut melintasi fikiran, air mata ini kian deras mengalir. Diri ini akan merasai sakitnya mati. Diri ini akan meninggalkan jasad yang dipinjamkan ini. Jika sebelumnya orang lain memuji tentang keindahannya, menyatakan tentang kelebihannya, apakah nanti jasad ini tidak dikebumikan? Adakah jasad ini tidak reput akhirnya? Sungguh, relung hatiku basah memikirkannya. Betapa selama ini aku merasa bangga dengan jasad yang diberi. Betapa selama ini aku merasa riak dengan kelebihan yang dipinjamkan. Dan tanpa sedar, aku terleka ini adalah pemberiannya. Sampai masa nya aku akan dipersoakan tentang manfaatnya kepada ummat. Jika sebelum ini insan sebelum ku merasa sakitnya mati dan dikebumikan, adakah aku terkecuali darinya? Saat sakaratul mautku sampai, akankah izrail tersenyum padaku atau bengis padaku? Aku tidak tahu.. sungguh aku tidak tahu..
Aku larut seketika dalam renungan. Terasa belaiannya lembut membelai diri yang kehausan kasih-Nya. Ilahi, sungguh engkau maha pemurah. Kebaikan mu terlalu banyak untuk hambamu. Saat aku melakukan dosa, engkau wahai pemilik jantungku, tidak memberhentikan denyutan nadiku. Engkau biarkan aku bernafas walaupun kejahatan yang engkau terima dariku. Disaat orang lain menjauhiku kerana dosa ku, engkau datang dengan rahmat kasih Mu. Engkau datang dengan keampunan Mu. Di mana akan ku cari cinta yang setulus cinta Mu tuhan.
Dan bagai anak kecil, aku tersentak tentang hakikat cinta. Sungguh, cinta yang aku inginkan cinta yang berkekalan. Cinta Yang bisa bertahan selamanya. Dan tanpa disedari, selama ini aku mencarinya didalam jiwa insan yang sifatnya sementara. Gelintar pada kehidupan yan akan tamat akhirnya. Lalai bahawa abadi itu adalah sifatMu. Sungguh Ilahi, cinta yang sebenar itu milikMu. Dan hanya engkau yang mampu menyatukan hati2 kami tuhan.
Aku lantas menyeka air mata ku. Tidak ingin rasanya terus larut dalam linangan air mata. Perlahan, aku kumpul kekuatan. Hidup ini adalah amanah buatku. Hidup adalah anugerah buatku. Berbekal sisa kekuatan yang ada, aku yakinkan diri aku mampu. Kerana aku yakin dengan janjiNya bahawa segala usaha manusia itu akan diperlihatkan. Walaupun kegagalan yang akan ku hadapi, tidak akan sedikit pun mengugat usaha ku. Nilaian Mu tuhan bukan seperti nilaian makhluk. Sungguh, akan ku jadikan usaha ku bukti kesetiaan ku. Ku mohon engkau terima penyesalan ku.
Azan isyak sudah berkumandang. Ternyata.. solat maghrib ku hanya diisi dengan air mata. Perlahan aku bangun menyeka kedukaan. Akan ku tunaikan suruhan Mu tuhan. Selagi aku bernafas didalam jiwa hamba, selagi jasad yang engkau berikan masih mampu bergerak. Akan ku tunaikan semampuku. Insya Allah, itu janjiku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 kRitIkaNs:
subhanallah..semoga hatiku juga merasa kesedaran yg sedemikian..
Post a Comment