Tapi entah kenapa, aku merasakan kekayaan bukan segalanya. Ketika ditanya oleh sahabat yang aku cintai itu, samada mahukan harta yang mana, aku cuma terdiam. Ya, terdiam yang amat panjang. Mungkin sekadar berkira kira sendirian dalam fikiran. Dan perlahan aku menjawab, aku memilih untuk bahagia bukan dengan kekayaan~
Oh ya, dan dia juga terkadang bertanya itu ini tentang kehidupan, tentang bagaimana kerja setelah graduasi, ataupun sekadar bertanya soalan soalan yang mengeratkan ukhwah. Dan yang paling melucukan hati, adalah soalan tentang jodoh dan harta~
“Iman, nanti setelah engkau berkerjaya, kau mahukan yang bagaimana ya untuk isterimu nanti?” Tukas Edi berbicara~
Aku tersenyum ikhlas~ Sejujurnya aku masih tidak tahu tentang itu~ Masih didalam teka teki yang masih dirahsiakan. Dan perlahan, aku nyatakan jawapanku.
“Mungkin, aku nak ajar isteri aku nanti hidup bersederhana~” Balasku perlahan~
“Maksudmu?” Tanya Edi dengan wajahnya yang berkerut.
“Yela, aku nak ajar dia berserderhana dengan apa yang aku ada. Mungkin nanti, aku tak mampu mempunyai rumah yang besar besar, ataupun kereta yang mewah mewah~ tapi selagi aku ada Dia dan dia, insya Allah, kami mampu bersama” Balasku tersenyum~
Dan sejujurnya, aku benar maksudkan itu. Mungkin kerana aku dibesarkan dengan kesusahan, hingga jiwa aku terdidik dengan kesederhanaan. Aku agak kekok dengan kekayaan. Ketika melawat dan berziarah ke rumah Pak Anjang, aku jadi mati kutu. Entah apa dan kenapa, aku rasa kehidupan ku amat sempit. Walaupun dikelilingi dengan rumah dan perabot yang tidak kalah mewahnya~ aku sepi. Sekali!
Aku masih ingat, ketika kami sekeluarga tiada apa. Yang ketika itu, ibu dan ayah masih menyewa di rumah yang aku kira amat kecil. Tiada ruang yang memisahkan~ ya, hanya sekadar papan papan plywood yang disusun menjadi bilik. Tetapi entah kenapa, aku merasakan hidupku disitu amat bahagia~ kami menjadi rapat sekeluarga. Dengan didikan langsung dari ibu, teguran langsung dari ayah, benar benar membuat aku menjadi insan yang selayaknya aku sekarang~
Dan masih jelas di ingatan, di rumah yang kecil itu aku belajar berdikari. Seawal usiaku 10 tahun, aku membantu ibu membuat nasi lemak untuk dijual. Ya, dengan tugasan tugasan yang aku kira amat menyesakkan, memotong bawang, mengasingkan ikan bilis, dan juga membasuh nasi. Oh, dan juga berlari lari mengambil daun pandan. Hoho^^ Tetapi kerana tugasan tugasan itulah, aku menjadi insan yang benar tahu tentang erti tanggungjawab. Kerana itulah, aku benar memahami erti pergorbanan dan kasih sayang~
Oh, dan kawasan perjiranan aku juga hanya kawasan kampung~ Dengan jiran yang prihatin, tidak membeza bezakan anak mereka dengan anak orang lain. Aku masih ingat, ketika aku ditampar dan dimarahi oleh Pak Haji hanya kerana mahu melakukan perbuatan yang nakal - mengusik haiwan ternakan orang, Dan ketika mengadu pada ibu, bahkan aku kembali dirotan oleh ibu.
Dan benar, aku rindu~
----
Tu bi kontinue~idea takde~
Mungkin entry ni sekadar rehat rehat hati.
Hati yang terlalu ingin menulis sebenarnya~ hoho^^
1 kRitIkaNs:
Coretan khdupan yg hampir sama cuma situasinya berbeza.. Sejujurnya kemiskinan membuat kau akan kekok dgn kekayaan.. itu yg aku rasakan dan bila dewasa, aku juga memilih mahukan khdupan sederhana dan jika ditakdirkan kaya, aku mahu berkongsinya pada mereka yg tidak berupaya.. bukankah kita peraantara antara Allah dgn manusia.. :)
Post a Comment