.: kisah seorang bayi~ :.

Saturday, September 4, 2010

salam~

sekadar ingin berkongsi~ aku menemukan sesuatu yang berharga dengan perbualan bersama seorang sahabat yang ku kira baru aku kenali sebentar tadi. taarufan kami hanya seketika~ ketika hendak mengangkat kaki beredar dari surau Al-Mutaqim~

"assalamualaikum~"

"waalaikumsalam akhi" balasku pendek~

"anta tak moreh bersama kami? marilah~" ajaknya bersungguh~

terasa serba salah untuk menolak~

"insya Allah~ mari akhi~ rezeki ana hari ni" balasku tersenyum~

kami bertaaruf ringkas~ sahabat ku itu memperkenalkan dirinya firdaus~ sepanjang perbualan kami hanya berlegar dipermukaan~ cuma tersentak dengan ayat terakhirnya~

"akhi, anta tau.. jika dikhabarkan kepada bayi yang bakal dilahirkan tentang alamnya dunia, pasti bayi tersebut tidak akan percaya~"

"maksud anta?"

firdaus tersenyum~

"maaflah akhi, ana nak mintak diri dulu~ ana rasa anta tau jawapannya~ sepanjang perbualan kita, ana dapat lihat anta org yg faham~ jgn sia-siakan itu~ ana mintak diri dulu~ assalamualaikum~"

"waalaikumsalam~ jazakallah"

----------------------------------------

ditinggalkan dengan persoalan, benar-benar memaksa fikiran untuk berfikir~ bayi ketikanya alam bayi, tidak tahu akan alamnya dunia~ teringat satu kisah perumpaan yang pernah diceritakan pada diri~ tatkala seorang bayi dialam rahim hendak dilahirkan ke dunia, telah hadir seorang malaikat berkata~

"wahai bayi~ inginkah engkau tahu apa yang ada dialamnya dunia?"

"bahkan wahai malaikat~ sudah tentu aku mahu tahu~ khabarkan aku tentangnya~"

"baiklah~ maka dengarlah perkhabaranku wahai bayi~ akankah kau percaya saatnya engkau lahir, engkau akan disambut dengan orang2 sekeliling mu~ dan adakah engkau tahu apa itu manusia wahai bayi? manusia itu mempunyai pelbagai rupa~ dan engkau akan dilahirkan dgn rupamu sendiri~ dan adakah engkau tahu bagaimana rupamu nanti wahai bayi?"

"tidak wahai malaikat~ seakan apakah muka ku nantinya dialam dunia? dan seperti apakah itu manusia wahai malaikat?"

"itu aku tidak tahu~ aku tidak tahu seperti apa rupamu kelak~ akankah engkau sempurna atau tidak. tapi ketahuilah wahai bayi~ dialamnya dunia, manusia itu berlainan rupanya~ ada yang sempura. dan ada tidak~ dan disana engkau melihat, ada yang berjalan mengunakan punggungnya, ada yang melukis mengunakan kakinya, dan ada bercantum kepalanya~ dan tidak kurang juga ada yang sempurna rupanya. adakah engkau percaya khabaranku wahai bayi?"

"sungguh? apa benar katamu wahai malaikat? aku tidak percaya~ wahai malaikat, sudikah engkau khabarkan aku tentang dunia?"

"oh dunia.. sudah tentu~ kerana di alam itu yang engkau akan hidup wahai bayi~ ketahuilah, dunia itu tersangat lah luas~ lebih luas dari rahim yang engkau duduki~ bahkan luasnya tidak mampu digambarkan oleh kata2. rahim yang engkau duduki saat ini hanyalah ibarat sebutir pasir di lautan pantai~"

"benarkah? adakah dunia seluas itu? lebih luas dari rahim yang aku duduki? benarkah wahai malaikat?"

"ya benar~ dan didunia itu, engkau akan diberi dengan nikmat-nikmat yang banyak oleh penciptamu, Allah. engkau akan melihat, adanya manusia yang bertakhta di istana-istana~ bahkan mereka dikurniakan tempat yang indah berseri~ mereka dikurniakan bidadari-bidadari yang indah~ pelayan-pelayan yang banyak. bahkan didunia juga adanya kenikmatan yang banyak~ dan ketahulah wahai bayi, salah satu nikmat itu adalah cinta~ adakah engkau percaya pada khabaranku bayi?"

"khabaran mu terlalu indah wahai malaikat~ aku tidak pasti samada untuk mempercayaimu. aku tidak melihatnya~ dunia aku kini sudah cukup indah buatku~ disini aku diberi makanan oleh ibu. makan minum ku~ akan wujud nikmat yang lebih besar dari nikmat yang aku kecapi sekarang? akan kah wujud nikmat ini didunia?"

"sudah tentu wahai bayi~ bahkan nikmatmu digandakan~ percayalah~ percayalah dgn khabaranku wahai bayi"

"tapi aku mendengar dunia itu kejam~ penuh dengan kesakitan~ kesedihan. akan banyaknya tangisan didunia~ aku tidak sanggup menerima itu semua~ "

"kerana itu adalah hakikat ujian~ tidak akan diuji melainkan kamu mampu diuji~"

"tapi aku tak mahu tinggalkan alam rahim ini~ aku mahu tetap disini malaikat~"

malaikat itu tersenyum~ kerana pastinya bayi itu tetap ke alam dunia. persoalan ini benar menerjah fikiran~ syukran sahabat. pertemuan dgn anta sedikit sebanyak mengajar ana menjadi lebih kuat~ menyedarkan hakikat dalil tentang alam akhirat.

sahabat~

begitulah perumpamaan alam akhirat~ tentang nikmat yang masih banyak disana. kita dikhabarkan oleh insan itu, insan mulia~ yang tidak pernah ungkapan dusta lahir dari lidahnya. insan itu adalah Muhammad S.A.W. baginda telah menkhabarkan kita alam akhirat~ maka pada khabarannya kita percaya~. yakin lah.. Hamba itu miliknya Tuhan~

semoga kita kuat~

salam sepuluh malam terakhir~

iman danish~

1 kRitIkaNs:

musafir said...

cam kenal je budak nama Firdaus nie..dia nie budaK UPM ker..?