.: Marikh dan Zuhrah~ :.

Thursday, September 2, 2010

Teringat kata-kata iman ghazali yang sering diungkapkan mengharungi zaman:

“lelaki itu mempunyai Sembilan akal dan satu nafsu~ manakala wanita pula mempunyai satu akal dan Sembilan nafsu”

Sememangnya benar apa yang disampaikan oleh lidah imam yang mulia itu~ semakin diri ini berfikir, semakin jelas diri ini melihat~ sungguh, amat sukar memahami ayat yang mempunyai seribu makna ini~ kerana dalam soal nafsu, amat sukar untuk membeza-bezakannya~

Semakin diri ini mencari, semakin jelas apa yg cuba disampaikan~ sungguh, kata-kata itu mempunyai seribu makna tersembunyi~

Lebih mudah difahami jika dikatakan begini~

“lelaki mempunyai Sembilan logik dan satu emosi~ dan wanita pula mempunyai satu logik dan Sembilan emosi”

Lelaki itu mempunyai Sembilan logik dan satu emosi~ dan kerana Sembilan logik itu, lelaki lebih rasional dalam keputusannya. Dalam sesuatu masalah, bagi seorang lelaki, keputusannya lebih tertumpu kepada keputusan yang rasional. Dan kerana itu diamanahkan tanggungjawab ketua keluarga itu kepada seorg lelaki~ dan bagi mereka, kesalahan adalah sesuatu yang boleh diperbaiki. Kerana itu mereka ego, enggan mengakui salah nya mereka~

Bagi wanita pula sebaliknya~ mereka dibina diatas satu logik dan Sembilan emosi.
Bagi insan yang kaya emosi itu, satu kesalahan yang kecil akan dipandang tinggi oleh mereka. Tetapi kerana itu mereka adalah guru yang terbaik untuk anak-anak. Mereka adalah pendidik yang lebih baik berbanding lelaki~ Dalam memutuskan keputusan, lelaki lebih gemar mencari teman dan rakannya sendiri bagi mencari penyelesaian~ kerana mereka cukup rimas dgn perbincangan yang bertemankan esak dan tangis. Tetapi hakikat ini sukar difahami wanita yang kaya emosi itu~ kerana mereka merasa tidak dihargai apabila pasangan mereka mencari teman-temannya dalam perbincangan.

Ketahuilah, lelaki mencari teman mereka kerana mereka mahukan keputusan yang rasional dalam sesebuah masalah~ itu bukan bererti kalian tidak dihargai. Bahkan tidak~ kerana kalian dihargai, mereka perlukan yang terbaik untuk untuk kalian.
Dan bagi insan yg cukup tandus dalam emosi ini~ mereka gagal memahami disebalik leteran-leteran yang dilemparkan oleh wanita kepada mereka~ samada dari ibu atau isteri mereka. Kerana hakikatnya wanita berperlakuan demikian kerana mereka mahukan sedikit perhatian dari lelaki~ samada anak ataupun suami~ apa yang mereka harapkan hanyalah pujukan. Dan sedikit perhatian terhadap apa yang mereka sampaikan~ Tetapi bagi insan yang kering emosi itu, sungguh itu amat benar sukar untuk dilakukan~

Kepada lelaki Allah kurniakan kesabaran~ dan kepada wanita Allah kurniakan ketabahan. Lelaki amat sabar dalam emosi~ dan kerana itu talak diletakkan ditanggannya suami~ dan manakala wanita amat tabah dalam rasional~ dan kerana itu si isteri mampu bertahan walau kedinginan yang diterima dari suami dan anak-anak~ sungguh, amat hebat ciptaan Allah disebalik tubuh yang kerdil cuma~ Adilkan tuhan?

Dan kerana itu firman Nya dalam suratul Ar-Rum. Ayat 21 :

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Hakikatnya lelaki atau wanita mempunyai kelebihan dan kekurangan~ seringkali terjadi adalah ketidakpersefahaman dalam sesuatu hubungan~ si lelaki yang membatukan diri ketika diberi leteran~ dan si wanita yang sering beresak tangis dalam sesebuah perbincangan~ ini sudah cukup untuk menyalakan api pergaduham dalam sesebuah hubungan~ fahami cara fikir~ dan kemudian baru hati dapat menerima~ tidak salah merendahkan ego, dan bukan kesilapan untuk memahami~ sandarkan kepercayaan kepada Allah, baru tenteram bila berjauhan~ ingati pesanan rasul, pegangi fatwa hati~

“bahawa hati itu tenteram terhadap kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan”

Jadi sama-samalah baiki hati~ supaya pandangan hati itu pandangan yang benar. Tidak tersasar~ agar jika kesalahan dilakukan, kita mampu untuk merasai gelisahnya hati~

Salam~

iman danish^^

0 kRitIkaNs: