Perjalanan pulang
ke Shah Alam hari ini amat menyusahkan. Apa tidak, dia harus berjalan
kaki meredah hujan dengan perjalanan yang dia kira agak jauh. Dan
sebenarnya hari ini dia berasa amat marah dan kesal. Kesal dengan
perkhidmatan teksi yang disediakan. Ah.. Tidak perlulah diceritakan apa
yang terjadi, tapi yang pasti, dia kesal.
Sepanjang perjalan pulang ia diam. Mungkin masih marah barangkali. Bajunya basah~ Walaupun didalam kebasahan dan kesejukan hujan, itu masih belum mampu meredakan hatinya. Entah radangnya kerana apa, tapi yang pasti hari itu hari yang menyebalkan baginya.
Akhirnya dia berhenti seketika di perhentian bas berhampiran. Di ambilnya beg pakaiannya, dikeluarkan tuala kecil dan dikesat rambutnya. Di perhentian bas itu dia duduk. Seketika dia termenung~ Dan dalam renyai itu hatinya terdetik, “Mengapa aku membentak begini?” Ah.. sudah tiada Iman kah di hatinya?
Dia memandang kenderaan kenderaan yang sesak menunggunya saat hijau. Dia akui, sebentar tadi dia merasa susah. Yang amat. Perjalanan yang melecehkan pasti. Tapi seketika hati kecilnya berkata, bila kali terakhir dia merasa susah begini? Dia luruh. Apa sudah leka dalam keselesaan yang Allah beri hingga dia merasakan dia tidak layak di uji?
Ah.. Hatinya yang sebentar tadi penuh dengan radang emosi kini kian melembut. Sudah kah dia merasa terlalu hebat hingga tidak layak di uji? Persoalan itu yang bermain di kotak fikirannya sekarang.
Dia kembali teringat, bahawa apa yang dia telah miliki sekarang, jauh lebih senang dari apa yang dia miliki dahulu. Jika dahulu dia tidak pernah merungut, hendak berjalan kaki sejauh mana pun, atau menunggu pengangkutan awam yang sememangnya dengan jadual yang ketetapan masa yang teruk~ dia tidak pernah mengeluh. Baginya apa yang ada padanya itu sudah nikmat. Maka apa yang harus dia keluhi? Tetapi bila takdir mendahului, diberikan Allah kesenangan yang sedikit cuma, pada kesusahan ini dia mengeluh. Hatinya memberontak~ ah.. hati, terlalu mudah lupa dengan nikmat yang diberi.
Awal kehidupannya dahulu juga bukanlah senang~ Seketika ingatannya kembali pada rutin hariannya ketika sekolah rendah. Petang membantu ibu membuat nasi lemak, dan esok paginya membantu ibunya menjualnya~ dan itu bukan mudah. Oh? Dan dia masih ingat, cikgu sekolah rendahnya selalu memesan nasi lemak ibu melalui dia. “Amin~ Esok cikgu nak nasi lemak dua ya?”~ Dialog itu terngiang kembali. Geli hati~
Ataupun ketika zaman persekolahannya, ketika dia terpaksa menempuh perjalanan yang bukan dekat jaraknya. Dengan perkhidmatan bas awam yang sangat melecehkan~ dibandar raya itu dia belajar erti susah. Ya, pada susah dan penatnya mencari ilmu~ tetapi kerana susah dan penatnya itulah, menjadikan dia pelajar terbaik disekolahnya. Seketika, air mata itu ingin jatuh.
Dia juga pernah bekerja sebagai buruh. Ketika rakan seijazah dengan nya rela memilih kerja yang menyelesakan, dia berkerja di tengah terik mengangkat arang batu. Peluh dan keringatnya sentiasa mengalir membasahi pipi, tangan dan bahkan seluruh badannya~ tetapi bila diganjarkan dengan gaji, dia jadi menangis haru. Ya, hasil itu adalah hasil dari titisan peluh yang mengalir dan menitis diteriknya mentari.
Dia yang dahulu tidak pernah merungut tentang erti susah. Kerana baginya, susah itulah mendidik diri. Dari kesusahan menjual nasi lemak itulah, dia belajar susahnya menjalani kehidupan. Dari penat peluh ke sekolah lah, dia belajar tentang nilai mencari ilmu. Dan dari kesusahan mendapatkan hasil dari titik peluh itulah, dia belajar menghargai rezeki yang dikurniakan. Kerana dia tahu, rezeki itu kurniaan dari titisan peluh yang merembes keluar membasahi bumi.
Entah kenapa, relung hatinya basah. Ya, seperti basahnya bumi hari itu. Sudah berapa lamakah dia leka dengan nikmat yang diberi~ hingga dia merasakan, dia tidak layak untuk merasa susah? Dia tidak pernah menyalahkan kesusahan dalam hidupnya. Kerana dia tahu, Allah telah meletakkan seseorang itu sesuai di tempatnya. Ada orang yang mampu bersinar dalam kesusahan, dan ada orang yang mampu bercahaya dalam kesenangan. Ada orang ujiannya pada susahnya hidup, dan ada orang ujiannya pada senangnya hidup. Allah Mahu Tahu~ lebih dari segalanya. Dan itu pasti.
Dia bangkit. Dimasukkan semula tuala kecil itu didalam beg pakaiannya. Harus berangkat~ Hujan sudah mula reda. Seperti redanya hatinya yang sebentar tadi membentak dengan kemarahan. Ah.. Sudah lah hati, engkau layak di uji. Bisik hati kecilnya. Beg pakaiannya digalas~ bersedia meneruskan kembali perjalanan. Bismillah, semoga Allah redha.

0 kRitIkaNs:
Post a Comment