.: Pada siapa saya~ :.

Wednesday, January 2, 2013


Petang itu entah kenapa dia terduduk disitu~ pandangannya lama. Entah apa yang dipandang dan entah apa yang dilihat, tetapi yang pasti fikirannya bukan disitu. Dia melayang jauh menilai dirinya sendiri, dengan ujian kehidupan yang sedikit sebanyak melelahkan dirinya.

Dan dari jauh, Edi memandang sahabatnya. Ya, sahabat yang ukhwahnya kerana Allah. Edi pasti, ada sesuatu yang menganggu fikiran sahabatnya yang seorang itu.

Perlahan, Edi menghampiri~ Di tepuknya bahu sahabatnya itu. Tersentak~ perlahan Edi menyapa.

“Termenung jauh nampak kawan~”

Iman memandang Edi. Dilemparkannya senyuman, acuh tak acuh. Kemudian kembali berpaling melihat ke hadapan. Pandangan petang yang dirasakan amat mendamaikan~

“Aku duduk ya~” Kata Edi memperkemaskan tempat duduknya. Edi duduk, dan memandang sama pandangan sahabatnya itu~ Petang yang indah, bisik Edi.
Seketika, suasana menjadi sepi. Ya, sekadar memandang pandangan ciptaan Allah yang pasti tidak ada yang sia sia.

“Hey, kenapa ni? Ada yang menganggu fikiran lagi?” Kata Edi memecah suasana~

Iman sekadar diam.
Entah, dia tidak tahu jawapan terhadap persoalan Edi.
Mungkin yang diperlukannya sekarang adalah masa.

“Akhi, jangan kau termenung jauh begitu. Kalau ada beban, ceritakan lah. Share la sikit dengan kawan kawan. Jangan la tamak~ Tamak amalan syaitan” Balas Edi. Sedikit berjenaka~

Iman tersenyum, kemudian mengeleng kecil. Ah.. sahabatnya ini, ada sahaja hujahnya mencungkil rahsia. Edi Edi~

“Entahlah Edi. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan sekarang. Entah apa betul atau tidak keputusan yang aku buat, aku tak tahu. Hey Edi, kau agak aku layak tak untuk sesiapa?” Balas Iman. Ternyata, memang ada yang menganggu fikirannya.

“Haha~ aku dah agak, pasti ada yang bermain difikiran mu. Kenapa tanya soalan macam tu? Aku rasa tak layak. Boleh tak jawapan aku begitu?” Balas Edi~

“Hey!”

“Haha~ baiklah baiklah. Sepatutnya nilaian layak atau tidak, bukan kau yang uruskan. Tapi Allah. Apa kau sudah ingin mengambil alih kerja Tuhan, menentukan seseorang itu layak atau tidak?” Jawab Edi.

Iman terdiam~ ada benarnya kata Edi. Tapi, ah.. hati ini terlalu keras. Seketika suasana menjadi sunyi.

“Kau tahu Edi~” Kata Iman terhenti~

“Ada beberapa orang muslimah yang datang dengan cara yang baik baik pada aku. Ada yang melalui orang tengah, ada yang melalui keluarga, ada yang melalui sahabat dan ada yang menyatakan hasratnya pada aku sendiri. Tetapi entah.. Aku tidak tahu.” Balas Iman.

“Apa yang kau tidak tahu?”

“Aku tidak tahu sama ada aku layak atau tidak mereka~”

Kedengaran ada nada kesal disebalik kata Iman. Edi memandang Iman~ ternyata perkara ini benar menganggunya.

Edi ketawa kecil~

“Aku tak tahu samada kau layak atau tidak, tapi yang aku tahu, kawan aku ini ramai orang yang nak~” Balas Edi berjenaka.

“Hey! Itu bukan jawapan lah~” Balas Iman marah. Jujurnya dia kesal dengan gurauan Edi. Masakan, dirinya yang seumpama lumpur itu ada yang mahu~ Dia lebih bimbang, adakah ini nikmat, ataupun istidraj kerana dosanya. Allah.. sungguh, hambaMu ini tergolong dalam golongan orang yang tidak mensyukuri nikmatMu, bisiki hati kecilnya. Mungkin bukan persoalan siapa mereka, tetapi siapa dirinya. Ya, dirinya yang bukan siapa siapa.

“Okay okay. Maaf. Jadi apa jawapan mu Iman? Sudah memberi jawapan? Atau masih dalam tempoh fikiran?”

Iman terdiam. Pandangannya ditundukkan. Kemudian dia mengangkat mukanya dan memandang ke hadapan.

“Aku tolak semuanya~” Balasnya pendek.

“Ha, kenapa? Bukankah wanita yang baik itu idaman lelaki di dunia?”

“Aku tahu itu~”

“Jika kau tahu, kenapa harus kau menolaknya~”

“Bukan menolak Edi. Aku tidak mahu sesiapa menyesali bersama denganku dibelakang hari. Siapa yang tidak mahu, nikmat isteri yang baik seperti yang dikatakan Baginda Rasul. Tapi aku ini siapa Edi. Aku tidak baik. Dan tidak pernah baik. Mungkin.. Bukan tentang siapa mereka Edi, tetapi siapa aku~”

Edi mengeleng. Mungkin sedang meneka apa yang ada dalam fikiran Iman. Perlahan, tangannya mengengam bahu sahabatnya itu. Penuh mahabbah~

“Aku tahu kau Iman, kau tidak akan membuat keputusan membuta tuli. Kau sahabat aku. Pasti ada yang menganggu fikiran mu. Kenapa? Masih teringat Aufa?” Kata Edi.

Iman tersentak ketika mendengar nama Aufa. Apakan tidak, nama itu yang masih memberi getar di hatinya. Tetapi ujian tetap ujian, bukan Aufa miliknya, walaupun semurni mana niat hatinya. Dia tidak tega menikam saudaranya sendiri~ Melamar atas lamaran orang itu dilarang oleh Baginda Rasul. Apa tidak malu, diakhirat nanti mengharap syafaat Baginda, tetapi di dunia tidak mengamalkan sunnnah nya?

“Bukan~ Tidak pernah pernah kerana Aufa.” Balas Iman.

“Jadi sebabnya apa?”

“Mungkin, tentang siapa aku Edi. Aku melihat mereka, seperti seorang wanita yang mulia. Yang sehebat Siti Khadijah, yang melamar Baginda Rasul. Aku tahu dan faham Edi, sukar untuk seorang wanita menyatakan hasrat menjadi yang halal untuk seorang lelaki. Bahkan mereka meminta dengan cara yang baik, persis ummul mukminin. Tapi aku bimbang, adakah aku mampu membimbing mereka hingga ke syurga? Apakah aku mampu mendidiknya didunia dan zuriat penyejuk hati dan jiwa kami? Adakah aku hanya menjauhkan dirinya dimedan dakwah? Apakah aku layak akhi?” kata Iman perlahan~

“Aku hanyalah lumpur. Yang menempel di sepatu. Apakah yang ada pada aku. Aku hanyalah seorang remaja, yang penuh dengan dosa, yang terkadang culas dalam medan dakwah. Yang hanya baru kenal Islam. Yang kurang ilmu agama. Yang kurang semuanya, apa yang aku ada Edi?” Sambung Iman.

Edi tersenyum~

“Kau ada Allah dan Rasul. Dan itu lebih utama. Apakah Allah dan Rasul masih tidak cukup untuk mu?”

Iman tersentak. Air matanya mengalir. Perlahan~ dikesat air matanya yang mula membasahi pipi. Entah kenapa jawapan Edi menusuk hatinya. Ah.. Air mata, janganlah terlalu murah begini.

“Allah dan Rasul, bahkan itu sudah mencukupi buatmu. Kadang kadang Iman, kita akan rasa kita tidak pernah layak untuk sesiapa. Mungkin kerana kebaikannya, mungkin kerana ilmunya, mungkin kerana agamanya, mungkin kerana hartanya ataupun mungkin kerana kecantikannya. Tetapi selagi mana kau menjaga Allah dihatimu, selagi itu kau akan menjaga isteri mu dengan baik. Tetaplah kau jagakan Allah, dan didiklah isterimu jagakan Allah dihatinya. Dan biarlah Allah menjaga dirimu dan isterimu. Bukankah kedudukan seseorang disisi Allah berdasarkan kedudukan Allah dihatinya?”

Balas Edi. Tangannya masih mengenggam erat bahu sahabatnya itu. Iman tersenyum. Kata sahabatnya benar. Terlalu benar~

“Simpan Allah baik baik dihati Mu. Bila Allah sudah engkau cintai, maka engkau akan mampu menyintai seluruhnya. keluargamu, isterimu, anak anak mu, saudara mu, bahkan semuanya kerana Allah.Adakah itu masih tidak cukup buatmu?” Sambung Edi lagi.

“Benar sahabat. Cinta itu harus tiga segi kan? Antara Allah, aku dan isteriku. Benarkan Akhi?” Balas Iman.

Edi mengangguk.

“Jadi bagaimana dengan pendapat mu Edi?”

“Tentang apa? Tentang pilihan yang harus engkau pilih?”

Iman mengiakan.

“Pilihlah seseorang yang mampu menyeimbangi kelembutan hatimu. Apakah dengan sikapnya membuat kau lebih banyak terluka ataupun tidak. Apakah sama visimu dan misimu. Orang yang ingin mendirikan masjid itu bukankah harus sama pandangannya, harus sama kesefahamannya. Barulah harmoni kan?” Balas Edi. Iman mengagguk.

“Benar”

“Tetapi yang utama, cinta harus tiga segi. Bukan bersegi segi” Balas Edi. Kami ketawa.

Petang yang bermakna.

2 kRitIkaNs:

Alya Sumayyah said...

"Kadang kadang Iman, kita akan rasa kita tidak pernah layak untuk sesiapa. Mungkin kerana kebaikannya, mungkin kerana ilmunya, mungkin kerana agamanya, mungkin kerana hartanya ataupun mungkin kerana kecantikannya. Tetapi selagi mana kau menjaga Allah dihatimu, selagi itu kau akan menjaga isteri mu dengan baik. Tetaplah kau jagakan Allah, dan didiklah isterimu jagakan Allah dihatinya. Dan biarlah Allah menjaga dirimu dan isterimu. Bukankah kedudukan seseorang disisi Allah berdasarkan kedudukan Allah dihatinya?”

SETUJU :)

Chae Min said...

ehh..patut laa tajuk lain..hoho~