..ketiAdaaN imAm utk soLat beRjeMaAh..

Friday, December 25, 2009

Ertinya:
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".



H.R.Ibnu Majah

Keterangan

Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.




*sekadar pandangan.. urm, kalau kita lihat pun sekarang, kat masjid2 atau surau2, kbykn imamnya org yg berumur.. kadang terfikir jugak, andai kata Allah menjemput mereka terlebih dahulu.. siapa ye yg layak mengantikan? contoh paling dekat, kat kampung aku sendiri.. kadang2 sedih bile tgk surau2 ni sunyi je.. sayu je hati.. ada suatu masa tu, aku pergi ke surau, langsung tiada org... kalau yg tua tu fahamla keuzurannya.. bagi yg muda? sedih sahabat.. sedih.. sembahyang subuh jgn dicerita la.. setakat tok imam dan bilal je yg berjemaah.. urm.. mungkin ini tandanya akhir zaman..

jadi benarlah apa yg dikatakan oleh insan yg tidak pernah berbohong itu. **bahawa akan tiba satu zaman, umat islam yang memegang agamanya, ibarat mengengam bara api.

ya benar, zaman sekarang ujiannya amat dashyat.. bahkan bagi sesiap yg ingin mengikuti ajaran agamanya terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan yg amat dashyat..lihat saja realiti sekeliling.. org yg ingin membuat kebaikan akan dipandang serong.. org ingin membuat kejahatan disediakan jalan.. bahkan bg yg ingin memegang agamanya terpaksa memegang erat2 supaya tidak terlepas dari gengaman..

sekarang, tanyakan soalan ini kpd diri.. Adakah ini tanda akhir zaman?
adakah lisan yg keluar dari lidah muhammad itu satu dusta?
nah.. bahkan bukan kan? jadi apa yg dikatakan muhammad tentang azab kubur itu benar..
bahkan apa yg dikatakan tentang siksanya neraka itu benar..
insan itu tidak pernah berbohong..
maka percayalah...
dan letakkan keyakinan itu padanya...
tidak salah dgn mempercayai..
bahkan mempercayai pd kebenaran itu adalah yg kepercayaan yg sebenar sahabatku..

akhir kalam, andai kita ingin meNcintai sesorg, pastilah org itu dikenali,
andai kita ingin meNcintai Allah, maKa usAhakan diRi meNgeNaLi Allah..
cinta Manusia adalah urusan Maha cinta, tetapi cinta iLahi adalah urusan kita..
jgn disibukkan dgn urusan dia, sedangkan urusan kita sendiri tidak terjaga..

seikhlas sayang..
iman

**Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R Tirmizi

1 kRitIkaNs:

...better to be unknown... said...

hebat post ni..
la ni style tolak menolak nak jd imam..
sume pakat jd bangau, tunjuk2 dkt org lain..
refleksi diri sendiri...