.: Because I am garang~ :.

Monday, January 21, 2013

Err.. tak tau nak tulis apa~hu^^
some say, I am garang~
really?

wow~

For me?

Yup~ yes I am.

I am garang~ but insya Allah, my years 6 tuiton kids always come to class prepared~ they say "takut abg iman marah~" haha :P

I am garang~ but after programme, my peserta sms me~ Rindu~

I am garang~ but they said, they would never kecik2 hati~ because they know, its for their own good rite? no hard feeling ay?

Zero-zero~

haha^^

--------------------------------------------------------------------------------------

Lihat~ betapa istimewanya kanak2~ mereka tidak pernah terlalu memberati perkara yang tidak perlu. sentiasa ceria dan tiada hard feeling walaupun setelah seminit aksi garang ditunjukkan~ terkadang menangis sebentar, dan seketikanya ketawa.

Luhur~ thats the word.

Harapnya kita yang dewasa ini juga dapat menyelami mereka~~

kan? ^^

.: Risau~ :.

Friday, January 4, 2013


“Kau tak risau?” Tanya Edi tiba tiba~
Aku terkejut. Apa yang membuat Edi bertanya soalan ini~

“Tipulah kalau tidak risau~” Balasku~ Seketika terhenti.

“Umur dah 23. Setahun lagi masuk 24. Tapi calon masih tak nampak nampak lagi~ Mungkin salah diri, yang tidak akan menyediakan komitmen selagi masih belum ada apa” Sambungku~

Edi memandang raut wajahku. Ada riak risau yang cuba aku sembunyikan~

“Sabarlah~ Jodoh itu pasti ada. Selagi engkau masih percaya~” Balas Edi. Tangannya dibahuku digengam erat, penuh mahabbah~

“Ya~ Mungkin. Mungkin kalau aku berani sedikit untuk meluahkan rasa. Kan?”

Edi tersenyum~ Sedikit sebanyak aku dapat menggagak senyumannya. Mungkin Edi lebih tahu tentang sahabatnya, berbanding dengan sahabatnya sendiri~

Ya~ mungkin.

Tentang sahabat yang takut menyediakan sesuatu selagi masih belum ada apa. Tentang sahabat yang lebih rela, dikecewakan hanya kerana memendam rasa. Tentang sahabat yang sedih dukanya dikongsi bersama~

.: Of love and Life 4~ :.

Oh ya~ Sambung cerita tentang sahabat aku yang seorang itu. Aku jadi tertarik untuk berkongsi satu cerita yang aku kira mengundang basah direlung hati. Tentang kisah cinta seorang sahabat yang benar aku kagumi peribadinya didalam hati. Khairun~

Khairun seorang pemuda yang biasa~ Tidak terlalu tampan, juga tidak terlalu biasa, Sedap dipandang mata dan juga senang mengundang senang dihati. Peribadi Khairun juga biasa~ Jarang mengukir kemarahan, tinggi dalam santun dan lembut dalam berkata. Aku kira, perkenalannya dengan sahabat aku yang seorang itu hanya sebentar. Sekitar setahun begitu. Tetapi kisah yang tertulis untuk mereka cukup mengundang bekas dihati~

Khairun seorang pemuda yang pemalu. Sifat malunya tinggi~ Hingga terkadang terlalu santun dihadapan perempuan. Jika ada sesuatu keperluan, Khairun jarang memintanya dari sahabatnya yang perempuan. Sehabis usahanya diminta dari kami~ hingga terkadang, aku jadi ketawa apabila disuruh menjadi translator nya~ hoho.

Tetapi yang mengundang kekaguman aku pada dia, adalah keterbatasannya dalam pergaulan. Dan juga ketegasannya dalam kelembutan. Kami sering bertemu dalam usrah. Terkadang saling bersandar ketika lelah atau penatnya mentadabur, kami terlena. Khairun pernah menyuarakan kegusarannya tentang jodoh. Tentang bagaimana mungkin lelaki pemalu sepertinya bisa mendapatkan jodoh yang baik. Aku jadi tersenyum~

Dan perlahan, aku katakan kepada Khairun, bahawa isu jodoh adalah isu yang sangat unik. Tersimpan rapi dalam rahsia Tuhan yang hanya bisa dibuka dengan kunci masa. Dia jadi tersenyum~ Geli hati barangkali.

Kisah cinta mereka bermula pada Akhir semester satu ketika kami dialam matrikulasi. Ketika Khairun mendapat tawaran menyambung pelajaran Ke Mesir dalam kos perubatan~ Dia meluahkan rasa gusarnya pada permintaan ayahnya. Pada permintaan Ayahnya yang meminta Khairun untuk mencari calon sebelum ke sana. Ya~ Sebagai peneman jiwa bagi perjuangan yang melelahkan nantinya~

Dia menjadi binggung~ Amat! Keputusan ayahnya muktamad~ Jika Khairun tidak mempunyai calonnya sendiri, Ayahnya akan menjodohkan dia dengan anak sabahat ayahnya sendiri. Dia menjadi buntu~ dia ingin diberi peluang dalam memilih.
Khairun menceritakan semuanya kepada kami~ Tentang keputusan ayahnya sebelum ke sana. Kami tertegun seketika. Jadi bermulalah sebulan yang sukar bagi kami dan Khairun.

Terkadang, aku jadi tersenyum kecil apabila teringat betapa sukarnya Khairun untuk membuka bicara dihadapan wanita. Malu yang teramat ketika kami mencadangkan calon untuk  nya~ Ahli usrah yang lain juga begitu. Pening mungkin? Hoho~ Tapi biasalah, suka duka kami bersama. Ada ketikanya pendapat tidak seiring~ Pandangan tidak sekata. Tetapi itulah yang menjadi penyebab rapatnya ukhwah kami.

Setelah pelbagai usaha dilakukan~ Kami buntu. Tiada seorang pun yang berkenan dihati Khairun. Hingga akhirnya kami menyarankan, Buatlah solat hajat dan istiharah antara dia dengan Tuhan. Mintalah untuk kali terakhir sebelum jawapannya diberi kepada ayahnya.

Hinggalah keesokkan hari, ketika kami dalam perjalanan ke rumahnya. Kami singgah membeli beberapa barang di pasaraya yang berhampiran.  Dan di sini, berlaku peristiwa yang tidak mungkin kami dan Khairun terlupakan~ Tentang bagaimana dia bertemu dengan penyejuk jiwanya yang sekarang.

Khairun terserempak dengan seorang wanita yang berjilbab labuh. Gayanya lembut. Wajahnya jernih. Ketika dia membayar wang di kaunter, kami terlihat dompet wanita itu tercicir dan jatuh disisi lantai . Wanita itu bahkan berlalu pergi. Tanpa dia sedari, dompetnya telah jatuh dari beg tangannya. Dan oh.. Ketika itu Khairun lantas berlari mengambil dompet itu dan lantas mengejar wanita tersebut.

Dan seketikanya kembali~ Kami lihat dia tersenyum. Dikatakannya kepada kami~ Dialah wanita yang berkenan dihatinya. Aku masih ingat katanya~ Ketika dia datang dan mengoncangkan tubuh aku sekeping itu.

“Min~ Aku dah jumpa Min. Aku dah jumpa calon yang berkenan dihati aku Min~”

Aku tersenyum~

Dan ternyata, bila kami tanyakan kepada khairun, Adakah dia sudah bertanya perihal gadis itu~ Aku lihat ada mendung diwajah. Dia kembali suram~ Ternyata, dalam kesukaan, dia terleka.

Dan sepanjang perjalanan pulang dari pasaraya itu, aku lihat Khairun termenung jauh disisi tingkap kereta. Mungkin bimbang dengan jawapan yang akan diberi kepada ayahnya. Ketika dia menemukan calon yang berkenan dihati, tetapi bahkan dia terlupa dan membiarkan wanita itu pergi. Tanpa dia ketahui sedikit pun tentang wanita itu.

Kami tiba dirumah~

Dan seketika sampai di perkarangan rumahnya, ayahnya menyambutnya dengan senyuman. Diberitahu kepada Khairun, bahawa calon yang dicadangkan oleh ayahnya berada diatas rumah. Dan ternyata, bila kami menjejakkan di atas rumah Khairun, gadis calon ayahnya rupanya gadis yang baru dijumpai seketika tadi~

Khairun jadi tertegun~ Dan lantas sujud penuh syukur~

Sujud diatas segala doanya yang didengari oleh Tuhan~
Sujud diatas Istiharahnya mempertemukan calon belahan jiwa di setiap tahajudnya~
Dan sujud atas nikmat diberi~

Hoho~ Oh ya.. Kami juga terkejut. Tapi mungkin tidak seperti Khairun. Yang mengundang kekaguman aku pada  kisah Khairun, pada ajaibnya perjalanan cinta yang ditelah ditetapkan untuk setiap insan. Betapa ajaibnya rahsia Tuhan yan masih belum disingkapkan. Ada orang bercinta bertahun lamanya, dan ternyata, jodoh yang dicarinya adalah orang yang dikenali sehari. Dan ada juga orang yang mencari jodohnya diluar negara~ Tetapi rupanya, jodohnya adalah orang kampungnya. Dan tak kurang juga, orang yang menyuruh rakan terdekatnya mencari calon untuknya. Tetapi bila sampai masanya, ternyata rakanya itulah jodohnya~

.: Sempurna~~ :.


Just a short entry~

--

“Kenapa tak nak luahkan?” Tanya Edi satu ketika~

Aku tersenyum sinis~

“Entahlah. Mungkin aku rasa, aku tidak pernah layak untuk sesiapa? Sering diburu silam yang semalam dan lantas dicucuk cucuk resah hari ini. Mungkin?” Balasku~

Edi ketawa kecil~ Lucu barangkali?
Ya lucu~ Jika selama ini aku menasihati, kini aku dinasihati.

“Sebenarnya bukan kisah semalam yang menghantui. Tapi kau masih tak mampu nak maafkan diri kau lagi Iman. Kau masih salahkan diri kau sendiri atas kisah masa lalu. Lepaskan Iman~ Maafkan. Jangan terus menzalimi hati sendiri” Balas edi~

Aku tersenyum~
Mungkin, ada benarnya kata Edi~

Aku tidak pernah sempurna. Tidak akan~ dan tidak pernah. Jika kisah semalam harus menjadi sesalan, maka tiada hari ini sebagai pengajaran. Mungkin sekarang masanya untuk maafkan diri sendiri~ Maafkan dan beri diri sendiri peluang membaiki kesilapan. Sudah cukup rasanya diri ini terbeban dengan kata orang lain yang menghukum dan menyalahkan. Hingga diri ini terlupa dengan ruang yang perlu diberikan kepada hatinya sendiri.

Kita tidak pernah sempurna, kerana kita manusia biasa~

Jika Allah mampu memenuhi langit dengan burung, Laut dengan ikan, dan memenuhi segalanya diantara keduanya, maka apa yang membuatkan kita terfikir bahawa Allah tidak mampu memenuhi kita?

Maha Suci Dia dari menzalimi HambaNya sendiri, melainkan HambaNya sendirilah yang mezalimi diri sendiri~

The End~~

 

.: Tiada makna~ :.


Dia kelihatan muram. Jauh pemandangannya dialihkan ke padang. Dilihatnya padang tempat permainannya ketika kecil. Seketika dia mengingat kembali memori~

Bam!

Meja dihadapannya diketuk~ Dia tersentak. Amat! Apakan tidak, lamunannya terhenti gara gara ketukan kuat yang didengarinya. Dia menoleh. Dihadapanya Edi, tersengih~

“Kau ni..” Dia menggeleng~  Dialihkan kembali pandangannya ke padang. Sesal dengan Edi.

“Kau kenapa ni? Termenung jauh aku tengok~ Ada apa apa ke ni?” Risik Edi. Kerusi dihadapannya ditarik, rapat ke meja.
Aku hanya diam~ Pandanganku tetap di padang. Rajuk terhadap Edi. Lucu~

“Hey!” Bentaknya~

Aku tersenyum~ Seketika ketawa. Geli hati.

“Takde apa apa la Edi. Aku ok je~” Balasku acuh tak acuh~ Edi menarik muka tidak puas hati.

“Kalau kau takde apa apa Iman, kau tak macam ni tau~” Balasnya~

Aku terdiam~ Aku memandang wajah Edi seketika, kemudian aku alihkan pandangan~

“Entahlah~~~” Balasku perlahan~

“Entahlah je? Kenapa ni? Cuba cerita?”

“Entahlah Edi~ Aku pun tak tahu. Hey, kau rasa aku layak tak untuk sesiapa?”

Edi tersentak. Seketika mengeleng, kemudian ketawa kecil.

“Kau dah kenapa ni? Tanya soalan macam tu?” Balasnya~ Sesal juga aku dengan Edi. Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

“Jawabla~~~” Desakku~

Edi tersenyum, seketika membalas~

“Tak, aku rasa kau tak layak untuk sesiapa~” Balasnya yakin~

“Kenapa?”

“Sebab kau selalu rasa diri kau tak layak. Sebab tu kau tak layak. Kita kena ingat Iman, kita tak sempurna. Bukan kau sorang, tapi semua orang tak sempurna. Sebab tu tugas kita juga melengkapi antara satu sama lain. Bukan sekadar nak cari yang sempurna je~” Balas edi.

Aku tersenyum~ kemudian mengeleng.

“Entahlah~~~” Balasku pendek.

“Semua orang yang aku suka, semua orang yang aku minat, tak pernah jadi milik aku. Bukan tiada usaha~ tapi mungkin aku yang tidak pernah layak untuk sesiapa~”  sambungku~

Edi mengeleng~

“Iman…” Katanya terhenti~

“Terkadang, kita kena belajar melepaskan. Kita kena belajar merelakan. Supaya nanti, kita dapat lihat, kemana arah takdirnya kita. Kemana takdir kita membawa kita pergi.” Sambungnya~

Aku hanya diam~

“Setiap orang, ada kisah masing masing. Diantara ribuannya orang, kau dan aku ditemukan menjadi sahabat. Itu peranan aku dalam kisah hidupmu. Sama juga dengan orang lain. Mana tahu peranan dirimu hanya membawa dia bangkit dari kisah hidupnya. Redha~ dan lapang hati. Itu yang utama~” Balasnya~

Aku tersenyum~ Benar kata Edi.

Aku terlalu naif~

Amat!

-------------
Entry yang tah pape~
Tidak selayaknya dicari makna~

.: Bukan segalanya~ :.


Tapi entah kenapa, aku merasakan kekayaan bukan segalanya. Ketika ditanya oleh sahabat yang aku cintai itu, samada mahukan harta yang mana, aku cuma terdiam. Ya, terdiam yang amat panjang. Mungkin sekadar berkira kira sendirian dalam fikiran. Dan perlahan aku menjawab, aku memilih untuk bahagia bukan dengan kekayaan~

Oh ya, dan dia juga terkadang bertanya itu ini tentang kehidupan, tentang bagaimana kerja setelah graduasi, ataupun sekadar bertanya soalan soalan yang mengeratkan ukhwah. Dan yang paling melucukan hati, adalah soalan tentang jodoh dan harta~

“Iman, nanti setelah engkau berkerjaya, kau mahukan yang bagaimana ya untuk isterimu nanti?” Tukas Edi berbicara~

Aku tersenyum ikhlas~ Sejujurnya aku masih tidak tahu tentang itu~ Masih didalam teka teki yang masih dirahsiakan. Dan perlahan, aku nyatakan jawapanku.

“Mungkin, aku nak ajar isteri aku nanti hidup bersederhana~” Balasku perlahan~

“Maksudmu?” Tanya Edi dengan wajahnya yang berkerut.

“Yela, aku nak ajar dia berserderhana dengan apa yang aku ada. Mungkin nanti, aku tak mampu mempunyai rumah yang besar besar, ataupun kereta yang mewah mewah~ tapi selagi aku ada Dia dan dia, insya Allah, kami mampu bersama” Balasku tersenyum~

Dan sejujurnya, aku benar maksudkan itu. Mungkin kerana aku dibesarkan dengan kesusahan, hingga jiwa aku terdidik dengan kesederhanaan. Aku agak kekok dengan kekayaan. Ketika melawat dan berziarah ke rumah Pak Anjang, aku jadi mati kutu. Entah apa dan kenapa, aku rasa kehidupan ku amat sempit. Walaupun dikelilingi dengan rumah dan perabot yang tidak kalah mewahnya~ aku sepi. Sekali!

Aku masih ingat, ketika kami sekeluarga tiada apa. Yang ketika itu, ibu dan ayah masih menyewa di rumah yang aku kira amat kecil. Tiada ruang yang memisahkan~ ya, hanya sekadar papan papan plywood yang disusun menjadi bilik. Tetapi entah kenapa, aku merasakan hidupku disitu amat bahagia~ kami menjadi rapat sekeluarga. Dengan didikan langsung dari ibu, teguran langsung dari ayah, benar benar membuat aku menjadi insan yang selayaknya aku sekarang~

Dan masih jelas di ingatan, di rumah yang kecil itu aku belajar berdikari. Seawal usiaku 10 tahun, aku membantu ibu membuat nasi lemak untuk dijual. Ya, dengan tugasan tugasan yang aku kira amat menyesakkan, memotong bawang, mengasingkan ikan bilis, dan juga membasuh nasi. Oh, dan juga berlari lari mengambil daun pandan. Hoho^^ Tetapi kerana tugasan tugasan itulah, aku menjadi insan yang benar tahu tentang erti tanggungjawab. Kerana itulah, aku benar memahami erti pergorbanan dan kasih sayang~

Oh, dan kawasan perjiranan aku juga hanya kawasan kampung~ Dengan jiran yang prihatin, tidak membeza bezakan anak mereka dengan anak orang lain. Aku masih ingat, ketika aku ditampar dan dimarahi oleh Pak Haji hanya kerana mahu melakukan perbuatan yang nakal - mengusik haiwan ternakan orang, Dan ketika mengadu pada ibu, bahkan aku kembali dirotan oleh ibu.

Dan benar, aku rindu~

----
Tu bi kontinue~idea takde~
Mungkin entry ni sekadar rehat rehat hati.
Hati yang terlalu ingin menulis sebenarnya~ hoho^^


.: Pada Nikmat yang diberi~ :.


Perjalanan pulang ke Shah Alam hari ini amat menyusahkan. Apa tidak, dia harus berjalan kaki meredah hujan dengan perjalanan yang dia kira agak jauh. Dan sebenarnya hari ini dia berasa amat marah dan kesal. Kesal dengan perkhidmatan teksi yang disediakan. Ah.. Tidak perlulah diceritakan apa yang terjadi, tapi yang pasti, dia kesal.

Sepanjang perjalan pulang ia diam. Mungkin masih marah barangkali. Bajunya basah~ Walaupun didalam kebasahan dan kesejukan hujan, itu masih belum mampu meredakan hatinya. Entah radangnya kerana apa, tapi yang pasti hari itu hari yang menyebalkan baginya.

Akhirnya dia berhenti seketika di perhentian bas berhampiran. Di ambilnya beg pakaiannya, dikeluarkan tuala kecil dan dikesat rambutnya. Di perhentian bas itu dia duduk. Seketika dia termenung~ Dan dalam renyai itu hatinya terdetik, “Mengapa aku membentak begini?” Ah.. sudah tiada Iman kah di hatinya?

Dia memandang kenderaan kenderaan yang sesak menunggunya saat hijau. Dia akui, sebentar tadi dia merasa susah. Yang amat. Perjalanan yang melecehkan pasti. Tapi seketika hati kecilnya berkata, bila kali terakhir dia merasa susah begini? Dia luruh. Apa sudah leka dalam keselesaan yang Allah beri hingga dia merasakan dia tidak layak di uji?

Ah.. Hatinya yang sebentar tadi penuh dengan radang emosi kini kian melembut. Sudah kah dia merasa terlalu hebat hingga tidak layak di uji? Persoalan itu yang bermain di kotak fikirannya sekarang.

Dia kembali teringat, bahawa apa yang dia telah miliki sekarang, jauh lebih senang dari apa yang dia miliki dahulu. Jika dahulu dia tidak pernah merungut, hendak berjalan kaki sejauh mana pun, atau menunggu pengangkutan awam yang sememangnya dengan jadual yang ketetapan masa yang teruk~ dia tidak pernah mengeluh. Baginya apa yang ada padanya itu sudah nikmat. Maka apa yang harus dia keluhi? Tetapi bila takdir mendahului, diberikan Allah kesenangan yang sedikit cuma, pada kesusahan ini dia mengeluh. Hatinya memberontak~ ah.. hati, terlalu mudah lupa dengan nikmat yang diberi.

Awal kehidupannya dahulu juga bukanlah senang~ Seketika ingatannya kembali pada rutin hariannya ketika sekolah rendah. Petang membantu ibu membuat nasi lemak, dan esok paginya membantu ibunya menjualnya~ dan itu bukan mudah. Oh? Dan dia masih ingat, cikgu sekolah rendahnya selalu memesan nasi lemak ibu melalui dia. “Amin~ Esok cikgu nak nasi lemak dua ya?”~ Dialog itu terngiang kembali. Geli hati~

Ataupun ketika zaman persekolahannya, ketika dia terpaksa menempuh perjalanan yang bukan dekat jaraknya. Dengan perkhidmatan bas awam yang sangat melecehkan~ dibandar raya itu dia belajar erti susah.  Ya, pada susah dan penatnya mencari ilmu~ tetapi kerana susah dan penatnya itulah, menjadikan dia pelajar terbaik disekolahnya. Seketika, air mata itu ingin jatuh.

Dia juga pernah bekerja sebagai buruh. Ketika rakan seijazah dengan nya rela memilih kerja yang menyelesakan, dia berkerja di tengah terik mengangkat arang batu. Peluh dan keringatnya sentiasa mengalir membasahi pipi, tangan dan bahkan seluruh badannya~ tetapi bila diganjarkan dengan gaji, dia jadi menangis haru. Ya, hasil itu adalah hasil dari titisan peluh yang mengalir dan menitis diteriknya mentari.

Dia yang dahulu tidak pernah merungut tentang erti susah. Kerana baginya, susah itulah mendidik diri. Dari kesusahan menjual nasi lemak itulah, dia belajar susahnya menjalani kehidupan. Dari penat peluh ke sekolah lah, dia belajar tentang nilai mencari ilmu. Dan dari kesusahan mendapatkan hasil dari titik peluh itulah, dia belajar menghargai rezeki yang dikurniakan. Kerana dia tahu, rezeki itu kurniaan dari titisan peluh yang merembes keluar membasahi bumi.

Entah kenapa, relung hatinya basah. Ya, seperti basahnya bumi hari itu. Sudah berapa lamakah dia leka dengan nikmat yang diberi~ hingga dia merasakan, dia tidak layak untuk merasa susah? Dia tidak pernah menyalahkan kesusahan dalam hidupnya. Kerana dia tahu, Allah telah meletakkan seseorang itu sesuai di tempatnya. Ada orang yang mampu bersinar dalam kesusahan, dan ada orang yang mampu bercahaya dalam kesenangan. Ada orang ujiannya pada susahnya hidup, dan ada orang ujiannya pada senangnya hidup. Allah Mahu Tahu~ lebih dari segalanya. Dan itu pasti.

Dia bangkit. Dimasukkan semula tuala kecil itu didalam beg pakaiannya. Harus berangkat~ Hujan sudah mula reda. Seperti redanya hatinya yang sebentar tadi membentak dengan kemarahan. Ah.. Sudah lah hati, engkau layak di uji. Bisik hati kecilnya. Beg pakaiannya digalas~ bersedia meneruskan kembali perjalanan. Bismillah, semoga Allah redha.