.: Of love and Life 4~ :.

Friday, January 4, 2013

Oh ya~ Sambung cerita tentang sahabat aku yang seorang itu. Aku jadi tertarik untuk berkongsi satu cerita yang aku kira mengundang basah direlung hati. Tentang kisah cinta seorang sahabat yang benar aku kagumi peribadinya didalam hati. Khairun~

Khairun seorang pemuda yang biasa~ Tidak terlalu tampan, juga tidak terlalu biasa, Sedap dipandang mata dan juga senang mengundang senang dihati. Peribadi Khairun juga biasa~ Jarang mengukir kemarahan, tinggi dalam santun dan lembut dalam berkata. Aku kira, perkenalannya dengan sahabat aku yang seorang itu hanya sebentar. Sekitar setahun begitu. Tetapi kisah yang tertulis untuk mereka cukup mengundang bekas dihati~

Khairun seorang pemuda yang pemalu. Sifat malunya tinggi~ Hingga terkadang terlalu santun dihadapan perempuan. Jika ada sesuatu keperluan, Khairun jarang memintanya dari sahabatnya yang perempuan. Sehabis usahanya diminta dari kami~ hingga terkadang, aku jadi ketawa apabila disuruh menjadi translator nya~ hoho.

Tetapi yang mengundang kekaguman aku pada dia, adalah keterbatasannya dalam pergaulan. Dan juga ketegasannya dalam kelembutan. Kami sering bertemu dalam usrah. Terkadang saling bersandar ketika lelah atau penatnya mentadabur, kami terlena. Khairun pernah menyuarakan kegusarannya tentang jodoh. Tentang bagaimana mungkin lelaki pemalu sepertinya bisa mendapatkan jodoh yang baik. Aku jadi tersenyum~

Dan perlahan, aku katakan kepada Khairun, bahawa isu jodoh adalah isu yang sangat unik. Tersimpan rapi dalam rahsia Tuhan yang hanya bisa dibuka dengan kunci masa. Dia jadi tersenyum~ Geli hati barangkali.

Kisah cinta mereka bermula pada Akhir semester satu ketika kami dialam matrikulasi. Ketika Khairun mendapat tawaran menyambung pelajaran Ke Mesir dalam kos perubatan~ Dia meluahkan rasa gusarnya pada permintaan ayahnya. Pada permintaan Ayahnya yang meminta Khairun untuk mencari calon sebelum ke sana. Ya~ Sebagai peneman jiwa bagi perjuangan yang melelahkan nantinya~

Dia menjadi binggung~ Amat! Keputusan ayahnya muktamad~ Jika Khairun tidak mempunyai calonnya sendiri, Ayahnya akan menjodohkan dia dengan anak sabahat ayahnya sendiri. Dia menjadi buntu~ dia ingin diberi peluang dalam memilih.
Khairun menceritakan semuanya kepada kami~ Tentang keputusan ayahnya sebelum ke sana. Kami tertegun seketika. Jadi bermulalah sebulan yang sukar bagi kami dan Khairun.

Terkadang, aku jadi tersenyum kecil apabila teringat betapa sukarnya Khairun untuk membuka bicara dihadapan wanita. Malu yang teramat ketika kami mencadangkan calon untuk  nya~ Ahli usrah yang lain juga begitu. Pening mungkin? Hoho~ Tapi biasalah, suka duka kami bersama. Ada ketikanya pendapat tidak seiring~ Pandangan tidak sekata. Tetapi itulah yang menjadi penyebab rapatnya ukhwah kami.

Setelah pelbagai usaha dilakukan~ Kami buntu. Tiada seorang pun yang berkenan dihati Khairun. Hingga akhirnya kami menyarankan, Buatlah solat hajat dan istiharah antara dia dengan Tuhan. Mintalah untuk kali terakhir sebelum jawapannya diberi kepada ayahnya.

Hinggalah keesokkan hari, ketika kami dalam perjalanan ke rumahnya. Kami singgah membeli beberapa barang di pasaraya yang berhampiran.  Dan di sini, berlaku peristiwa yang tidak mungkin kami dan Khairun terlupakan~ Tentang bagaimana dia bertemu dengan penyejuk jiwanya yang sekarang.

Khairun terserempak dengan seorang wanita yang berjilbab labuh. Gayanya lembut. Wajahnya jernih. Ketika dia membayar wang di kaunter, kami terlihat dompet wanita itu tercicir dan jatuh disisi lantai . Wanita itu bahkan berlalu pergi. Tanpa dia sedari, dompetnya telah jatuh dari beg tangannya. Dan oh.. Ketika itu Khairun lantas berlari mengambil dompet itu dan lantas mengejar wanita tersebut.

Dan seketikanya kembali~ Kami lihat dia tersenyum. Dikatakannya kepada kami~ Dialah wanita yang berkenan dihatinya. Aku masih ingat katanya~ Ketika dia datang dan mengoncangkan tubuh aku sekeping itu.

“Min~ Aku dah jumpa Min. Aku dah jumpa calon yang berkenan dihati aku Min~”

Aku tersenyum~

Dan ternyata, bila kami tanyakan kepada khairun, Adakah dia sudah bertanya perihal gadis itu~ Aku lihat ada mendung diwajah. Dia kembali suram~ Ternyata, dalam kesukaan, dia terleka.

Dan sepanjang perjalanan pulang dari pasaraya itu, aku lihat Khairun termenung jauh disisi tingkap kereta. Mungkin bimbang dengan jawapan yang akan diberi kepada ayahnya. Ketika dia menemukan calon yang berkenan dihati, tetapi bahkan dia terlupa dan membiarkan wanita itu pergi. Tanpa dia ketahui sedikit pun tentang wanita itu.

Kami tiba dirumah~

Dan seketika sampai di perkarangan rumahnya, ayahnya menyambutnya dengan senyuman. Diberitahu kepada Khairun, bahawa calon yang dicadangkan oleh ayahnya berada diatas rumah. Dan ternyata, bila kami menjejakkan di atas rumah Khairun, gadis calon ayahnya rupanya gadis yang baru dijumpai seketika tadi~

Khairun jadi tertegun~ Dan lantas sujud penuh syukur~

Sujud diatas segala doanya yang didengari oleh Tuhan~
Sujud diatas Istiharahnya mempertemukan calon belahan jiwa di setiap tahajudnya~
Dan sujud atas nikmat diberi~

Hoho~ Oh ya.. Kami juga terkejut. Tapi mungkin tidak seperti Khairun. Yang mengundang kekaguman aku pada  kisah Khairun, pada ajaibnya perjalanan cinta yang ditelah ditetapkan untuk setiap insan. Betapa ajaibnya rahsia Tuhan yan masih belum disingkapkan. Ada orang bercinta bertahun lamanya, dan ternyata, jodoh yang dicarinya adalah orang yang dikenali sehari. Dan ada juga orang yang mencari jodohnya diluar negara~ Tetapi rupanya, jodohnya adalah orang kampungnya. Dan tak kurang juga, orang yang menyuruh rakan terdekatnya mencari calon untuknya. Tetapi bila sampai masanya, ternyata rakanya itulah jodohnya~

0 kRitIkaNs: