.: kisah seorang bayi~ :.

Saturday, September 4, 2010

salam~

sekadar ingin berkongsi~ aku menemukan sesuatu yang berharga dengan perbualan bersama seorang sahabat yang ku kira baru aku kenali sebentar tadi. taarufan kami hanya seketika~ ketika hendak mengangkat kaki beredar dari surau Al-Mutaqim~

"assalamualaikum~"

"waalaikumsalam akhi" balasku pendek~

"anta tak moreh bersama kami? marilah~" ajaknya bersungguh~

terasa serba salah untuk menolak~

"insya Allah~ mari akhi~ rezeki ana hari ni" balasku tersenyum~

kami bertaaruf ringkas~ sahabat ku itu memperkenalkan dirinya firdaus~ sepanjang perbualan kami hanya berlegar dipermukaan~ cuma tersentak dengan ayat terakhirnya~

"akhi, anta tau.. jika dikhabarkan kepada bayi yang bakal dilahirkan tentang alamnya dunia, pasti bayi tersebut tidak akan percaya~"

"maksud anta?"

firdaus tersenyum~

"maaflah akhi, ana nak mintak diri dulu~ ana rasa anta tau jawapannya~ sepanjang perbualan kita, ana dapat lihat anta org yg faham~ jgn sia-siakan itu~ ana mintak diri dulu~ assalamualaikum~"

"waalaikumsalam~ jazakallah"

----------------------------------------

ditinggalkan dengan persoalan, benar-benar memaksa fikiran untuk berfikir~ bayi ketikanya alam bayi, tidak tahu akan alamnya dunia~ teringat satu kisah perumpaan yang pernah diceritakan pada diri~ tatkala seorang bayi dialam rahim hendak dilahirkan ke dunia, telah hadir seorang malaikat berkata~

"wahai bayi~ inginkah engkau tahu apa yang ada dialamnya dunia?"

"bahkan wahai malaikat~ sudah tentu aku mahu tahu~ khabarkan aku tentangnya~"

"baiklah~ maka dengarlah perkhabaranku wahai bayi~ akankah kau percaya saatnya engkau lahir, engkau akan disambut dengan orang2 sekeliling mu~ dan adakah engkau tahu apa itu manusia wahai bayi? manusia itu mempunyai pelbagai rupa~ dan engkau akan dilahirkan dgn rupamu sendiri~ dan adakah engkau tahu bagaimana rupamu nanti wahai bayi?"

"tidak wahai malaikat~ seakan apakah muka ku nantinya dialam dunia? dan seperti apakah itu manusia wahai malaikat?"

"itu aku tidak tahu~ aku tidak tahu seperti apa rupamu kelak~ akankah engkau sempurna atau tidak. tapi ketahuilah wahai bayi~ dialamnya dunia, manusia itu berlainan rupanya~ ada yang sempura. dan ada tidak~ dan disana engkau melihat, ada yang berjalan mengunakan punggungnya, ada yang melukis mengunakan kakinya, dan ada bercantum kepalanya~ dan tidak kurang juga ada yang sempurna rupanya. adakah engkau percaya khabaranku wahai bayi?"

"sungguh? apa benar katamu wahai malaikat? aku tidak percaya~ wahai malaikat, sudikah engkau khabarkan aku tentang dunia?"

"oh dunia.. sudah tentu~ kerana di alam itu yang engkau akan hidup wahai bayi~ ketahuilah, dunia itu tersangat lah luas~ lebih luas dari rahim yang engkau duduki~ bahkan luasnya tidak mampu digambarkan oleh kata2. rahim yang engkau duduki saat ini hanyalah ibarat sebutir pasir di lautan pantai~"

"benarkah? adakah dunia seluas itu? lebih luas dari rahim yang aku duduki? benarkah wahai malaikat?"

"ya benar~ dan didunia itu, engkau akan diberi dengan nikmat-nikmat yang banyak oleh penciptamu, Allah. engkau akan melihat, adanya manusia yang bertakhta di istana-istana~ bahkan mereka dikurniakan tempat yang indah berseri~ mereka dikurniakan bidadari-bidadari yang indah~ pelayan-pelayan yang banyak. bahkan didunia juga adanya kenikmatan yang banyak~ dan ketahulah wahai bayi, salah satu nikmat itu adalah cinta~ adakah engkau percaya pada khabaranku bayi?"

"khabaran mu terlalu indah wahai malaikat~ aku tidak pasti samada untuk mempercayaimu. aku tidak melihatnya~ dunia aku kini sudah cukup indah buatku~ disini aku diberi makanan oleh ibu. makan minum ku~ akan wujud nikmat yang lebih besar dari nikmat yang aku kecapi sekarang? akan kah wujud nikmat ini didunia?"

"sudah tentu wahai bayi~ bahkan nikmatmu digandakan~ percayalah~ percayalah dgn khabaranku wahai bayi"

"tapi aku mendengar dunia itu kejam~ penuh dengan kesakitan~ kesedihan. akan banyaknya tangisan didunia~ aku tidak sanggup menerima itu semua~ "

"kerana itu adalah hakikat ujian~ tidak akan diuji melainkan kamu mampu diuji~"

"tapi aku tak mahu tinggalkan alam rahim ini~ aku mahu tetap disini malaikat~"

malaikat itu tersenyum~ kerana pastinya bayi itu tetap ke alam dunia. persoalan ini benar menerjah fikiran~ syukran sahabat. pertemuan dgn anta sedikit sebanyak mengajar ana menjadi lebih kuat~ menyedarkan hakikat dalil tentang alam akhirat.

sahabat~

begitulah perumpamaan alam akhirat~ tentang nikmat yang masih banyak disana. kita dikhabarkan oleh insan itu, insan mulia~ yang tidak pernah ungkapan dusta lahir dari lidahnya. insan itu adalah Muhammad S.A.W. baginda telah menkhabarkan kita alam akhirat~ maka pada khabarannya kita percaya~. yakin lah.. Hamba itu miliknya Tuhan~

semoga kita kuat~

salam sepuluh malam terakhir~

iman danish~

.: Marikh dan Zuhrah~ :.

Thursday, September 2, 2010

Teringat kata-kata iman ghazali yang sering diungkapkan mengharungi zaman:

“lelaki itu mempunyai Sembilan akal dan satu nafsu~ manakala wanita pula mempunyai satu akal dan Sembilan nafsu”

Sememangnya benar apa yang disampaikan oleh lidah imam yang mulia itu~ semakin diri ini berfikir, semakin jelas diri ini melihat~ sungguh, amat sukar memahami ayat yang mempunyai seribu makna ini~ kerana dalam soal nafsu, amat sukar untuk membeza-bezakannya~

Semakin diri ini mencari, semakin jelas apa yg cuba disampaikan~ sungguh, kata-kata itu mempunyai seribu makna tersembunyi~

Lebih mudah difahami jika dikatakan begini~

“lelaki mempunyai Sembilan logik dan satu emosi~ dan wanita pula mempunyai satu logik dan Sembilan emosi”

Lelaki itu mempunyai Sembilan logik dan satu emosi~ dan kerana Sembilan logik itu, lelaki lebih rasional dalam keputusannya. Dalam sesuatu masalah, bagi seorang lelaki, keputusannya lebih tertumpu kepada keputusan yang rasional. Dan kerana itu diamanahkan tanggungjawab ketua keluarga itu kepada seorg lelaki~ dan bagi mereka, kesalahan adalah sesuatu yang boleh diperbaiki. Kerana itu mereka ego, enggan mengakui salah nya mereka~

Bagi wanita pula sebaliknya~ mereka dibina diatas satu logik dan Sembilan emosi.
Bagi insan yang kaya emosi itu, satu kesalahan yang kecil akan dipandang tinggi oleh mereka. Tetapi kerana itu mereka adalah guru yang terbaik untuk anak-anak. Mereka adalah pendidik yang lebih baik berbanding lelaki~ Dalam memutuskan keputusan, lelaki lebih gemar mencari teman dan rakannya sendiri bagi mencari penyelesaian~ kerana mereka cukup rimas dgn perbincangan yang bertemankan esak dan tangis. Tetapi hakikat ini sukar difahami wanita yang kaya emosi itu~ kerana mereka merasa tidak dihargai apabila pasangan mereka mencari teman-temannya dalam perbincangan.

Ketahuilah, lelaki mencari teman mereka kerana mereka mahukan keputusan yang rasional dalam sesebuah masalah~ itu bukan bererti kalian tidak dihargai. Bahkan tidak~ kerana kalian dihargai, mereka perlukan yang terbaik untuk untuk kalian.
Dan bagi insan yg cukup tandus dalam emosi ini~ mereka gagal memahami disebalik leteran-leteran yang dilemparkan oleh wanita kepada mereka~ samada dari ibu atau isteri mereka. Kerana hakikatnya wanita berperlakuan demikian kerana mereka mahukan sedikit perhatian dari lelaki~ samada anak ataupun suami~ apa yang mereka harapkan hanyalah pujukan. Dan sedikit perhatian terhadap apa yang mereka sampaikan~ Tetapi bagi insan yang kering emosi itu, sungguh itu amat benar sukar untuk dilakukan~

Kepada lelaki Allah kurniakan kesabaran~ dan kepada wanita Allah kurniakan ketabahan. Lelaki amat sabar dalam emosi~ dan kerana itu talak diletakkan ditanggannya suami~ dan manakala wanita amat tabah dalam rasional~ dan kerana itu si isteri mampu bertahan walau kedinginan yang diterima dari suami dan anak-anak~ sungguh, amat hebat ciptaan Allah disebalik tubuh yang kerdil cuma~ Adilkan tuhan?

Dan kerana itu firman Nya dalam suratul Ar-Rum. Ayat 21 :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Hakikatnya lelaki atau wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan~ seringkali terjadi adalah ketidakpersefahaman dalam sesuatu hubungan~ si lelaki yang membatukan diri ketika diberi leteran~ dan si wanita yang sering beresak tangis dalam sesebuah perbincangan~ ini sudah cukup untuk menyalakan api pergaduham dalam sesebuah hubungan~ fahami cara fikir~ dan kemudian baru hati dapat menerima~ tidak salah merendahkan ego, dan bukan kesilapan untuk memahami~ sandarkan kepercayaan kepada Allah, baru tenteram bila berjauhan~ ingati pesanan rasul, pegangi fatwa hati~

“bahawa hati itu tenteram terhadap kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan”

Jadi sama-samalah baiki hati~ supaya pandangan hati itu pandangan yang benar. Tidak tersasar~ agar jika kesalahan dilakukan, kita mampu untuk merasai gelisahnya hati~

Salam~

iman danish^^

.: EpaL~ :.

Tuesday, August 31, 2010

Assalamualaikum ya ukhti.

untuk kaum Hawa :

aPaBiLa KaMu BeRkAwAn DeNgAn LeLaKi~
InGaTlAh AdA dUa PiLiHaN tErBeNtAnG~
pErTaMa...
KaMu JaDi SePeRtI kElApA..
mUdAh DiPeRoLeH..
DiPaRuT...
dIpErAh..
dAn DiAmBiL sAnTaNnYa..
LePaS iTu HaMpAsNyA dibuang...

kEdUa..
KaMu MeNjAdI sEbUtIr MuTiArA..
bErAdA dI DaSaR LauTaN..
TeRsImPaN rApI..
DiLiNdUnGi KuLiT..
bUkAn SeNaNg NaK LiHaT..
ApA LaGi MeNdApAtKaNnYa..
hAnYa OrAnG yAnG bErTuAh..
yaNg beRuSaHa MeNyElAmI dAsAr LaUtAn...
dApAt MeMpErOlEhNyA..
HaRgAnYa MaHaL sEkAlI..
dAn Ia AkAn TeRsImPaN sElAmAnYa..
JaDi....
kAmU piLiHlAh sama ada HeNdAk MeNjAdI
kElApA aTaUpUn MuTiArA..(",)


~Cintailah dia walaupun di pelosok mana dia berada,
Cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun.
Tetapi ingatlah segala-galanya sudah
tersurat di azali bahawa dia,

Kekasihmu, belum tentu menjadi suami atau isteri kamu~


WaNita iBaRaT ePaL...
EpaL yanG tiDak berKuaLiti amaT muDaH diPeroLeH~
kEraNa Ia beRguGuRaN Di TaNah..
taPi ePal yaNg taK maMpu diBeLi beRada diPunCaK..
SuSah diPetik sUsaH diGaPai..
TerKaDang ePaL itU riSau,
KeNaPa diriKu beLuM diPetiK?
LanTaS Ia meRendaHkaN marTabaTnYa~
dan menGGugUrkan diRi menYemBaH taNah..
SeDanGkaN iA seBenarNya teLah ALLAH jaDikan beGitu tinGgi marTabatNya..
HinGga tiaDa siaPa yanG bEraNi MeMetiKnYa..
HaNya peMuDa yaNg beNar-beNar HeBat saHaJa yaNg MaMpU..
MunGkiN buKan dI DuNia TeTapI dI akHiRaT..?
BiArLaH joDoH buKan dI dUnIa asaLkAn CinTa ILLAHI meNaNti..


Dari Ma'qil bin Yassar, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Ditusuk di kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum besi besar lebih baik daripada memegang-megang perempuan yang tidak halal baginya". (Hadith Riwayat Tabrani)




.:hu^^ sekadar perkongsian~ artikel ni da lama dalam simpanan ak~ ak tak tau sape penulis asalnya~ tetapi satu dua benda baik, eloklah dikongsi~ hu^^ :.

.: tinta perjalanan~ kisah seorang pemanah :.

Sunday, August 29, 2010

Entah kenapa malam ini sungguh berat mata ini untuk lena dalam mimpi. Entah apa yang difikirkan dan entah apa yang cuba ditafsirkan. Lantas diri ini bangun dari pembaringan. Mencari apa yang kurang dalam sudut hatinya~ hati ini gelisah? Ya benar.. amat gelisah. Terlalu banyak yang bermain dibenak fikiran nya. Bergentayangan. Hingga keliru apa yang perlu digapai disebalik banyaknya fikiran yang cuba ditafsirkan itu~ Dan seketika, kerisauan itu mula datang. Menerjah hati yang sedang gelisah~

Lantas diri ini bangun~ menuju ke tingkap yang terbuka luas. Dalam-dalam aku melihat, keindahan yang diciptakan oleh pencipta yang tidak kelihatan~ tetapi jelas diriNya hidup~ memperlihatkan dirinya melalui ciptaan2Nya yang begitu menakjubkan~

Dan beransur~ Kegelisahan itu mula pudar~ Menjemput ilham itu datang~ memaksa jari ini mencoretkan sesuatu yang berlegar difikiran~

Teringat satu kisah yang pernah disampaikan kepada adik-adik aku suatu ketika dahulu~ tentang seorang pemanah yang tersohor dalam sebuah negeri. Telah dikhabarkan bahawa pemanah itu tidak pernah terlepas sasarannya walau sekali~ dan tatkala mendengar berita bahawa pemanah itu ingin mengadakan pertunjukan di sebuah tempat, lantas berita itu tersebar luas. Hinggalah di hari pertunjukan, pemanah itu hadir di hadapan ribuan orang yang ingin menyaksikan kehebatan pemanah yang diceritakan itu.

Pertunjukan dimulakan~

Pemanah tampil bersama pembantunya bagi memulakan pertunjukan~ sebiji epal diletakkan di atas kepala pembantunya dan kemudian dari jarak jauh pemanah itu melepaskan panahnya~

Dan “zup!!”

Panahan itu tepat pada sasaran~

Dan kemudian pertunjukan diulangi dengan mata pemanah yang telah ditutup dengan sehelai kain hitam~ dan untuk kali keduanya, “zup!!” panahan itu tepat pada sasaran~

Orang ramai bersorak kagum dengan kehebatan yang ditunjukkan pemanah tersebut~
Dan pada akhir pertunjukan, dengan mata yang tertutup, pemanah tersebut menyuruh pembantunya untuk mengoyang-goyangkan badannya~ dan “zup!!” untuk kali ketiganya panahan si pemanah itu tepat mengena sasaran~

Lantas orang ramai bersorak gembira~ kagum dengan kelebihan yang telah ditunjukkan si pemanah itu~ hebat kata mereka~ sungguh pemanah itu layak untuk bergelar pemanah terhebat di negeri itu~

Dan sebelum pemanah itu mengakhiri pertunjukan nya~ pemanah itu bertanya:

“kamu percaya saya adalah pemanah yang hebat?”

Dan penonton menjawab:

“ya, kami yakin kamu adalah pemanah yang hebat!”

“Dan apakah sepanjang panahan tadi, saya terlepas sasaran?”

“bahkan tidak! Kamu memanah epal itu tepat pada sasarannya~”

“jadi kalian percaya bahawa saya benar2 hebat”

“ya, kami percaya!!”

Dan pemanah itu menjawab~

“oleh kerana kamu percaya bahawa saya adalah pemanah yang hebat, maka saya minta seorang dari kalian untuk hadir di hadapan bagi mengantikan pembantu saya~ jangan risau, saya akan pastikan kalian selamat”

Seketika suasana menjadi sunyi~ suara sorakan dari ribuan orang tadi seakan lenyap. Terkejut dengan permintaan yang diajukan oleh si pemanah~ ternyata, tiada siapa yang berani tampil kehadapan. Tiada siapa yang sanggup mengadaikan kepala mereka untuk menggantikan pembantu pemanah tersebut.

“kenapa? Bukankah kalian percaya saya adalah pemanah yang hebat?”

Diam~ tiada siapa yang berani tampil kehadapan. Ternyata dalam hati mereka masih ada rasa ragu~

Pemanah kecewa~ dan lantas berlalu meninggalkan orang ramai yang masih berteka teki dengan kehebatan pemanah tersebut~

Nah.. persoalan dari cerita ini benar mengusik fikiran~ benar.. ini adalah kisah kanak2. Saatnya aku menemani adik-adik yang sering meminta abangnya bercerita kepadanya~ tetapi persoalan dari cerita ini yang menganggu aku~

“Hati.. kenapa engkau gelisah?”

“wahai diri, tidakkah engkau melihat betapa banyaknya orang yang mengaku mereka percaya kan Allah tetapi mereka tidak mempercayakan hidup mereka dengan Allah. Mereka mengaku adanya tuhan tetapi mereka tidak meletakkan kepercayaan pada tuhan~ Dan tidak kah engkau melihat wahai diri, betapa banyaknya orang yang mengaku kehebatan Allah, tetapi tikanya ujian melanda,dirinya rebah mencari pada jiwanya manusia~ tidakkah engkau melihat wahai diri?”

“ya~ aku benar melihat, wahai hati”

“dan adakah engkau tergolong dalam mereka wahai diri? Adakah engkau salah satu dari mereka wahai diri?”

“Allah…”

“Allah….”

“Allah…”

Air mataku mula mengalir~ terasa titisan panas itu pantas turun membasahi pipi. Semakin lama semakin deras. Hati aku semakin sayu~ aku akui, aku benar insan yang tidak pernah bersyukur pada Mu tuhan. Aku benar insan yang telah menzalimi dirinya sendiri~ dan jika engkau tidak mengampuniku, maka aku termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi~

Aku mengaku adanya Engkau dalam hidupku~ tetapi aku tidak pernah mempercayakan hidupku pada Mu tuhan.. Aku mengaku Engkau Maha Besar~ dan kekuatan dan kekuasaan itu milikMU~ tetapi tatkala ujian melanda, aku lantas mencari insan sebagai tempat luahnya rasaku~

HambaMu ini penuh noda~

HambaMu ini hamba yang berdosa~

*.: “Dan mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang telah menciptakanku~ dan hanya kepada-Nya-lah kamu semua akan dikembalikan? ” :.

.: “Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafaat mereka tidak memberi manfaat sedikit pun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku” :.

.:“Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata”:.*

Harapan padaMu ya Allah~ agar Engkau tetapkanlah hatiku pada jalanMu. Jangan dipesongkan hatiku setelah tiba petunjuk dan hidayah dari Mu~ kepada Mu aku berserah, dan kepada Mu aku memohon pertolongan~ jangan biarkan aku menentukan hidupku dengan hanya sekadar aku walaupun sesaat~ kerana apa yang ada pada pengetahuan Mu, tidak ada di pengetahuan aku~

Sahabat~ sering dari kita berkata “aku percayakan Allah” tetapi berapa ramai yang mempercayakan Allah dalam hidup mereka? ~ berapa ramai yang sanggup meletakkan hidupnya di tangan Allah? Sungguh, diri ini juga begitu~ masih tergolong dalam golongan yang masih memerlukan hidayah. Seringkali diri ini mencari insan untuk mencari jalannya masalah~ dan seringkali diri ini ragu apa yang telah ditetapkan oleh Maha nya kuasa dalam hidupnya. Diri ini benar jahil~ diri ini benar jahat~ tetapi diri ini juga fitrahnya ingin kearah kebaikan. Kerana benar apa yg telah diungkapkan oleh insan itu~

“hati itu tenteram pada kebaikan dan gelisah pada kejahatan~”

Maka diusahakan juga kebaikan itu walau sedikit~ semoga ia menjadi kifarah dari dosa yang telah berlalu.

Ingati pesanan rasul~
Semati pesanan nabi~

“selangkah kalian menuju Dia~ seribu langkah dia mendekatimu~”

Yakinlah~ percayalah~ tidak akan diuji melainkan mampu diuji. Tidak akan dipikul melainkan mampu dipikul~ hakikat hidup adalah ujian. Kerana ujian adalah kehidupan~ percaya apa yang telah ditentukan untuk kita. Dan percayakan hidupkan kita padaNya~ insya Allah, sama-sama berusaha untuk mempercayai dari percaya~

---------------------
*surah yaasin : 22-24

.: hiatus diri~ pesanan dari seorang sahabat~ :.

Friday, August 27, 2010

persoalan itu muncul~ kembali menerjah hati yang benar amat lemah dalam ujian~ bisikan itu? ya~ bisikan itu amat sukar untuk ditepis~

Terasa badan mengeletar sejuk.. Kaki aku tidak tahan untuk melangkah.. Terasa jiwa aku lemah sekali.. knp aku yg harus di uji sebegini rupa? Knp aku? Bibir lemah mengukir senyuman~

"IMAN DANISH!!!!"

tersentak seketika~

"salah ke Allah hendak menguji hambaNya sama ada sabar dlm menempuh ujian?? salah ke Allah ingin menguji kasih sayang hambaNya pada Dia??? salah ke Allah hendak menguji seteguh mana kakimu berdiri di atas taliNya sewaktu badai melanda?? KENAPA memang hanya satu persoalan... tp layakkah kita nk menyoal pada yang memberi ujian?? setiap kepahitan yg dtg, jika disusuli dgn keyakinan pada-Nya, pasti ada rasa manisnya yg kita sendiri x pernah terlintas manisnya rasa itu.. lebih bahagia drpda kemanisan yg kita rasa sewaktu kita dlm kesenangan. akak bukan bercakap ikut madah. tp dr pengalaman. andai tiada ujian dari Allah, takutlah kita Allah x syg pada kita dik"

semoga Allah membalas jasa mu akak~
syukran~
Allah yubarik fii~

.: catatan kisah~ sebuah perjalanan~ iman :.

.: Puteri~ :.

Tuesday, August 17, 2010

Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir~

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Ilahi~

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

.: dalam hening~ :.

Saturday, August 14, 2010



wahai gadis,
mahukah aku beritahukan kepada mu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginkah aku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..
Maka dengarlah..

Gadis,
Saatnya aku jatuh cinta..
Aku tidak akan berucap..
Aku tidak akan berkata..
Namun apa yg aku lakukan..

Hanyalah diam..
Dan saat aku mencintai,
tidak akan pernah aku nyatakan.
Tidak akan aku nukilkan..
Yang aku lakukan..
hanyalah diam..

Aku tahu, cinta adalah fitrah..
sebuah anugerah yang tidak ternilai~
Kerana cinta adalah kehidupan.
Kerana rasa itu adalah cahaya..

Dan aku juga tahu,
hidup tanpa cinta,
bagaikan hidup dalam gelap gelita..

Namun..
Saat rasa itu menyapa, maka hadaplah dgn indah~
Kerana rasa itu ibarat pelangi,
dengan pelbagai warna yg mencoraknya~

Cinta terkadang membuatmu bahagia,
namun tak jarang membuatmu menderita.
Cinta ada kalanya manis bagaikan gula,
Namun juga mampu memberi pahit yg tidak mampu engkau lupa.

kerana cinta adalah perangkap rasa..
Sekali kau salah tingkah,
maka engkau akan terbelenggu dalam waktu yang lama~
dalam lingkaran derita.

Maka gadis,
Agar kau dapat keluar dari belenggu itu~
Dan mampu melaluinya dgn indah~
Maka mencintailah dalam hening~
Di dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.

Namun juga,
jangan kau sikapi cinta itu dgn berlebihan~
Jangan kau luahkan rasamu~
Jangan kau tumpahkan segala sukamu..

Kita renung sejenak~
dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan sungguh rapi?

Jadi, apa yang engkau risaukan?
Apa yg engkau gusarkan?
Apa yang engkau bimbangkan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya~
Allah tentukan yang terbaik untukmu..

Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta,
belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja,
yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Gadis,
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..
Maka, aku ingatkan padamu,
tidakkah kau malu jika semua rasa telah kau zahirkan...
Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?

Gadis,
Kerana cinta kita begitu agung untuk dizahirkan..
Begitu mulia untuk di lihatkan..
Begitu sukar untuk di tumpahkan..

Dan sedarilah gadis,
fitrah wanita adalah pemalu,
Dan kau indah kerana sifat malumu..
Lalu, masihkah kau dipandang menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?
Masihkah kau dipandang bistari jika malu itu telah kau singkap..

Wahai gadis,
jadikan malu sebagai selendangmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..
Ya.. Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Luh Mahfuzh..
Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..

Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..


Maka, aku beritahukan padamu,
Pegang kendali hatimu..
Jangan engkau lepaskan.
Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..

Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..
Namun cinta hanya perlu kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..

Gadis...
yg dirimu perlukan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..
Arahkan pd Nya..
Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..

Itu jauh lebih indah..

Jauh lebih suci..


.: neneng~ :.